Kongsikan Entri Kami

Monday 11 March 2013

OMG : Budak 8 Tahun Kahwini Nenek Berusia 61 Tahun (5 Gambar)


Seorang budak lelaki berusia lapan tahun mengambil keputusan untuk mengahwini seorang nenek berusia 61 tahun selepas diarahkan berbuat demikian dalam mimpi oleh nenek moyangnya yang telah meninggal dunia.

Sanele Masilela, disatukan dengan Helen Shabangu dalam satu majlis, biarpun mendapat tentangan banyak pihak. Budak tersebut yang berasal dari Tshwane akur dengan arahan dalam mimpinya itu bagi mengelakkan perkara buruk berlaku.

Perkahwinan dengan Helen, seorang wanita yang telah bersuami dan mempunyai lima anak tersebut diatur dalam masa dua bulan. Sanele yang berpakaian sut warna kelabu itu turut menyarungkan cincin pada pasangannya.

Mereka bagaimanapun tidak mendaftar perkahwinan itu dan sebaik majlis berkenaan berahir, kedua-duanya kembali menjalani kehidupan seperti sedia kala.

“Saya memberitahu ibu saya bahawa saya ingin berkahwin. Saya gembira kerana dapat berkahwin dengan Helan, namun saya akan tetap ke sekolah dan belajar dengan lebih gigih.

“Apabila dewasa kelak, saya akan mengahwini wanita yang seusia dengan saya,’’ kata Sanele.

Dalam pada itu, Helen pula memberitahu perkahwinan itu hanya satu adat sahaja. Malah katanya, suaminya, Alfred dan anak-anaknya gembira dengan perkara berkenaan.

“Kami tidak ada masalah dengan perkara ini, tetapi masyarakat pula yang terkejut,’’ katanya.

Sementara ibu Sanele, Patience Masilela pula berkata, ia adalah kali pertama keluarganya menganjurkan perkahwinan seperti itu.

“Sanele dinamakan sempena nama datuknya. Datuknya mencintai Helen dan dengan berbuat demikian kami memberikan kebahgiaan kepada nenek moyang kami yang telah meninggal dunia,’’ katanya.


Sumber : Here

7 comments:

Anonymous said... Best Blogger Tips

Haaa...1st?

Anonymous said... Best Blogger Tips

ayooo..ini macam ada ka

Anonymous said... Best Blogger Tips

serius bodo nak mampos

Kurogetsu said... Best Blogger Tips

hahahaha... Pedophile is legal now??? nothing to do on this planet

Anonymous said... Best Blogger Tips

nothin to do? u better get lost from my planet

Anonymous said... Best Blogger Tips

It's not anyone's planet. Simply because you guys never OWNED it. This is OUR planet and those people failed to live in a proper humane way. Period.

Miss Kay said... Best Blogger Tips

Its just not right!

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...