Kongsikan Entri Kami

Saturday, 9 March 2013

Hebat : Lelaki Ini Tanam Semula Hutan Seorang Diri Selama 30 Tahun (4 Gambar)


Seorang lelaki bernama Jadav 'Molai' Payeng dilaporkan memiliki 1,360 hektar hutan yang ditanamnya sendiri selama 30 tahun.

Payeng yang ketika itu berusia 16 tahun, memutuskan untuk menanam semula hutan di wilayah Assam, India Utara setelah dia menemui beberapa ekor haiwan liar yang hidup menderita di daerah itu selepas hutan digondolkan.

"Ular-ular mati kepanasan akibat tiada pokok untuk mereka berteduh dari kepanasan. Saya duduk dan menangisi kematian mereka. Mereka seperti hidup dalam keadaan derita. Saya kemudiannya melaporkan perkara ini kepada Jabatan Perhutanan dan meminta kebenaran untuk menanam pokok di sana." katanya seperti dipetik Metro.

Walaubagaimana pun, permintaan Payeng itu ditolak. Sebaliknya, Jabatan Perhutanan meminta Payeng menanam pohon bambu.

Merasa kecewa dengan tindakan tersebut, Payeng terpaksa melakukan kerja penanaman itu seorang diri. "Tak ada sesiapa pun yang membantu saya. Tidak ada yang tertarik untuk membantu" tambahnya lagi.

Payeng yang kini berusia 47 tahun mula menanam pokok pada tahun 1979 dan menghambakan dirinya untuk menanam pokok. Dia terpaksa meninggalkan pendidikan , rumah dan mula tinggal berseorangan di kawasan pasir lapang.

Kegiatan hariannya adalah merawat pokok bambu yang ditanamnya. Kini, kawasan pasir lapang itu telah mula ditumbuhi pelbagai jenis flora dan fauna termasuk haiwan liar seperti badak sumbu dan harimau.

Ironinya, pencapaian Payeng yang luar biasa itu akhirnya baru disedari oleh Jabatan Perhutanan pada tahun 2008. Mereka kelihatan kagum dengan usaha yang dilakukannya. "Kami kagum pada Payeng" kata seorang Pembantu Pemuliharaan Hutan, Gunin Saika.

"Dia telah berada di sana selama 30 tahun. Sekiranya dia tinggal di bahagian lain dunia, dia mungkin telah dianggap sebagai seorang pahlawan."




p/s : Hebat... 

Sumber : Here

8 comments:

Carlos Santiago said... Best Blogger Tips

semangat kehutanan yang tinggi

#BANkami


Anonymous said... Best Blogger Tips

Jenis keturunan TAMIL ni bukan nak peka tentang alam sekitar,Nasib baiklah NON-TAMIL macam si puyeng ni kisah tentang alam sekitar di india.

India adalah negara mempunyai kepelbagaian Kaum terbesar dunia dimana Bangsa Tamil memonopoli setiap inci tanah besar india.

Anonymous said... Best Blogger Tips

respet!!!

Anonymous said... Best Blogger Tips

Life of Molai

Unknown said... Best Blogger Tips

yg ni sulu x nak minta ke???ahahaha

Anonymous said... Best Blogger Tips

aku ska kenyataan di atas..haha..6t c kiram msti ckp die tolg bg dana kat Payeng..

fredd said... Best Blogger Tips

sangat murni usahanya itu

Anonymous said... Best Blogger Tips

hahahahaha.......sulu pon ader...si kiram cacat pon ader jgk

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...