Kongsikan Entri Kami

Thursday 6 October 2011

RIP : Pengasas Apple, Steve Jobs Meninggal Dunia


Setelah sekian lama bergelut dengan penyakit kanser pankreas, akhirnya Steve Jobs meninggal dunia pada awal pagi hari ini. Keluarga beliau memberitahu media bahawa Jobs meninggal dalam keadaan tenang di samping keluarga yang tercinta. 

Jobs meninggal pada usia 56 tahun dan meninggalkan seorang isteri dan dua orang anak dan juga anak dari perkahwinan sebelumnya. 

PAda 24 Ogos lepas, Jobs telah meletak jawatan sebagai CEO Apple Inc kerana beliau tidak dapat memenuhkan tanggungjawab akibat penyakitnya. Beliau didiagnosis mengalami kanser pankreas yang jarang dialami pada tahun 2004. 

Keluarganya menerima kematian Jobs dengan aman.

Sumber: MyNews




1 comments:

Anonymous said... Best Blogger Tips

r.i.p

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...