Utama

Utama 2

Geng Stress

TAWARAN HANGAT!!

BANNER UTAMA (728X90) = RM200/ sebulan



BANNER+IKLAN TEKS +ENTRY- RM250/ SEBULAN


REVIEW / ADVERTORIAL - RM50


APA TUNGGU LAGI?? SILA EMAIL


akustress3@gmail.com


Kongsikan Entri Kami

Thursday, 3 May 2012

OMG : Lukisan "The Scream" Dilelong Dengan Harga RM360 Juta


NEW YORK - Lukisan bertajuk “The Scream” atau Jeritan, karya Edvard Munch, menjadi hasil seni termahal  dilelong - mencecah paras AS$119.9 juta di New York, semalam.
 
Hasil seni ini ialah salah satu daripada empat hasil seni yang dihasilkan dari expresionis Norway itu dan satu-satunya yang menjadi simpanan peribadi beliau.
 
Harga pralelong dianggarkan AS$80 juta.
 
Lukisan tahun 1895 itu telah dibeli di Sotheby, New York City, oleh seorang yang tidak dikenali semalam dengan harga permulaan AS$50 juta dan lelongan berakhir 12 minit kemudian. 
 
Hasil jualan akan disalurkan kepada badan-badan muzium baru, hotel dan pusat seni di Norway. Rekod terdahulu untuk hasil seni dijual pada harga AS$106.5 juta pada  2010,  dihasilkan oleh lukisan Picasso iaitu Nude, Green Leaves, dan Bust.  
 
Harga jualan ini termasuk dengan sajak yang dihasilkan oleh Munch dibingkaikan, yang menggambarkan inspirasi beliau di sebalik hasil seni ini.
 
Sajak yang dihasilkan menggambarkan perasaan pelukis mengenai perasaan yang muncul ketika pelukis berjalan bersama teman beliau dan muncul satu jeritan yang tidak dapat digambarkan melalui kata-kata.
 
Hasil seni ini dijual oleh usahawan Petter Olsen, yang bapanya pernah rapat dengan pelukis dari Norway itu dan beliau membuat keputusan untuk menjualnya awal tahun ini.
 
p/s : Macam lukisan budak tadika je.. Gila mahal!! 
 
Sumber : Here

12 comments:

Anonymous said... Best Blogger Tips

scream!!

aina said... Best Blogger Tips

orang seni jew tahu

Anonymous said... Best Blogger Tips

seni kebendanya ..aku yang pandai bab seni meni pun ckap lukisan tu btul betul mcm budak tadika punya

-billy fecren

Anonymous said... Best Blogger Tips

seni?? mcm lukisan budak tadika. mungkin yg membuatkan lukisan ni mahal sbb usia nya kot. 117tahun. tp masi nampak x berbaloi dgn harga..hurmmm...

Anonymous said... Best Blogger Tips

Klau ak billioner skalipn ak x akn bli lkisan tu..

mom said... Best Blogger Tips

xkira barang ape sekalipun akan menjadi sesuatu yang berharga kat atas dunia ini bila orang yang terkenal yang menjualnya atau menghasilkannya...contohnya kalau hazama(mak minat hazama..pui) menjual baju yang pernah dipakainya masa beli kat uptown dengan harga rm20 kepada peminatnya dengan harga rm150 mesti peminat dia beli kan...

Anonymous said... Best Blogger Tips

haahhahahahaaha... cam syial lah ayat mom...pui

Anonymous said... Best Blogger Tips

lukisan camni.. aku suh moyang aku lukis pon bolehhhhhhhhhhh!!! ptuih!!

Sue Yusof said... Best Blogger Tips

aku buta seni =='

Rammizan Ramli said... Best Blogger Tips

apakah!

Anonymous said... Best Blogger Tips

wahai admin asg, gmbr tu the scream yg ori ke? the Scream ada 4 jenis tp rasanya yg gmbr tu bukn the scream ori, so jgn la confuskan pembaca dgn lukisan org lain tu

Anonymous said... Best Blogger Tips

bodo gambar nie...baik lukis gambar mak ko lagi cantik...DODOL

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...