Kongsikan Entri Kami

Sunday, 15 July 2012

OMG : 100 Rentung Ketika Cedok Minyak Tumpah Di Nigeria (4 Gambar)



PELABUHAN HARCOURT, Nigeria – Lebih 100 orang yang cuba mengambil minyak petrol daripada sebuah lori tangki yang terbalik, maut apabila kenderaan itu disambar api.Wanita dan kanak-kanak merupakan antara mangsa yang rentung. Sementara berpuluh-puluh yang lain mengalami kecederaan serius. Sebelum itu, pasukan tentera memberi amaran bahawa kebakaran boleh berlaku bila-bila masa sahaja.  Lebih 85 orang mangsa kemudian dikebumikan dalam satu kubur.

“Lori tangki itu terbalik kerana cuba mengelak tiga buah kenderaan dari arah bertentangan,” jelas Ketua Suruhanjaya Keselamatan Jalan Raya Persekutuan, Kayode Olagunju.

Tidak lama kemudian, beratus-ratus penduduk tempatan di Ahoada memenuhi lokasi kejadian untuk mencedok minyak yang tumpah. Kebanyakan mangsa yang mati ialah pemandu teksi motor, dikenali sebagai Okada.

Beberapa buah jengkaut dibawa untuk menggali kubur besar untuk mengebumikan mangsa yang mayat mereka rosak teruk dan sukar untuk dikenal pasti atau diangkat ke tempat lain. Menilai kepada tahap kecederaan mangsa yang dirawat di hospital, jumlah kematian mungkin akan terus meningkat.
Kebocoran minyak dan kemalangan lori tangki sering berlaku di negara Afrika yang kaya dengan hasil minyak itu. Pada Oktober 1998, lebih 1,000 orang maut di Jesse, negeri Delta apabila sebuah paip saluran minyak meletup ketika orang ramai sibuk hendak mencuri minyak – AFP




Sumber : Here

10 comments:

Anonymous said... Best Blogger Tips

first

HafizM said... Best Blogger Tips

second
ape la yang bez dapat first

Anonymous said... Best Blogger Tips

First is stupid, second are noob !!! hahahaha

iz83 said... Best Blogger Tips

patut la ko macam bodoh je..

Anonymous said... Best Blogger Tips

korang ni tak bagi komen yg bermanfaat langsung. kot2 boleh la tambah pengetahuan ke..

aii bodo btul

Anis Nadia said... Best Blogger Tips
This comment has been removed by the author.
Anonymous said... Best Blogger Tips

mesti pedih

Anonymous said... Best Blogger Tips

semua kat atas ni bodoh macam sultan johor dan tmj

Anonymous said... Best Blogger Tips

tkda akta yg mlarang nk komen 1st!hahaha

ayi said... Best Blogger Tips

trully speaking aku tul upset ngan segala komen2 dlm blog ni..xda budi bahasa ayat2 lak kesat dn wat sakit hati jer..try la bg komen2 yg membina dn meluaskan kn lg pengetahuan pembaca..klu x suka diam jer..

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...