Kongsikan Entri Kami

Saturday 16 March 2013

Info : Ops Daulat, Penggunaan UAV Pertama Dalam Operasi Hakiki (2 Gambar)



Artikel ini diambil dari Suara Generasi Baru.

RAMAI tidak menyedari bahawa Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sebenarnya telah giat membangunkan skuadron Unmanned Aerial Vehicle atau UAV untuk tujuan ketenteraan sejak tahun 2002 lagi.

Bermula dengan pesawat dwi fungsi Eagle ARV (Air Reconnaissance Vehicle) buatan syarikat tempatan CTRM Composite, sehinggalah terbaru dari jenis ALUDRA MK1 (Alliance Unmanned Developmental Research Aircraft) yang penulis percaya digunakan secara meluas dalam Ops Daulat sekarang.

Penulis tidak pasti dengan nasib 3 pesawat Eagle ARV yang dioperasikan oleh TUDM sekarang. Tapi khabarnya kesemua pesawat tersebut tidak lagi digunakan setelah platform UAV yang lebih stabil seperti ALUDRA dihasilkan.


ALUDRA dikeluarkan oleh konsortium UST yang ditubuhkan kerajaan Malaysia pada 2007 khusus untuk membangunkan UAV nasional yang pertama dengan menggunakan teknologi tempatan sepenuhnya.


UST menggabungkan kepakaran 3 syarikat tempatan yang giat membangunkan teknologi UAV di negara ini seperti CTRM, SCS dan Ikramatic – untuk sistem panduan dan kawalan.


Sebuah lagi syarikat yang terlibat dalam pembangunan UAV di negara kita ialah Sapura Technologies. Tapi pembangunan UAV oleh syarikat ini khabarnya dikhususkan untuk pasukan Polis Diraja Malaysia sahaja. Ada laporan mengatakan beberapa pesawat UAV keluaran Sapura, digunakan untuk mengawal peserta rusuhan Bersih 3.0 yang lepas.


Walaupun masih banyak yang perlu dilakukan ke atas sistem ALUDRA Mk1 ini terutama enjin yang mampu bertahan dalam persekitaran mudah karat di kawasan perairan, kamera yang lebih baik, sensor serta lain-lain, tapi sekurang-kurangnya ATM sudah mempunyai platform UAV di tahap operasi yang boleh digunakan pada bila-bila masa diperlukan.


Selain ALUDRA Mk1, negara juga mempunyai beberapa jenis pesawat UAV yang lain seperti Nyamuk, Intisar 100 & 300, Aludra SR-08, Agas dan lain-lain lagi. Tahap operasi kesemua UAV ini dan skuadron mana yang mengoperasikannya, masih tidak dapat dipastikan.


Kerjasama dalam pembangunan UAV tempatan ini, dijangka akan membantu negara dalam penghasilan Tactical Unmanned Arial Vehicle (TUAV) pula. Berbeza dengan pesawat UAV, pesawat dalam kategori TUAV, mampu membawa peluru berpandu udara ke permukaan seperti Hellfire, bom pintar dan sebagainya.


Pembangunan TUAV ini penting setelah penulis melihat kejayaan sistem ALUDRA mengenalpasti lokasi musuh di kubu pertahanan mereka sepanjang Ops Daulat berlangsung.


Penulis membayangkan keadaan berbeza kalau lokasi yang telah dikenal pasti tersebut dapat diserang terlebih dahulu menggunakan pesawat TUAV.
 
Sumber : Here
 

8 comments:

Anonymous said... Best Blogger Tips

cooolll

Anonymous said... Best Blogger Tips

hottttttt

Anonymous said... Best Blogger Tips

cool...tp jgn la tunjuk kt sni..ni kan rhsia ngara..sowi lau ade yg terambek ati

Anonymous said... Best Blogger Tips

kena tunjuk sikit2 supaya musuh pikir 2 kali nak serang...mcm amerika laknat gak, saja tunjuk rahsia aset tentera supaya rusia tau kekuatan amerika

DIDIE BAHAZIM said... Best Blogger Tips

Btol.,tuk kslmtn negara..

Unknown said... Best Blogger Tips

dua2 pendapat boleh pakai owesome, semua sayang malasia. alhamdulillah kita muda walau kita tak lalui perang dahulu tetapi kita tetap sayang malaysia. :)

Anonymous said... Best Blogger Tips

qwd

Anonymous said... Best Blogger Tips

"Malingsia dasar pencuri" confirm org indon akan cakap macam ni bila diorang tgk post ni xD

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...