Kongsikan Entri Kami

Saturday, 21 July 2012

OMG : Inilah Dia Roti Bakar Yang Berharga RM1,131 (Gambar)


LONDON - Sepotong roti bakar yang dipercayai dihidangkan pada 1981 untuk pewaris pertama takhta diraja Britain, Putera Charles dilelong kelmarin pada harga AS$359 (RM1,131), lapor agensi berita Reuters kelmarin.

Roti itu dihidangkan untuk sarapan pagi di Istana Buckingham pada hari perkahwinan Charles dengan Puteri Diana pada 29 Julai 1981. Pemilik roti itu sebelum ia dilelong ialah Rosemarie Smith yang kini berusia 83 tahun. Roti itu tidak rosak kerana dia menyimpannya selama bertahun-tahun di dalam bekas kedap udara di sebuah almari rumahnya.

Menurut Smith, seorang anak perempuannya bekerja sebagai pelayan di istana tersebut. Smith berkata, dia dan anaknya melihat Charles meninggalkan roti tersebut dari koridor istana. Menurutnya, dia kemudian memikirkan untuk menyimpan roti tersebut.

Smith berkata, pada tahun lalu, dia berpendapat roti tersebut mungkin mempunyai nilai jika dilelong ekoran majlis perkahwinan antara anak Charles, Putera William dengan Kate Middleton pada April tahun lalu. Lelongan itu dikendalikan oleh Charles Hanson Auctioneers.

Terdapat dua pembida yang mahu membeli roti tersebut menerusi telefon. - Agensi

Sumber : Here

3 comments:

ben xii said... Best Blogger Tips

dikala pagi yang lapar ni , aku perlukan roti ini

Anonymous said... Best Blogger Tips

bangang betul

Anonymous said... Best Blogger Tips

basi sdh

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...