Utama

Utama 2

Geng Stress

Kongsikan Entri Kami

Friday, 8 March 2013

Cool : "Esslack", Semburan Cat Yang Boleh Dimakan (8 Gambar)


Kalau korang bosan dengan epal berwarna merah, ayam panggang yang berwarna perang dan biskut cip coklat, kini di Hamburg, Jerman telah direka sejenis penyembur pewarna makanan iaitu Esslack untuk memberikan warna berbeza pada makanan anda.

Menurut pihak pengeluarnya, pewarna makanan tersebut dikatakan tidak berbahaya walaupun pada kanak-kanak dan sesuai untuk digunakan pada semua jenis makanan.

Dengan produk terbaru ini, semua orang boleh mempelbagaikan ciptaan masakan mereka yang tersendiri. Sebagai contoh, mereka boleh membuat sayur asparagus berwarna emas, kacang berwarna merah, stik berwarna biru atau kek cawan berwarna perak.

Penyembur makanan ini boleh didapati dalam 4 warna iaitu merah, biru, perak dan emas dalam bentuk tin 100ml. Kos untuk setiap unit adalah berharga 25 Euro.



p/s : Cantik... 

Sumber : Here

6 comments:

Anonymous said... Best Blogger Tips

first

Anonymous said... Best Blogger Tips

xmakan kot...

Bahrain Ramlan said... Best Blogger Tips

cooll.....

Anonymous said... Best Blogger Tips

halal ke..???

Anonymous said... Best Blogger Tips

pehhh kan best if ada di Malaysia..

Anonymous said... Best Blogger Tips

yucckkkk!

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...