Kongsikan Entri Kami

Showing posts with label stress tips. Show all posts
Showing posts with label stress tips. Show all posts

Tuesday, 4 October 2011

Tips : 5 Perkara Yang Lelaki Suka Dengar Dari Wanita Sendiri

Di dalam dunia ini, sememangnya wanita suka dipuji terutamanya dari mulut seorang lelaki. Namun bagaimana pula dengan lelaki? Lelaki juga manusia dan mereka juga mempunyai perasaan dan kadang-kadang ada perkara yang mereka ingin dengar dari mulut wanita itu sendiri. Antaranya : 

1. Lelaki kebiasaannya akan berasa lebih tertekan di tempat kerja. Mungkin dalam sesetengah situasi yang melibatkan pekerjaan, mereka berasa amat kecewa terhadap hasil daripada tugasan yang telah mereka laksanakan. Jadi siapakah orang yang paling bertanggungjawab untuk memberitahu bahawa mereka telah melakukan kerja dengan baik? Tidak lain dan tidak bukan adalah seorang wanita.

2. Didalam kehidupan seharian, seorang lelaki akan berusaha untuk melakukan sesuatu yang mungkin dapat membantu diri mereka, keluarga, rakan dan sebagainya. Mungkin sesuatu perkara yang mereka lakukan akan berhasil dan mungkin juga tidak. Sekiranya mereka telah berusaha melakukan sesuatu tetapi tidak berhasil, siapakah yang bertanggungjawab untuk memberitahu bahawa mereka telah melakukan perkara bijak dengan menagambil keputusan melakukannya berbanding berdiam diri? Tidak lain tidak bukan adalah wanita.

3. Lelaki pada masa kini amat menitikberatkan mengenai soal penampilan diri. Mereka berusaha untuk kelihatan segak di khalayak ramai. Jadi siapakah yang bertanggungjawab untuk memberitahu bahawa mereka kelihatan kacak? tidak lain tidak bukan adalah wanita.

4. Seorang lelaki sanggup menggadaikan nyawa mereka hanya untuk memberikan perlindungan terhadap orang yang memerlukan. Jadi siapakah yang bertanggungjawab untuk memberitahu bahawa mereka adalah seorang yang berani? Tidak lain tidak bukan adalah wanita.

5. Sesuatu tugasan yang berat sering dikaitkan dengan lelaki. Ini adalah kerana tenaga seorang lelaki adalah lebih kuat berbanding daripada wanita, Jadi siapakah yang bertanggungjawab untuk memberitahu bahawa mereka adalah seorang yang gagah atau kuat? tidak lain tidak bukan adalah wanita.
Read More.. "Tips : 5 Perkara Yang Lelaki Suka Dengar Dari Wanita Sendiri"

Thursday, 15 September 2011

Tips : 8 Ciri Lelaki yang Menjadi Buruan Wanita


Di dunia ini tiada yang sempurna. Jangan harap kita nak cari pasangan yang paling sempurna. Ingat kekurangan pada pasangan anda itulah yang akan mengeratkan anda berdua. Tetapi terdapat beberapa sifat lelaki yang tidak berapa sempurna ini yang menjadi buruan ramai wanita. Kadang-kadang sifat ini sahaja dah cukup memadai untuk memikat hati seorang wanita walaupun muka lelaki tak sekacak artis atau model. Itu kenyataan dan ianya banyak terjadi di sekitar anda setiap hari tanpa anda menyedari. Jadi lelaki yang tak sekacak model, jangan putus asa sebab luaran tak sepenting dalaman seseorang itu.
1. Yakin Pada Diri

Keyakinan diri adalah kualiti penting yang sering di cari oleh wanita, lakukan sesuatu perkara itu dengan terbaik. Yang paling penting, jangan memperkecilkan kelemahan diri sendiri. Ada yang menyerah kalah sebelum berbuat apa-apa. Ini bukan sifat lelaki sejati. Sebaliknya kamu harus berikan alasan kukuh, kenapa kamu tidak boleh lakukan. Penting untuk berlatih bersungguh tanpa mengenal erti putus asa dan sentiasa berfikiran positif.

2. Pandai Buat Lucu

Jangan bercakap terlalu serius atau ketawa yang dibuat-buat. Lebih teruk kalau tersengeh-sengeh tak tentu fasal. Ingat untuk menjadi seorang yang kelakar tidak semestinya kamu membuat lawak bodoh. Belajar berlawak secara spontan dan bersahaja kerana ini akan menghiburkan hatinya. Lawak bersahaja itulah yang membuatkan si dia akan terus merindui karenahmu.

3. Romantik

Wanita sebenarnya menginginkan seorang yang romantik. Ingat, romantik bukannya gatal atau miang, lelaki yang romantik adalah pandai mengambil hati dan bijak menggunakan kata-kata. Suka mengambil berat dan penyayang juga menjadi salah satu aspek yang menarik perhatian wanita. Biar seseorang wanita itu kelihatan ‘rugged’ atau agresif. Namun dalam hal teman lelaki, kebanyakannya memilih yang romantik.

4. Wang

Tidak disangkal lagi ramai wanita bersifat materialistik atau mata duitan. Mereka hanya mahukan lelaki yang berjaya dan mempunyai wang yang banyak sahaja. Selain bekerja, kamu juga boleh bergaul dengan orang kaya atau ternama yang mungkin boleh membantu kamu menjadi kaya suatu hari nanti. Belilah baju atau kasut jenama, kamu bakal mencuri pandang wanita. Biar papa asal bergaya. Papa dalam hal ini adalah kamu perlu menyesuaikan diri dengan gaya orang kaya. Biar terpaksa mengeluarkan wang yang lebih sedikit, namun hasilnya hanya kamu yang mendapat nikmatnya. Umpama membeli kereta BMW walaupun tanpa aksesori, ia tetap di lihat gah berbanding dengan kereta biasa yang penuh dengan aksesori.

5. Bijak

Wanita sering mengimpikan mendapat seorang lelaki yang berpendidikan dan pandai. Jika kamu berasakan kamu kurang bijak, mungkin kamu boleh mengambil langkah untuk melanjutkan pelajaran. Luangkan masa kamu mendengar berita CNN dan rajin mengisi teka silang kata supaya tampak berilmu. Wanita suka lelaki yang bijak dan suka membaca. Tidak semesti kamu adalah seorang ahli akademik. Caranya, baca ulasan buku seolah-olah kamu telah membaca keseluruhan buku tersebut. Pakailah cermin mata yang tidak berkuasa untuk memperlihatkan kamu bergaya seperti seorang intelek.

6. Sensitif.

Setiap kali pasangan kamu bercakap, dengarlah dengan khusyuk sambil memandang bola mata hitamnya. Malah mungkin kamu boleh berkata ” saya memahami perasaan awak” bagaimanapun jangan pula kamu terlalu sensitif kerana sebagai tempat berlindung tentulah mereka memerlukan pohon yang kukuh.

7. Suka Kanak-Kanak

Wanita menganggap seorang lelaki yang bijak adalah berpengetahuan luas dalam semua bidang termasuk menjaga kanak-kanak. Hati wanita mudah tersentuh dengan lelaki yang sukakan kanak-kanak. Apabila si dia membelai kanak-kanak yang di temuinya. Kamu memberikan perhatian kepadanya. Selepas itu kamu pula boleh mendukung sambil mengagah kanak-kanak itu. Perbuatan kamu ini secara tidak langsung akan memperlihatkan yang kamu memang layak menjadi bapa yang penyayang.

8. Bijak Berdandan

Lelaki juga kena pandai merawat atau memanjakan tubuh. Bagi yang mempunyai kulit berminyak, kamu perlu meluangkan masa untuk melakukan perawatan bagi mengelakkan jerawat atau penyakit kulit yang lain muncul. Selain berpakaian kemas dan sesuai. Kebersihan tubuh juga hendaklah diberi tumpuan. Kuku hendaklah dipotong rapi dan bersih. Pendek kata, kebersihan tubuh mesti di jaga kerana ia memberikan kesan kepada hubungan kamu dan si dia nanti.
 
Read More.. "Tips : 8 Ciri Lelaki yang Menjadi Buruan Wanita"

Wednesday, 14 September 2011

Tips : Cara Lelaki untuk Mendekati Wanita Pujaan Mereka


Nak dekati wanita bukan ssenang apatah lagi ramai lelaki sangat malu dan berkelakukan macho. Jadi kita kena tahu yang wanita ini sangat beremosi dan sangat rumit. Jangan kita pergi rumitkan lagi tetapi kita pergi telitikan pelbagai cara terbaik untuk mendekati mereka. tapi ingat, dekat hanya pada wanita yang anda betul-betul dengan sepenuh hati sayang dan cinta dia. Jangan pula nak main-main sebab rakan lain dah ada teman. Itu salah!!

1. Gunakan Kelebihan Wanita
Sesetengah wanita ada kalanya mempunyai idea dan IQ yang lebih bernas daripada lelaki. Jika lelaki melihatnya dari sudut yang positif, bermakna kelebihan wanita ini jika digandingkan mampu mencipta idea yang hebat. Satu kelemahan wanita ialah kalah dengan emosi. Justeru dalam menakluki wanita, lelaki sebenarnya boleh menggunakan kelebihan dan kelemahan ini sebagai ‘senjata.’

2. Perancangan Teliti
Memikat wanita perlu strategi yang betul. Jika anda tidak mengaturnya dengan sempurna maka anda akan dikuasai wanita.

3. Jangan Terlalu Mendesak
Ramai lelaki yang mempunyai sikap ini yakni suka mendesak. Mereka berasa sangat puas jika melihat orang lain menurut kehendaknya. Namun dalam menunjukkan anda seorang lelaki budiman, jangan sesekali melakukannya kerana tiada wanita suka lelaki begini. Bersikap rasional dalam semua perkara, insya-Allah hubungan anda akan kekal selama-lamanya.

4. Kenali Kekuatan
Sebaiknya kenalilah kekuatan pada diri anda. Jika anda mampu “memperlihatkannya” kepada si dia bermakna anda adalah lelaki idaman wanita.

5. Seorang Yang Berinisiatif
Kekuatan karakter tidak menyamai kekuatan fizikal. Ramai lelaki beranggapan, bentuk tubuh yang tegah adalah lambang lelaki gagah namun kalau karakter anda lemah, anda juga mudah kalah. Wanita biasanya mencari lelaki yang boleh melindungi diri mereka di saat susah dan senang, mampu menenteramkan jiwa di saat lara, memberikan idea di saat yang anda perlukan. Jadi sebagai lelaki, berusahalah mencari ilmu-ilmu ini kerana keupayaan anda akan membuatkan wanita begitu mencintai anda.

6. Buat Wanita Tergila-gila Pada Anda
Zaman dahulu, pahlawan menjadi pujaan ramai wanita. Mereka dianggap seorang yang hebat, pelindung dan memiliki kekuatan dan biasanya digambarkan sebagai kacak. Namun di zaman ini, tiada lagi pahlawan sebaliknya muncul ramai lelaki yang berilmu, berkarisma, memiliki segala-galanya. Jadi gunakanlah ini sebagai kelebihan membuatkan wanita tergila-gilakan anda.

7. Disiplin Diri
Bagi sesetengah lelaki, mereka bangga jika bergelar romeo dan punya ramai teman wanita. Tapi wanita pula tidak mencari lelaki seperti ini kerana bimbang hubungan yang dibina tidak kekal ke jenjang pelamin. Wanita biasanya mencari lelaki yang boleh menjadi pelindung. Justeru itu, disiplinkanlah diri untuk setia kepada yang satu serta beberapa perkara yang boleh membuatkan wanita terus menyenangi anda.

8. Pemimpin Di Mata Wanita
Agak sukar sebenarnya mencari lelaki yang berkarisma dan memiliki sifat kepimpinan dalam diri mereka. Sikap pemimpin yang anda tampilkan mampu memperlihatkan anda mampu menerajui keluarga dengan penuh tanggungjawab.

9. Perlukan Perancangan
Ramai lelaki suka keluar berhibur malam hanya kerana mahu berseronok bersama rakan. Namun ini tidak menggambarkan komitmen anda. Wanita mahukan lelaki yang penuh perancangan bukan asyik bergembira tanpa hala tuju.

10. Kawal Cemburu
Jangan tidak tahu, bukan wanita saja yang cemburu, iri hati dan sebagainya sebaliknya ada juga lelaki begitu. Dalam mencari kekuatan diri anda, kenali sikap diri yang mungkin menjauhkan diri anda daripada insan bergelar wanita.

Read More.. "Tips : Cara Lelaki untuk Mendekati Wanita Pujaan Mereka"

Friday, 9 September 2011

Tips : Cara untuk Membuat Wanita Anda Rasa Istimewa Dengan Anda


Anda ingin pasangan wanita anda gembira dan rasa diri mereka istimewa? Bukan senang dan bukan susah juga, tetapi sekiranya anda sebagai lelaki benar-benar pasangan anda, anda akan cuba sedaya upaya untuk melakukan yang terbaik untuknya.

(1) Beritahu bahawa kehadiran mereka amat bermakna terhadap kehidupan anda- Apabila anda memberitahu mengenai perkara ini, ia secara tidak langsung akan membuatkan mereka berasa seperti diperlukan dan istimewa. Beritahu perubahan yang telah berlaku didalam kehidupan anda selepas kehadiran mereka ataupun sebagainya.

(2) Bezakan layanan terhadap mereka dan juga rakan- Perkara ini adalah kesalahan yang sering dilakukan oleh pasangan. Mereka merasakan bahawa apabila melayan pasangan sebagai rakan, hubungan mereka akan lebih rapat. Ia sebenarnya tidak tepat sama sekali. Anda perlu bezakan layanan terhadap mereka dan juga rakan. Ini kerana pasangan anda akan lebih sensitif terhadap setiap perkara yang anda lakukan. Perbezaan yang anda tunjukkan inilah yang akan membuatkan mereka berasa istimewa.

(3) Memberikan mereka perlindungan- Wanita akan lebih tertarik terhadap lelaki yang mampu untuk membuatkan mereka berasa selesa dan dilindungi. Pasti perlindungan yang anda berikan akan membuatkan mereka berasa lebih istimewa.

(4) Hormati pendapat mereka- Buatkan mereka merasakan bahawa anda menghargai kewujudan mereka didalam kehidupan anda. Hormati pendapat mereka, dan ia akan membuatkan mereka akan berasa lebih istimewa.

(5)  Meminta maaf- Sememangnya seorang lelaki akan lebih sukar untuk meminta maaf. Ia mungkin disebabkan oleh keegoan mereka. Sekiranya anda telah melakukan kesalahan, jangan terlalu sukar untuk meminta maaf. Ketepikan ego anda dan pasti ia akan membuatkan mereka berasa istimewa.

(6) Penghargaan- Tunjukkan penghargaan anda terhadap apa yang telah mereka cuba usahakan didalam hubungan. Penghargaan yang ditunjukkan akan membuatkan mereka rasa dihargai dan juga istimewa.
Read More.. "Tips : Cara untuk Membuat Wanita Anda Rasa Istimewa Dengan Anda"

Saturday, 3 September 2011

Tips : 5 Cara Dalam Memastikan Percintaan Berkekalan


Percintaan berkekalan merupakan sesuatu yang setiap pasangan impikan dalam hubungan mereka. Tetapi ramai juga tidak berjaya dalam perkara ini, kenapa? Sebab beberapa yang paling penting yang anda perlukan dalam percintaan anda tidak amalkan. 
1. Saling Mempercayai

Setiap pasangan kekasih mestilah mempunyai sikap ini. Anda mestilah mempercayai kekasih anda dari setiap aspek. Samada dari segi percakapan, pemikiran mahupun perbuatan yang dilakukan oleh kekasih anda.
Memang sukar untuk memberikan kepercayaan sekiranya anda pernah dikecewakan. Tetapi apa salahnya sekiranya anda memberikan si Dia kepercayaan anda. Ianya tidak salah bukan?

2. Saling Memahami

Fahami diri kekasih anda. Sekiranya anda mengajak si Dia keluar, makan bersama atau pergi menonton wayang dan sebagainya, dan si Dia menjawab "tak nak", "tak mahu", biarkanlah si Dia. Maksud biarkan itu adalah, jangan dipaksa-paksa dan fahami kenapa si Dia menjawab demikian. Adakah si Dia sedang sibuk dengan urusan lain? Atau si Dia ada masalah lain? Cuba fahami dirinya.

3. Bertolak Ansur

Setiap lautan, akan ada pasang surut airnya. Begitulah juga dalam berpasangan. Tidak dinamakan berpasangan sekiranya tiada sedikit salah faham atau pertelingkahan. Di sini, anda haruslah bertolak ansur dan menurunkan sedikit ego anda. Jangan mengharapkan si Dia bertolak ansur dulu, tapi, andalah yang perlu mulakan. Jangan biarkan pertelingkahan itu berlanjutan kerana ia ibarat seperti kanser. Semakin dibiarkan, semakin parah jadinya.

4. Kejujuran

Anda, ketika berpasangan hendaklah jujur. Jujur bukan hanya ketika dengan pasangan anda, tetapi juga pada semua masyarakat. Tidak kisah sama ada ibu bapa anda, adik-beradik, rakan-rakan dan sebagainya.
Jujur dalam berpasangan adalah anda tidak berkata dusta, tidak bohong, tidak menipu dan tidak mengkhianati pasangan anda itu. Mungkin ada dikalangan anda berkata, 'Kenapa aku nak jujur pulak pada dia? Lantak aku lah." Anda mesti ingat, pada mula anda berpasangan, anda sayang pada si Dia, anda minat pada si Dia, anda suka pada si Dia. Sekiranya anda tidak jujur, adakah segala sayang, suka dan minat itu semuanya dusta belaka?

5. Kesetiaan

Apabila anda berpasangan, kesetiaan merupakan faktor yang anda perlu jaga. Janganlah anda mencari pengganti bagi si Dia ketika anda berpasangan. Ini kerana, si Dia telah memberikan kepercayaan pada anda dan sekiranya anda menduakan si Dia, anda telah memusnahkan harapan dan impian seseorang yang anda pernah kata-katakan ucapan cinta.
Cuba anda letakkan diri anda dalam situasi "ditinggalkan". Adakah anda akan berasa sedih? Kecewa? Hampa? Sudah semestinya anda akan katakan Ya. Oleh itu, fikirkan perasaan si Dia dan setialah dengan pasangan anda.

Diharapkan dengan tips-tips ini, anda dapat mewujudkan sebuah hubungan yang bahagia dan kekal selama-lamanya. 

Read More.. "Tips : 5 Cara Dalam Memastikan Percintaan Berkekalan"

Friday, 2 September 2011

Tips : Cara Untuk Memujuk Pasangan yang Merajuk


Merajuk satu perkataan yang sangat sinonim dalam percintaan bukan saja selepas berkahwin tetapi juga pada pasangan yang baru membina cinta antara mereka. Kalau sesebuah hubungan tanpa perkataan ini memang bukan bercinta, mungkin hanya kawan kerana dalam percintaan mesti ada ups and downs. Inilah yang membuat satu hubunga itu sangat istimewa dan bermakna apabila satu pihak datang memujuk dan memberitahu cintanya. 

Kenapa merajuk?


Sebelum kita mengetahui cara untuk memujuk ini, kita harus tahu apakah menyebabkan seseorang itu merajuk. Seseorang itu merajuk disebabkan atas beberapa sebab.


1. CemburuYa, ini merupakan faktor utama kenapa si Dia merajuk. Dia cemburu disebabkan ada sesuatu yang cuba mengambil anda dari dirinya. Seperti kawan-kawan, pekerjaan, keluarga dan sebagainya.


2. Tidak dapat apa yang diinginkan
Si Dia menginginkan sesuatu dari anda, tetapi anda tidak memberikannya. Sebagai contoh, Si Dia ingin memakan roti canai (kenapa pasal roti canai pulak ni?), tetapi anda tidak mahu, dan anda ingin makan benda lain. Jadi, si Dia pun merajuk sebab dia hendak jugak makan roti canai. Payah jugak ni.


3. Orang lain lebih hebat dari dia
Adakalanya dia akan merajuk untuk mendapatkan perhatian dari anda. Dan kadangkala, si Dia merajuk disebabkan ada sesuatu yang membuatkan dia berasa marah dan tidak selesa. Untuk mengubat perasaan dia itu, dia perlukan anda disamping dirinya tetapi dengan cara yang sangat berbeza -- merajuk.


Bagaimana nak pujuk?


Ok. Sekarang ini kita sudah mengetahui sebab kenapa si Dia boleh merajuk. Dan sekarang bagaimanakah cara untuk memujuknya. Diingatkan, tips-tips ini bukan langkah-langkah untuk memujuk, cuma sebagai panduan atau tips sahaja.


1. Terangkan perkara sebenar
Adalah lebih mudah berkata benar dari berdusta. Ceritakan kepada si Dia apa yang berlaku pada anda dan tanya pada si Dia kenapa dia merajuk. Berterus teranglah dalam perhubungan anda. Janganlah berselindung. Dengan mengwujudkan budaya bertanya dan berkata benar ini, dapat mengeratkan perhubungan kerana, anda mengambil berat si Dia. Ini juga bermaksud anda menunjukkan bahawa anda menyayangi dia.


2. Bertolak ansurlah dan bijak dalam membuat keputusan
Memang sukar untuk kita bertolak ansur tetapi tidak bermakna kita kalah sekiranya kita mengalah. Dalam situasi sebegini, anda haruslah bijak dalam membuat sesuatu keputusan. Sekiranya si Dia merajuk dan anda tidak berjaya memujuknya, gunakan gaya anda yang tersendiri dalam memujuk hatinya. Dengan ini, anda kelihatan bijak dalam membuat keputusan.


3. Ucapkan kata-kata "manis"
Manis tidak semestinya manis bukan? Ketika si Dia tengah merajuk, cuba anda bergurau senda dengan dia dengan menggelarkan si Dia, "bucuk", "comot", "manje" dan sebagainya. Dalam pada itu, selit-selitkan ayat-ayat power anda dalam perbualan tetapi masih mengekalkan perkataan-perkataan manis seperti yang saya sebutkan tadi. Adalah amat kelakar bagi saya sehinggakan saya pun sedang tersengih pada ketika ini. ;))


4. Nyanyikan lagu buatnya
Ha...tips ini merupakan bagi saya tips yang paling ultimate. Kalau ditanya, berapa ramai yang sanggup nyanyi untuk kekasihnya? Pernah tak anda menyanyikan lagu untuk kekasih anda? Mungkin jawapannya ramai yang mengatakan tidak. Tetapi, saya pernah. Saya tidak berkata bohong. Saya pernah dendangkan lagu kepada kekasih saya. Dan kami siap berkaraoke di dalam phone lagi. Kami berduet bersama-sama. Adakah si Dia akan tersenyum dan ketawa? Sudah pasti ya. Kerana dapat mendengar suara buah hatinya menghiburkan dirinya. Tidakkah ianya menggembirakan? Sudah pasti senyuman terukir di bibirnya.


Seperti yang saya katakan tadi, tips-tips ini bukanya langkah-langkah tetapi merupakan panduan bagi anda dalam memujuk pasangan anda. Mungkin ada di antara tips ini tidak sesuai dilakukan kepada pasangan anda tetapi tips ini mungkin berjaya membuatkan si Dia tersenyum.

Read More.. "Tips : Cara Untuk Memujuk Pasangan yang Merajuk"

Tips : [Video] Cara Mengenalpasti Payudara Palsu atau Original

 
Semakin ramai wanita membuat payudara palsu walaupun mereka tau risikonya sangat tinggi. Dalam setahun boleh mencecah 30,000 orang wanita membuat payudara palsu. Jadi bagi lelaki di luar sana, jangan tertipu dengan semua yang palsu ini. Mari tengok 8 tip untuk mengesan payudara tersebut PALSU atau ORIGINAL

Read More.. "Tips : [Video] Cara Mengenalpasti Payudara Palsu atau Original"

Thursday, 1 September 2011

Tips : Perkara Lelaki dan Perempuan Perlu Tahu Tentang PAsangan Mereka

 
Untuk memastikan segalanya baik antara hubungan satu pasangan, adalah penting jika lelaki dan wanita lebih memahami tentang sesama sendiri. KAdang-kadang sifat tersebut memang terdapat pada seseorang tanpa dinafikan. Itu adalah keistimewaan seseorang dan pasangan mereka perlu memahami dan sentiasa cuba menerima dengan hati yang terbuka. 
Lelaki perlu tahu yang perempuan:
  1. Bukan bermaksud suka merajuk, tapi hanya ingin bermanja dan mendapatkan perhatian.
  2. Bukan bermaksud cerewet tak tentu hala, kadang kala wanita ingin lelaki mengikut kata-katanya sekali sekala.
  3. Ibarat sehelai sutera, cantik, mulus, lembut dan mudah tercarik dan koyak. Walaupun seorang wanita memaafkan seseorang yang lain atas sebab kesalahan, biasanya wanita akan ingat kesalahan tersebut untuk disimpan jadi pengajaranBukan dendam.
  4. Ikhlas seorang wanita tak perlu diragui.
  5. Wanita sanggup berkorban apa saja untuk seseorang yang amat disayangi, termasuk ibu bapa, anak-anak dan suami. Wanita amat tabah.
  6. Sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling dalam diam kerana wanita itu prihatin.
  7. Walaupun dia adalah seorang wanita yang pandai berdikari, naluri seorang wanita masih lagi tetap seorang wanita. Suka bermanja bukan hanya kepada insan yang bernama lelaki, namun juga sesama kaum.
  8. Wanita yang terlalu sayangkan kekasihnya sanggup menolak ketepi egonya apabila bersemuka dengan yang dicintai.
  9. Cinta pertama bagi wanita adalah yang paling dalam dan tulus.
  10. Seks bukanlah segala-galanya buat wanita kerana wanita diciptakan dengan 9 nafsu dan satu akal. Nafsu yang banyak dan tidak tertumpu kepada satu saja. Lelaki pula dijadikan dengan 9 akal dan satu nafsu. Fungsi lelaki adalah membimbing wanita dan bukan menghanyutkannya.

Perempuan juga perlu tahu yang lelaki:
  1. Lelaki juga boleh menjadi seseorang yang begitu sensitif dan mengambil berat (prihatin).
  2. Jika seseorang lelaki meminati wanita, wanita itu tak semestinya cantik. Cukup denganbudi bahasa dan kesopanan yang tinggi. Malah lelaki boleh menyukai wanita yang mempunyai banyak persamaan dengannya sama ada dari segi pemikiran atau minat. Oleh itu, banyak yang boleh dibualkan atau dikongsi bersama.
  3. Kebanyakan lelaki sebenarnya tidak mengetahui perasaan sebenar yang dirasakan oleh seorang wanita.
  4. Lelaki boleh menerima penolakan dengan baik.
  5. Lelaki cuba menonjolkan sikap kelakiannya untuk menambat hati wanita.
  6. Lelaki memang dilahirkan dengan perasaan yang kuat terhadap wanita. Sebab itu merekasuka melihat dan menjeling wanita.
  7. Kebanyakan lelaki resah bila berhadapan dengan situasi ingin mengajak wanita keluar buat kali pertama!
  8. Lelaki cuba meniru gaya selebriti atau berlagak macho hanya kerana ingin memikat hati wanita.
  9. Bila lelaki cakap, ”Emm. tengoklah dulu” itu seringkali bermaksud dia berkata tidak atau kurang setuju.
  10. Bila lelaki cakap direct to the point dalam sesuatu hal, dia sebenarnya ingin bersikap jujur dan berterus-terang dan mengharapkan wanita memahami maksudnya.
  11. Adalah biasa lelaki cemburu terutamanya apabila perempuan asyik menyebut nama lelaki lain.
  12. Lelaki tak boleh belajar kesemuanya mengenai perempuan dari library atau buku semata-mata. Oleh itu mereka selalu keliru dengan sikap perempuan dan tak faham kenapa perempuan bersikap begitu begini.
  13. Kadang-kadang lelaki perlu mengetahui lebih mendalam tentang bagaimana berhadapan dengan perempuan supaya hubungan dapat berjalan dengan lebih baik.
  14. Betapa hebatnya lelaki itu bersikap romeo dan ‘flirting’ dengan ramai wanita, dia tetap hanya ada seorang teman wanita yang istimewa. Yang lain hanya kawan.
  15. Bila sesuatu hubungan putus di tengah jalan, lelaki juga rasa bersedih cuma dia tak menunjukkannya kesedihannya di depan orang.
  16. Bila seorang perempuan meminati seorang lelaki, perempuan itu patut bagi hint! Mana tau lelaki itu juga menaruh minat. Senang usahanya nanti.
  17. Adalah memalukan bagi lelaki jika tak berupaya menolong wanita.
  18. Kebanyakan lelaki cukup lemah dengan air mata perempuan. Mereka lebih tewas sekiranya air mata itu mengalir dari perempuan yang dikasihi. Sebab itu dikatakan air mata senjata perempuan.
zoncinta
Read More.. "Tips : Perkara Lelaki dan Perempuan Perlu Tahu Tentang PAsangan Mereka"

Tuesday, 30 August 2011

Tips : Bila Seorang Lelaki Benar-Benar Jatuh Cinta


Bila lelaki benar-benar jatuh cinta dan setia pada kekasihnya dengan ikhlas,perubahan sikapnya amat mengejutkan. Hati lelaki yang dianggap keras selama ini,tiba-tiba secara semulajadi menjadi selembut kapas apabila sudah jatuh cinta dengan relanya. Bahkan lelaki yg mabuk cinta sanggup berkorban dan buat apa sahaja untuk kekasihnya.Sekeras manapun hati lelaki ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai. Untuk melihat lelaki menangis amatlah payah. Diantara tanda-tanda lelaki yang jatuh cinta dengan hebat ialah:

1. Dia bersungguh-sungguh melakukan sesuatu untuk kekasihnya dengan rela bukan kerana terpaksa.

2. Dia sentiasa ingin menghiburkan kekasihnya dan berubah menjadi orang yang kuat bercakap.

3. Dia banyak menasihati kekasihnya kerana dia amat menyayangi kekasihnya.

4. Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya keraan perasaan cemburunya yang meluap-luap.

5. Dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya.

6. Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana dia sentiasa berasa curiga.

7. Dia tidak suka ada lelaki lain rapat dengan kekasihnya.

8. Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya.

9. Adakalanya dia seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian kerana dia mahu kekasihnya melayannya lebih dari org lain.

10. Dia menjadi org yang paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa saja.

11. Dia pandai merajuk hati kerana ingin dipujuk oleh kekasihnya.

12. Dia akan mengalabah apabila kekasihnya berjauhan daripadanya terlalu lama.

13. Dia sentiasa mempastikan keselamatan kekasihnya.

14. Dia mementingkan! kekasihnya daripada dirinya sendiri.

15. Dia kerap bertanya adakah kekasihnya mencintainya kerana dia merasa kasihnya lebih kuat daripada kekasihnya.

16. Dia tidak akan melayan perempuan lain yang tidak ada urusan penting dengannya.

17. Dia cuba meluangkan lebih banyak masa dengan kekasihnya walaupun terpaksa menunggu kekasihnya dengan sabar.

18. Dia membanggakan kekasihnya di depan orang lain.

19. Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasa serik dan tidak percaya dengan cinta perempuan lain namun dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya.

20. Apabila timbul orang ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya.

21. Dia menganggap kekasihnya sebagai org yang paling dipercayainya dan sanggup menyerahkan harta walaupun nyawanya sendiri.

22. Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau dia dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100% mencintai kekasihnya.

23. Bukan semua lelaki sanggup menitiskan airmataanya untuk seorang perempuan. HARGAILAH MEREKA..
Read More.. "Tips : Bila Seorang Lelaki Benar-Benar Jatuh Cinta"

Friday, 8 July 2011

5 Tip Blogging Terbaik (Trafik)

Salam dari akustressgiler, selama ini tak pernah ikut contest blog pun, apatah lagi blog akustressgiler ini baru nak masuk 4 bulan. Jadi, ini first contest dan kami cuba yang terbaik la dalam contest ini. Ini adalah untuk KONTEST SEO yang dianjurkan oleh 2dayblogger. Kami memilih keyword ‘Tip Blogging Terbaik’.
Kami bukan nak kata kami ini bagus sangat dalam blogging pun tapi ini adalah antara benda yang kami lakukan setiap hari untuk meningkatkan trafik kami.

1. Tajuk ENTRI yang menarik serta boleh membuat pembaca tertarik secara tak langsung bila membacanya dan juga membuat pembaca tertanya-tanya mengenai isi kandungannya.  Contohnya : Tajuk mana lebih menarik perhatian?

a.      Perempuan ini berusia 30 Tahun
b.      Percaya tak perempuan ini berusia 30 tahun?

Mestilah B kan? Sebab kita sebagai pembaca mesti nak tau kenapa blogger     ini Tanya kita yang kita ini percaya ke tak. Daripada yang A hanya satu statement yang agak lame.
Selain itu, adalah baik sekiranya setiap entri yang mempunyai video atau gambar dinyatakan pada awalan atau hujung tajuk. Contohnya :

a.      Berapa kali anda TENUNG kat MATA perempuan ini? (15 Photos)
b.      Perkara yang MAHASISWA/I biasa lakukan di UNIVERSITI (20 Photos)
c.      [Video] Manager KFC Ambil Sisa Ayam Dari Tong Sampah Untuk   
         Pelanggan
Ini serba sedikit boleh menarik perhatian pembaca kerana seperti mana kita tahu ‘Picture tells thousand words” Segalanya gambar boleh tolong terangkan.
    2. Masa terbaik untuk postkan entri baru setiap hari sekiranya ingin trafik tinggi atau pembaca yang ramai adalah pada 12 tengah malam, 12 tengah hari, 3 petang dan 9 malam. Ini mengikut apa yang tercatat pada blog kami. Tetapi yang paling ramai adalah pada jam 12 tengah malam. Entahlah ramai lagi blogger Malaysia yang berjaga malam. KAdang-kadang  dalam 1 jam boleh mencecah 1,200 orang pembaca. Ini buktinya.: 8 Julai 2011


Jadi rajin-rajin la berjaga malam ye.. Sebelum jam 12 tgh mlm tu korang sedia dulu semua entri korang nak post bila mencecah jam 12. Jadi lepas tu korang masukkan ke dalam “New Post” je dan publish terus..Senang kan? Masa lain itu, seperti jam 12 tgh hari dan 3 petang itu selalu ramai juga sebab orang tengah lunch break dan maybe ada yang tengah relaks waktu kerja. Jam 9 malam pula masa orang semua dah balik rumah dan lepas menjamu selalu jadi lepak depan komputer la mencari cerita menarik yang stress.

3. 3. Sertai laman web yang boleh PING Entri anda supaya semua orang boleh lihat entri anda timbul di laman web tersebut. Antara lama web yang orang biasa gunakan untuk PING Entri termasuk blogger femes Ben A. Adalah GENGBlogger. Di sini kalo entri korang menarik korang boleh masuk dalam list top 10 untuk 24 jam di mana post korang akan timbul di laman web setiap kali ada orang melawat laman ini. Langkah dia senang je, korang post entri baru, lepas itu masuk ke gengblogger/rumah dan korang akan dibawa ke satu page di mana perlu pilih kategori entri korang. Lepas itu tekan je butang PING!. 
    
   Antara page lain yang agak femes juga dalam benda PING Entri ini adalah Apesal.com dan GengCyber. Sebenarnya ada banyak lagi tapi kami dari akustressgiler jarang aktif dalam semua ini hanya di Gengblogger je. Untuk pengguna Nuffnang mesti korang tahu ada juga satu laman untuk ping Entri iaitu INNIT. Prosesnya dan hasilnya semuanya sama je..:-)) Cuba la ye..

4. 4. Blogwalking atau ‘Jalan Blog’ ini sangat femes di kalangan bloggers Malaysia. Dulu mula untuk dua minggu memang rajin untuk blogwalking mencari maklumat dan juga mencari tips blogging, sekarang agak kurang dah. Blogwalking ini banyak kebaikkannya walaupun kadang-kadang blogger ingat kita ini SPAM. Dengan blogwalking, korang boleh tinggalkan link korang di shoutbox blogger lain untuk mereka menjejak kaki ke blog korang. 
   Jadi bertambah la sikit orang membaca. Selain itu, blogwalking juga boleh meningkatkan Followers korang itu. Followers ini bagus juga la sebab ada kalanya yang pasang widgets entri akan timbulkan post kita orang di page mereka. JAdi tingkatkan trafik lagi. Selain itu, dengan blogwalking kita boleh berkenalan dengan ramai blogger di luar sana dan boleh minta tips untuk tingkatkan blog kita.

   5. Tinggalkan link di komen-komen / Backlink adalah satu lagi cara untuk menarik pembaca pergi ke blog korang terutamanya blog yang baru nak naik sebab bukan senang kita nak suruh orang datang blog kita yang masih ‘bayi’. JAdi tinggalkan link pada komen box mereka terutamanya mreka yang femes kerana ramai orang baca dan komen. Tak tahu nak tinggalkan link?? Ini caranya..Korang tulis kan la apa komen korang dulu lepas itu letak kan ini.

                                  <a href="URL">TAJUK</a>   

Di ruangan URL itu, masukkan link entri korang itu dan masukkan tajuk pada ruangan TAJUK. Senangkan? Ini juga akan membantu korang untuk tingkatkan Page Rank korang kerana backlink dari blog lain. Korang pergi la komen di blog femes macam : Beautifulnara, Ben A., BlogSerius, Denaihati, 2dayblogger dan lain-lain.

Rasanya buat masa sekarang, ini je yang mampu akustressgiler sampaikan pada korang semua. Korang cuba la, mudah-mudahan dapat membantu korang. Satu lagi kalo nak tingkatkan ranking Alexa ingat ping ye setiap entri contohnya di TotalPing dan banyak lagi. Sebelum mengakhiri, datang2 la ke blog ye... Aku Stress Giler
 
“Contest SEO ini telah dianjurkan oleh Blog 2DayBlogger.Com dengan kerjasama blog upprofitslepak dan broframestone. Manakala hadiah telah disponsor oleh 2DayBlogger,upprofits,broframestone , MJ,MySuperKids , Muje,Puan Bee ,Ellen, DenaiHati,k-worlds,hairulazni,ummihanie,dinsblog“.

Read More.. "5 Tip Blogging Terbaik (Trafik)"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...