Kongsikan Entri Kami

Saturday 21 July 2012

Serius : Lelaki Bertopeng Bunuh 12 Penonton Semasa Tayangan Filem Batman (2 Gambar)


Denver – Seorang lelaki bertopeng melontar gas pemedih mata ke dalam sebuah pawagam yang menayangkan filem terbaru Batman – The Dark Knight Rises, sebelum melepaskan tembakan ke arah penonton, menyebabkan 12 terbunuh dan 50 lagi cedera.

Antara yang cedera termasuk kanak-kanak dalam kejadian di kompleks beli-belah Aurora dan mereka dirawat kerana terhidu gas pemedih mata.

“Kejadian ini menakutkan orang awam,” kata Ketua Polis Aurora, Dan Oates. Beliau memaklumkan seorang suspek ditahan di tempat letak kereta di belakang pawagam itu.


Oates mulanya meletakkan angka korban 14 sebelum diubah kepada 12. Polis berkata, penyerang Au-rora itu muncul di depan pawagam ketika filem mula ditayangkan dan melepaskan gas pemedih mata sebelum tembakan kedengaran.

Anggota polis berada di tempat kejadian dan pihak berkuasa mengarahkan semua orang keluar bagi memeriksa bahan letupan yang tersembunyi. Oates juga memberitahu hanya seorang penyerang terbabit dalam keganasan itu.

Jurucakap polis, Frank Fania berkata, suspek James Holmes, dipercayai berusia 20-an, membawa pisau, raifal dan senapang patah ketika ditahan selain memakai jaket kalis peluru.  Polis berkata, pangsapuri suspek juga dikosongkan dan polis mencari bahan letupan selepas suspek membuat kenyataan mengenainya selepas ditahan.

Cable News Network (CNN) memetik seorang saksi sebagai berkata, seorang lelaki melepaskan tembakan rambang manakala seorang lagi saksi berkata dia mula menembak serentak dengan adegan tembak menembak dalam filem itu yang menyebabkan ramai keliru. – Reuters

p/s : Gila betul.. 

Sumber : Here

3 comments:

Yanie Oranie said... Best Blogger Tips

gilerr

ben xii said... Best Blogger Tips

yang pelik macam mana boleh bawak senjata masuk panggung ?

Anonymous said... Best Blogger Tips

X plek ponn... klu nk buat jahat tu mcm2 la akal diorg.... klu x kantoi laa.... bengong ben xii.... itu pun xlek pk kerr....?

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...