Kongsikan Entri Kami

Wednesday, 6 March 2013

Berita : 13 Mayat Pengganas Sulu Berjaya Ditemui (2 Gambar)


LAHAD DATU  — Tiga belas mayat pengganas bersenjata ditemui di Kampung Tanduo dalam operasi susulan dan penggeledahan hari ini selepas gerakan ofensif dilancar pasukan keselamatan negara terhadap kubu kumpulan penceroboh di kampung itu semalam.


Satu daripada mayat itu adalah pengganas yang ditembak mati dalam kejadian berbalas tembak dengan pasukan keselamatan pada pukul 6.45 pagi ini, kata Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.


Bercakap pada sidang akhbar bersama Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pada pukul 4 petang ini, Ahmad Zahid berkata sembilan daripada mayat itu ditemui dalam sebuah liang kubur yang ditutup dengan kepingan papan.


Beberapa keping gambar Op Daulat yang dirakam pasukan keselamatan diedar kepada media, antaranya mayat pengganas yang di dalam sebuah kubur.



Serentak itu, Ahmad Zahid membidas sikap media sosial yang memperlekehkan barisan hadapan pasukan keselamatan kononnya ia adalah sandiwara.

“Gambar-gambar ini menunjukkan pasukan keselamatan kita mempunyai kebolehan yang tinggi dalam menjalankan operasi ini. Ia bukan sandiwara,” katanya.

Sementara itu, Hishammuddin berkata, berlaku dua pertempuran di sekitar kampung berkenaan ketika anggota tentera dan polis menjalankan operasi susulan dan penggeledahan.

“Pada 6.45 pagi tadi pasukan kita telah bertempur dengan pasukan penceroboh dan pasukan keselamatan kita menembak mati seorang anggota kumpulan penceroboh itu.

“Pada 1.45 tengah hari pasukan forensik kita diserang kumpulan penceroboh ketika menjalankan siasatan di kawasan kubur di mana mayat anggota mereka ditanam di kawasan kampung itu,” katanya yang mengesahkan tiada anggota pasukan keselamatan yang cedera.

Beliau berkata operasi bersama polis dan tentera itu turut menemui pelbagai senjata api milik kumpulan pengganas rakyat asing itu. ialah gambar anggota forensik diserang penceroboh ketika memeriksa sebuah kubur di kampung itu dan senjata yang dirampas pasukan keselamatan.

Sumber : here

22 comments:

Anonymous said... Best Blogger Tips

I love BN...

Anonymous said... Best Blogger Tips

I hate BN

Anonymous said... Best Blogger Tips

penceroboh2 tu sebenarny adalah penduduk bangsa sulu yg diberi ic oleh org2 umno....

Anonymous said... Best Blogger Tips

13+12.... where.the resttttt 170 more???

me said... Best Blogger Tips
This comment has been removed by the author.
Anonymous said... Best Blogger Tips

angkara anwar 8 nyawa polis melayang.... tahniah... sila rujuk reuters n media antarabangsa...jgn tgk harakah semata2....rosak otak...hahaha

Anonymous said... Best Blogger Tips

video http://www.youtube.com/watch?v=BqMPL2aDSQY&feature=youtu.be

Anonymous said... Best Blogger Tips

bawah ni sume kaki lancap

Anonymous said... Best Blogger Tips

ini kalilah...xpyh tuding menuding antara 1 sma lain..yg pnting kta prthan tnah air kita dpd pnceroboh asing..ini la kbodohan kita,saling pntingkn diri sndiri smpai org asing ambil ksmpatan..

Anonymous said... Best Blogger Tips

Ini semua poyo !

Anonymous said... Best Blogger Tips

hahaha..."org umno bg ic kt dorang".. bodoh ko ni!!

Anonymous said... Best Blogger Tips

aku urang sabah..mmg betol pemimpin bn bg IC sama deurang.. di sabah mmg banyak pndatang yg dapat IC secara percuma.. nak pula bila dekat dgn pilihanraya.. tanya sama urang2 sabah.. kami lebih tahu keadaan negeri kami

Anonymous said... Best Blogger Tips

belajarlah dari sejarah bagaimana negara2 boleh tumbang, bukan disebabkan kalah senjata, tetapi rakyat tidak bersatu padu

Anonymous said... Best Blogger Tips

Betul la, dekat 500,000 keping IC diberi secara percuma kepada orang Filipina dan Indonesia. Kalau tak caye, search la kes ni.

Anonymous said... Best Blogger Tips

betul2x..ic mmg free..yg blegar2 kat sabah tu buat hal kbnykn nya plipin n indon ada ic.. tp slalunya ic dorg ada tmt tempoh..haha

Anonymous said... Best Blogger Tips

yep btul tu aku juga org sabah, pilipin dan indon sini dlu klu nak ic kena bayar 3000-5000 baru boleh dpt tp 3 thn lalu smua pilipin dan indon dpt ic free..lagi2 msa pilihan raya ramai dari suku sakat BN turun kg bgi org2 kg duit tuk undi umno/bn..di beaufort plak setiap jabatan guru dan org2 yg undi umno/bn diberi laptop kecil. sprti baru2 nie sblm insiden kat lahad datu..dato najib dan rosmah mansur dtg ke beaufort kononnye untuk melawat org disabah daerah beaufort. ramai yg berduyun dtg ke perhimpunan tersebut, ada yg seawal jam 6 sdh stand by tgu kat tapak perhimpunan, sb apa? sb setiap kali piliharan raya dato najib dan rosmah akan dtg tuk berikan laptop notebook pda sepa2 yg undi umno/bn. siapa2 yg tgl di daerah beaufort sabah mmg untung la..kakak spupu aku masuk thn nie da 3 laptop dia dpt dri najib&rosmah..daerah lain cuma diberikan duit 100-200 je.

Anonymous said... Best Blogger Tips

cuba tgk gambar mayat betul2..... baju & sluar smua biru..... kasut but..... sarung tgn..... mcm polis

Anonymous said... Best Blogger Tips

Ko nk ckp apa sbnrnya?

Anonymous said... Best Blogger Tips

Cube bg contoh no ic sapa2 yg dpt free tu, meh aku check. Ada x, ke main ckp je apa org lain ckp??

Anonymous said... Best Blogger Tips

aku musykil+khuatir tgk gmbor di atas..ape2 pon doakan yg terbaik..kalo dorg nk mnipu..tpulang..kte yg xtau ujung pangkal..jgn jd bodoh komen pastu gaduh sesame sendiri..masing2 aku rase org ISLAM kan..jgn sbb politik je gaduh pastu letak agama ke tepi..Nauzubillah

Anonymous said... Best Blogger Tips

Benda btol... Klu ko nk bukti n kesahihan cter ko g tny tun Dr tuh...

Anonymous said... Best Blogger Tips

kalo dalam hati tu dah tertanam perasaan tak puas ati, ape saje yg kerajaan bwt mmang jadi tak btl...

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...