Kongsikan Entri Kami

Monday 9 April 2012

WTF : [Video] Minyak Masak Dihasilkan Dari Organ Haiwan Yang Sudah Busuk Di China


Pihak polis di China berjaya merampas dan menyita lebih dari 3,200 tan minyak masak yang dibuat dengan menggunakan lemak dan organ dalaman haiwan yang sudah busuk seperti yang  telah diberitakan oleh China Daily, Jumaat (6/4/2012).

Keterangan ini telah disampaikan oleh pihak Kementerian Keamanan Republik Rakyat China. Lebih daripada 100 orang ditangkap kerana memproses minyak masak ini pada 21 Mac yang lalu setelah sebuah operasi keselamatan produk makanan dijalankan di dua buah bandar serta empat buat daerah berdekatan.

Pihak polis juga telah menutup 13 lokasi rahsia tempat pemprosesan minyak itu. Sebelum ini, penggunaan frasa "gutter oil" telah dimaksudkan sebagai sisa minyak yang diolah semula daripada restoran-restoran, sebelum dijual semula minyak masak yang baru.

Namun demikian, proses "gutter oil" ini telah disalah guna dengan menggunakan bahan yang berasal daripada daging yang berkualiti rendah serta yang telah dijual melebihi tarikh luput bahkan, ada juga yang diambil daripada lemak haiwan dan organ dalaman yang sudah membusuk.

Pada Oktober tahun lalu, sebilangan penduduk di kota Jinhua, daerah Zhejiang, melaporkan kepada pihak polis tempatan berhubung di mana mereka telah mencium bau-bau yang kurang menyenangkan di hujung kota dan berasa curiga sekiranya minyak masak itu telah diproses di sana.

Setelah lima bulan siasatan dijalankan, pihak polis telah menemui seorang lelaki bernama Li Weijian, yang merupakan ketua kumpulan pemprosesan minyak masak haram serta bangkai-bangkai haiwan yang berselerakkan di sekitar kawasan itu.

Minyak masak haram tersebut dikatakan akan dijual kepada kilang penapis di daerah Anhui dan Jiangsu, serta sekitar perbandaran Chongqing.

Menurut keterangan, minyak masak tersebut akan digunakan di restoran-restoran berdekatan sebagai bahan untuk memanaskan periuk masakan.

Kumpulan Li dikatakan telah meraih keuntungan sekitar 10 juta yuan (RM4.5 juta) antara bulan Januari dan November tahun 2011 yang lalu, lapor kenyataan kementerian.



p/s : Memang giler la dkt China nih.. Geli kot.. 

Sumber : Here

6 comments:

Seseorang.. said... Best Blogger Tips

hell yeahh!

Anonymous said... Best Blogger Tips

repost balik nih...

Anonymous said... Best Blogger Tips

stress aku dgn benda repost ni..Mat Haron Mat lazim..

Anonymous said... Best Blogger Tips

main main main main main

ben xii said... Best Blogger Tips

kaye beb

Anonymous said... Best Blogger Tips

memang pengotor betul diaorang ni. samalah macam makan bangkai!

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...