SYDNEY – Salah seorang orang terkaya Australia, Clive Palmer hari ini
mendedahkan rancangannnya untuk membina Titanic versi abad ke-21 di
China dengan pelayaran sulung dari England ke New York dijadual pada
2016.
Palmer, seorang ahli perniagaan perlombongan berkata, beliau sudah
menyerahkan kontrak pembinaan kapal persiaran itu kepada sebuah syarikat
China, CSC Jinling Shipyard bagi membina Titanic II yang mirip kapal
pertama yang karam.
“Kemewahan yang dimiliki kapal ini sama dengan kapal asal Titanic
tetapi ia tentunya satu mercu tanda pembinaan dan kehebatan teknologi
pelayaran serta sistem keselamatan abad ke-21,” katanya dalam satu
kenyataan.
“Titanic II akan belayar di hemisfera utara dengan pelayaran sulungnya dari England ke Amerika Utara dijadual penghujung 2016.
“Kami sudah menjemput Tentera Laut China untuk mengiringi Titanic II dalam pelayaran sulungnya nanti ke New York.”
Pengumuman Palmer muncul beberapa minggu sempena sambutan ke-100
tahun tenggelamnya Titanic pada 15 April 1912 selepas melanggar bongkah
ais ketika pelayaran pertamanya dari Southampton ke New York.
Sedikit fakta mengenai Clive Palmer |
Palmer berkata, kapal baru itu sebagai menterjemahkan kekentalan
semangat pekerja yang membina kapal pelayaran gergasi asal berkenaan.
“Pekerja berkenaan menghasilkan kapal yang terus kekal biarpun sudah
100 tahun berlalu dan semangat ini perlu dikekalkan untuk 100 tahun
lagi,” katanya.
Titanic dibina oleh White Star Line dan ia adalah syarikat perkapalan terbesar di dunia ketika itu.
Palmer berkata, beliau juga sudah mewujudkan syarikat perkapalannya
sendiri iaitu Blue Star Line dan pembinaan Titanic II adalah sama dengan
kapal asal iaitu mempunyai 840 bilik serta setinggi sembilan tingkat. –
AFP
Sumber : Here
3 comments:
gerenti xde spe brani naik
kalau pelayaran pertama selamat ALHAMDULILLAH... aq akan naik jugak nti... tp, entahlah siapalah yg beranmi utk naik... takut pisang berbuah 2 kali...
http://mohdfaizulosman.blogspot.com/2012/04/tips-ke-matrikulasi-kmns-terbaik.html
itu kisah 100 tahun dulu, sekarang ni kalau tenggelam pun, macam-macam alternatif untuk selamatkan diri. sama macam kereta juga, cuba banding proton preve dgn kereta tahun 1912. Macamana?
Post a Comment