Kongsikan Entri Kami

Thursday, 28 July 2011

Gosip : Terkini! Suhaili melantik Peguam dan Bapa Mertua Tidak Maafkan Jimmy


1. Suhaili Melantik Peguam: Hak Penjagaan Anak 
 
Bagi Suhaila yang baharu 34 hari bersalin menjelaskan dia sudah melantik peguam untuk membuat tuntutan hak penjagaan anak.

"Buat masa sekarang anak dengan saya. Dan saya juga telah melantik peguam untuk menyelesaikan hak penjagaan anak dan saya mahu membuat tuntutan cerai dengannya. Saya nekad untuk bercerai kerana beranggapan kami sudah tidak bersefahaman," kata Suhaila ketika ditanya berkenaan kedudukan anaknya kini.

Ditanya pula tidakkah dia takut yang selepas ini Jimmy pula akan membongkar semua kisah peribadinya, kata Suhaila; "Saya tidak takut kalau ada perkara-perkara yang dia bongkar. Saya tidak kisah apa yang dia akan lakukan dan apa yang akan berlaku sekali pun."

2. Bapa Mentua Tak Maafkan Jimmy

Kenyataan Jimmy Shanley berhubung pembatalan majlis cukur jambul anak perempuannya yang disiarkan oleh sebuah akhbar tempatan terbitan Ahad lalu (24 Julai) menimbulkan kemarahan bapa dan ibu mentuanya.

"Jujurnya, saya tidak maafkan dia berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan. Nama saya tercemar
sehinggakan saya jadi malu dengan kawan-kawan yang bertanyakan kesahihan sama ada majlis cukur jambul cucu saya jadi atau tidak.

"Bila ramai yang bertanya, saya jadi terkejut kerana majlis yang dirancang akan dilaksanakan dan dia sendiri tahu majlis ini akan dibuat pada 27 Julai.

"Bila itu terjadi, saya jadi sangat marah dengan tindakannya. Pada saya, jadi atau tidak majlis tersebut tidak perlu keluarkan kenyataan. Bukannya kita jemput satu stadium. Apa motif dia untuk keluarkan kenyataan sedemikian. Ini adalah majlis saya," luah Datuk Suhaimi yang ditemui seusai majlis cukur jambul dua orang cucunya pada malam semalam.

Bagi ibu mentuanya yang dianggap sebagai orang yang paling rapat dengan Jimmy menjelaskan; "Memang Jimmy merancang untuk mengadakannya pada 23 Julai lalu. Tetapi, suami saya beritahu yang dia tidak boleh kerana ada mesyuarat dengan stokis. Justeru, Jimmy sendiri yang berikan tarikh 27 Julai kerana dia kata hanya hari Rabu dan Khamis sahaja dia 'free'.

"Agak terkejut bila dia cakap majlis ini tidak jadi. Itu yang saya dan suami marah sangat. Apabila saya hubungi dan bertanyakan hal berkenaan kepdanya, dia tidak jawab pun. Kalau dia cakap dia tidak tahu menahu soal majlis ini, dia tipu. Malah, sebelum majlis ini berlangsung pada sebelah petangnya saya ada ingatkannya."

2 comments:

Anonymous said... Best Blogger Tips

kesian jimmy....sabar jak dugaan....tuhan tu tau apa d hati jimmy skrg...mau hati dorang jak d jaga..perasaan jimmy sapa yg tau...

Anonymous said... Best Blogger Tips

bukan ingin menyebelahi mana-mana pihak. tetapi ini adalah contoh dan akibat yang terjadi apabila sesetengah ibubapa bersikap terlebih-lebih dalam mencampuri urusan suami isteri anak-anak mereka. Masalah keluarga bukanlah sesuatu untuk digembar-gemburkan dan memiliki duit tidak beerti anda betul dalam setiap urusan mesti punya kuasa untuk lakukan apa sahaja.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...