Di  dalam dunia ini, sememangnya wanita suka dipuji terutamanya dari mulut  seorang lelaki. Namun bagaimana pula dengan lelaki? Lelaki juga manusia  dan mereka juga mempunyai perasaan dan kadang-kadang ada perkara yang  mereka ingin dengar dari mulut wanita itu sendiri. Antaranya :  
1.  Lelaki kebiasaannya akan berasa lebih tertekan di   tempat kerja.  Mungkin dalam sesetengah situasi yang melibatkan   pekerjaan, mereka  berasa amat kecewa terhadap hasil daripada tugasan   yang telah mereka  laksanakan. Jadi siapakah orang yang paling   bertanggungjawab untuk  memberitahu bahawa mereka telah melakukan kerja   dengan baik? Tidak  lain dan tidak bukan adalah seorang wanita.
2.  Didalam kehidupan seharian, seorang lelaki akan berusaha untuk    melakukan sesuatu yang mungkin dapat membantu diri mereka, keluarga,    rakan dan sebagainya. Mungkin sesuatu perkara yang mereka lakukan akan    berhasil dan mungkin juga tidak. Sekiranya mereka telah berusaha    melakukan sesuatu tetapi tidak berhasil, siapakah yang bertanggungjawab    untuk memberitahu bahawa mereka telah melakukan perkara bijak dengan  menagambil keputusan melakukannya berbanding berdiam diri? Tidak lain  tidak bukan adalah wanita.
3.  Lelaki pada masa kini amat menitikberatkan mengenai soal  penampilan   diri. Mereka berusaha untuk kelihatan segak di khalayak  ramai. Jadi   siapakah yang bertanggungjawab untuk memberitahu bahawa  mereka   kelihatan kacak? tidak lain tidak bukan adalah wanita.
4.  Seorang lelaki sanggup menggadaikan nyawa mereka hanya untuk    memberikan perlindungan terhadap orang yang memerlukan. Jadi siapakah    yang bertanggungjawab untuk memberitahu bahawa mereka adalah seorang    yang berani? Tidak lain tidak bukan adalah wanita.
5.  Sesuatu tugasan yang berat sering dikaitkan dengan lelaki. Ini  adalah   kerana tenaga seorang lelaki adalah lebih kuat berbanding  daripada   wanita, Jadi siapakah yang bertanggungjawab untuk memberitahu  bahawa   mereka adalah seorang yang gagah atau kuat? tidak lain tidak  bukan   adalah wanita.
 

 

6 comments:
hhuuu..ada betul gak benda nie..heehe
Huh pompuan xpenah pun nk cakap 5 perkara tu kat laki.yang selalunya lelaki je dok cakap kat pompuan.
haaahaah..betul 2
nnt nk ckpla kt die ^_^
aku ckp hensem kang perasan plak...ckp dlm hati dah la..
no3,4,5 aku sllu ckp kat bf aku mcm tu. & dia suka dengar. aku mang anggap dia hero bg aku. ehe :D pmpuan sukakan laki yg berani ada ciri pemimpin/ketua. sbb pmpuan akan rasa selamat bila bersama dgn laki mcm tu.
Post a Comment