AMERIKA SYARIKAT – Syarikat pengeluar telefon bimbit terkemuka dunia,
 Nokia telah mencipta satu paten dalam bentuk tatoo dan pelekat 
(sticker) di tubuh manusia yang akan bergetar apabila pemiliknya 
menerima panggilan telefon atau sistem pesanan ringkas (sms).
Menurut laman web unwiredview.com, paten yang dimaksudkan itu 
mengandungi dengan dakwat ferromagnetik yang ditanam pada tatoo atau 
pelekat tersebut yang kemudiannya akan dikesan gelombang magnet dari 
model telefon Nokia yang terpilih.
“Apa yang Nokia mahu lakukan ialah memohon kebenaran agar dakwat 
ferromagnetik dibenarkan untuk dibuat tatoo, yang akan bergetar 
berdasarkan getaran pada telefon bimbit anda,” kata laman tersebut 
baru-baru ini.
Memberi pilihan kepada pengguna yang tidak bersedia atau dilarang 
untuk mengukir tatoo pada tubuh mereka, Nokia turut mencipta sejenis 
pelekat di tubuh yang mampu bergetar dan boleh ditanggalkan pada 
bila-bila masa.
Selain itu, laman itu juga menjelaskan bahawa pemilik tatoo itu bebas
 untuk memilih jenis bunyi deringan telefon mengikut nama pemanggilnya 
sebagaimana telefon bimbit biasa.
Malah dilaporkan juga bahawa tatoo atau pelekat tersebut turut 
bergetar sekiranya telefon bimbit tersebut hampir kehabisan caj bateri.
Nokia merupakan sebuah syarikat pengeluar telefon bimbit yang 
berpengkalan di Helsinki, Finland, dan mempunyai jutaan peminat di 
seluruh dunia. 
 


 

8 comments:
cool!! sticker nak sticker!!
wooohhh....!!! o_O
lol
nak ! :D
A great post - I continually feel that it's less simple than I previously thought.
Great post and thanks for sharing....
Thank you, that was just an awesome post!!!
That was a VERY interesting one! Seriously interesting.
Post a Comment