Mesti korang pernah guna liquid paper kan apabila melakukan kesalahan ketika menulis. Sekarang pon terdapat pelbagai jenama liquid paper @ cecair pembetulan dalam bahasa Melayu. Tetapi siapa yang mencipta liqiud paper? Jom kita baca kisah di bawah ni.
Bette Nesmith Graham telah mencipta liquid paper pertama di dapurnya pada tahun 1951. Pada waktu itu dia bertugas sebagai jurutaip dan sering melakukan kesalahan ketika menaip. Untuk melindungi kesalahannya, dia mencipta cat putih yang diberi nama "Mistake Out" di dapur rumahnya.
Dia membotolkan cecairnya dalam botol-botol kecil dan sering mendapat permintaan daripada rakan-rakan pejabatnya. Walau bagaimanapun, dia dibuang kerja sebagai jurutaip akibat kerjanya yang selalu bermasalah. Graham mula berjinak-jinak dengan perniagaan dan penyelidikan sehingga beliau dapat menghasilkan produk yang terbaik.
Dia pernah menjual produknya kepada IBM tetapi ditolak dan terus menjualnya secara langsung selama 17 tahun. Dia menukarkan nama "Mistake Out" kepada "Liquid Paper" dan pada tahun 1968, Gillette Corporation membeli Liquid Paper pada harga AS$47.5 juta termasuk royalti.
Pada tahun 2000, Liquid Paper telah dibeli oleh syarikat Newell Rubbermaid, syarikat Papermate adalah anak syarikat Newell Rubbermaid yang banyak mengeluarkan alatan tulis di dunia. Mustahil korang tak kenal jenama Papermate kan.
p/s : Cikgu salu marah bawak liqud paper ni time sekolah dlu.. hee
Sumber : here
7 comments:
jom sahur
fourth!!
first sahur ke?
sahur dengan liquid paper masyuk gak
Bodoh..pilot.
cikgu marah? apsalll????
Guna air liur ,pastu gosok smpi koyak..
Post a Comment