Kongsikan Entri Kami

Showing posts with label stress hebat. Show all posts
Showing posts with label stress hebat. Show all posts

Friday, 13 September 2013

Hebat : [Video] Pergh.. Nasib Baik Proton Saga BLM Tu Dapat Elak


Jom tengok kehebatan pemandu Proton Saga BLM mengawal kenderaannya daripada merempuh belakang sebuah Proton Wira. Tapi apa yang menarik dalam video ni adalah pemandu yang terlibat dalam eksiden ni cool jer. tak perlu gaduh-gaduh.. Rilek brader brader rilek... 


Sumber : Here

Read More.. "Hebat : [Video] Pergh.. Nasib Baik Proton Saga BLM Tu Dapat Elak "

Monday, 12 August 2013

Hebat : [Video] Nenek Berusia 90 Tahun Pecah Rekod Dunia 100 Meter!


Bulan lepas, Turbo Granny dari Jepun telah memecahkan rekod dunia pecut 100 meter bagi kategori 90 tahun keatas. Rekod tersebut telah dipecahkan di  30th Kyuushu Masters Athletics Championship Series pada 28 Julai lalu. Nenek yang bernama Mitsu itu telah menghabiskan larian 100 meter dalam masa 23.8 saat.


 p/s : Superb... 

Sumber : Here

Read More.. "Hebat : [Video] Nenek Berusia 90 Tahun Pecah Rekod Dunia 100 Meter! "

Wednesday, 24 July 2013

Hebat : Cecair Pemadam Kebakaran Tanpa Menyebabkan Kebasahan (3 Gambar)


Cecair unik ini dikenali sebagai "Novec 1230" dan digunakan khusus untuk memadamkan kebakaran. Walau pun ia merupakan cecair, namun ia tidak akan menyebabkan sebarang kesan basah apabila digunakan berbeza dengan sifat air yang sebenar.

Novec 1230 ini merupakan agen pemadam kebakaran yang moden bagi menggantikan penggunaan air. Hal ini bagi menjamin kesan yang lebih praktikal dan selamat sekiranya kebakaran berlaku di tempat-tempat seperti bank, muzium, bangunan pejabat dan hospital, serta mengelakkan sebarang kerosakkan pada peralatan yang mahal.

Cecair ini juga tidak memberi sebarang kesan buruk kepada alam sekitar terutamanya pada lapisan ozon (ODP 0) dan juga kepada kesihatan manusia. Jadi, sekiranya berlaku kebakaran di pejabat anda, usah risau pada barangan elektronik yang anda tinggalkan kerana ia dijamin tidak akan terjejas dengan penggunaan cecair ini.




Sumber : Here
Read More.. "Hebat : Cecair Pemadam Kebakaran Tanpa Menyebabkan Kebasahan (3 Gambar)"

Monday, 15 July 2013

Hebat : [Video] Kehebatan Sharp Shooter Angkatan Tentera Malaysia


Jom layan kehebatan seorang askar dari Angkatan Tentera Malaysia yang menunjukkan skill menembak menggunakan pistol. Memang tepat beb... Macam-macam gaya boleh.. respek!! 

 

p/s : Ade brani jadi tukang pegang belon? hohoho..

Sumber : Here

Read More.. "Hebat : [Video] Kehebatan Sharp Shooter Angkatan Tentera Malaysia "

Sunday, 17 March 2013

Hebat : [Video] Grace Bruce, Gadis Ninja Yang Awesome


Grace Bruce merupakan seorang gadis yang mempunyai skill yang tinggi dalam martial arts dan sukan. Korang takkan percaya skill syang gadis ni ada. Jom layan video dia kat bawah ni.



p/s : Awesome.. 

Sumber : Here
Read More.. "Hebat : [Video] Grace Bruce, Gadis Ninja Yang Awesome "

Saturday, 9 March 2013

Hebat : Lelaki Ini Tanam Semula Hutan Seorang Diri Selama 30 Tahun (4 Gambar)


Seorang lelaki bernama Jadav 'Molai' Payeng dilaporkan memiliki 1,360 hektar hutan yang ditanamnya sendiri selama 30 tahun.

Payeng yang ketika itu berusia 16 tahun, memutuskan untuk menanam semula hutan di wilayah Assam, India Utara setelah dia menemui beberapa ekor haiwan liar yang hidup menderita di daerah itu selepas hutan digondolkan.

"Ular-ular mati kepanasan akibat tiada pokok untuk mereka berteduh dari kepanasan. Saya duduk dan menangisi kematian mereka. Mereka seperti hidup dalam keadaan derita. Saya kemudiannya melaporkan perkara ini kepada Jabatan Perhutanan dan meminta kebenaran untuk menanam pokok di sana." katanya seperti dipetik Metro.

Walaubagaimana pun, permintaan Payeng itu ditolak. Sebaliknya, Jabatan Perhutanan meminta Payeng menanam pohon bambu.

Merasa kecewa dengan tindakan tersebut, Payeng terpaksa melakukan kerja penanaman itu seorang diri. "Tak ada sesiapa pun yang membantu saya. Tidak ada yang tertarik untuk membantu" tambahnya lagi.

Payeng yang kini berusia 47 tahun mula menanam pokok pada tahun 1979 dan menghambakan dirinya untuk menanam pokok. Dia terpaksa meninggalkan pendidikan , rumah dan mula tinggal berseorangan di kawasan pasir lapang.

Kegiatan hariannya adalah merawat pokok bambu yang ditanamnya. Kini, kawasan pasir lapang itu telah mula ditumbuhi pelbagai jenis flora dan fauna termasuk haiwan liar seperti badak sumbu dan harimau.

Ironinya, pencapaian Payeng yang luar biasa itu akhirnya baru disedari oleh Jabatan Perhutanan pada tahun 2008. Mereka kelihatan kagum dengan usaha yang dilakukannya. "Kami kagum pada Payeng" kata seorang Pembantu Pemuliharaan Hutan, Gunin Saika.

"Dia telah berada di sana selama 30 tahun. Sekiranya dia tinggal di bahagian lain dunia, dia mungkin telah dianggap sebagai seorang pahlawan."




p/s : Hebat... 

Sumber : Here
Read More.. "Hebat : Lelaki Ini Tanam Semula Hutan Seorang Diri Selama 30 Tahun (4 Gambar)"

Tuesday, 26 February 2013

Hebat : Scarlet, Si Ibu Kucing Yang Sangat Tabah (3 Gambar)


Scarlett. Itulah nama bagi seekor ibu kucing yang amat berani, penuh kasih sayang dan sanggup menghadapi pelbagai kemungkinan. Mempunyai bulu jenis Calico, ia pernah menjadi tajuk perbualan utama seluruh dunia dalam insiden menyelamatkan lima ekor anak-anaknya daripada dijilat api kebakaran di tempat tinggalnya.

Mengimbau kembali kejadian ngeri itu, Scarlett tinggal di dalam garaj di Brooklyn bersama anak-anaknya. Ketika kebakaran itu berlaku, tiada ahli keluarga tuannya yang berada di rumah kerana mereka semuanya keluar bekerja. Setelah api dipadamkan, anggota bomba dapat melihat kucing itu dengan perlahan-lahan membawa anak-anaknya berusia empat minggu dari bangunan yang telah rentung, hangus dijilat api.



Keadaan Scarlett yang hangus teruk sangat menyayat hati. Dalam keadaan telinganya yang terbakar, matanya yang melecur serta melekat dengan hidungnya, dengan penuh kasih sayang dia menyusun anak-anaknya seekor demi seekor agar selamat walaupun keadaan dirinya amat kritikal. Setelah memastikan kesemua anaknya selamat, ia rebah menyembah bumi lalu pengsan tidak sedarkan diri.

Ahli bomba David Giannelli mengambil kesemua kucing-kucing itu untuk dirawat. Akhirnya, setelah dirawat, Scarlett kembali sihat. Namun, parut di muka dan badannya tidak dapat dihilangkan. Selepas daripada itu, Scarlett dan anak-anak diambil semula oleh tuannya untuk dijaga.

Kini Scarlett telah tiada. Kejadian yang berlaku pada tahun 1996 banyak memberi pengajaran kepada kita tentang erti pengorbanan dan kasih sayang seorang ibu walaupun ia hanya seekor haiwan.



p/s : Hebat makhluk ciptaan Allah ni... Lebih hebat dan berani dari manusia yang mempunyai akal fikiran..

Sumber : Here
Read More.. "Hebat : Scarlet, Si Ibu Kucing Yang Sangat Tabah (3 Gambar)"

Monday, 11 February 2013

Hebat : Pemuda Di China Baiki Komputer Dengan Kaki (5 Gambar)


Terdapat sebuah kedai membaiki komputer di bandar Huji, daerah Jiangsu, China yang dimiliki oleh seorang lelaki yang tidak tidak mempunyai kedua-dua belah tangan.

Li Guoqing, 36 dilahirkan tanpa tangan. Pada usia 4 tahun, dia mula belajar melakukan semua benda menggunakan kakinya. Setelah dewasa, dia cuba untuk mendapatkan kerja tapi gagal oleh kerana keadaannya yang cacat. Namun, dia mula mengumpul pengalaman dari menjadi pekerja kedai game, penjaga cyber cafe dan menjadi pekerja di pasaraya selama 8 tahun. Selepas mengumpul duit yang cukup, dia mula membuka kedai membaiki komputer.


p/s : Dimana ada kemahuan, disitu ada jalan.. 

Sumber : Here
Read More.. "Hebat : Pemuda Di China Baiki Komputer Dengan Kaki (5 Gambar)"

Wednesday, 16 January 2013

Hebat : [Video] Kucing Comel Yang Terer Bermain "Cup Guessing"


Kucing ni dahla comel, pastu pandai lak tu. dia boleh teka kat cawan mana bola besi tu. Terer beb... Dia macam paham je konsep game cup guessing nih. one of a kind... 


p/s : Bestnye kalau ada kucing camni.. 

Sumber : Here
Read More.. "Hebat : [Video] Kucing Comel Yang Terer Bermain "Cup Guessing""

Friday, 7 December 2012

Hebat : Wanita Ini Telah Selesaikan Lebih 1000 Kes Jenayah (8 Gambar)


Lois Gibson merupakan pemegang rekod Guineess bagi sketch artist paling berjaya di dunia. Beliau telah membantu dalam menyelesaikan lebih 1000 kes jenayah sepanjang 30 tahun penglibatannya dalam menjadi sketch artist bagi pihak polis Boston. Jom kita tengok hasil kerja beliau kat bawah ni..








p/s : Hebat beb.. hampir sama.. bukan senang kerja sketch artist ni.. perlu lukis hanya berdasarkan description mangsa & saksi... 

Sumber : Here
Read More.. "Hebat : Wanita Ini Telah Selesaikan Lebih 1000 Kes Jenayah (8 Gambar)"

Friday, 21 September 2012

Hebat : Shila Amzah Muncul Juara Asian Wave 2012 (3 Gambar)


Penyanyi Nur Shahila Amir Amzah atau Shila Amzah, 22, berjaya mengharumkan nama negara dengan menjuarai pertandingan Asian Wave 2012 yang berlangsung di Shanghai, China bermula jam 8.30 malam tadi.

Dengan kejayaan itu, Shila berjaya menewaskan 5 finalis daripada negara China, Korea Selatan, Singapura, Thailand dan India.

Berita gembira ini telah disahkan oleh adik Shila iaitu Syahir Hamzah menerusi twitter peribadi miliknya dengan menyatakan perasaan syukur terhadap kemenangan kakaknya itu.

Berikut adalah petikan twitter milik adik Shila:

Alhamdulillah. @Shilaamzah is a Champion for Asian Wave 2012!! Thanks for you guys for voting :) Lets trending #TahniahShilaAmzah :)

Shila Amzah berjaya memukau juri dengan membawakan 3 lagu iaitu Gemilang (Jaclyn Victor), Grenade (Bruno Mars) dan sebuah lagu Mandarin.(MURAI.COM.MY)




p/s : Tahniah diucapkan kepada Shila Amzah.. 

Sumber : here
Read More.. "Hebat : Shila Amzah Muncul Juara Asian Wave 2012 (3 Gambar)"

Tuesday, 4 September 2012

Hebat : Pelajar 24 Tahun Dari Hulu Terengganu Ditawar Buat PhD Di Universiti Oxford (Gambar)


KAMPUNG KEMAT – Pelajar cemerlang yang sedang mengikuti bidang Sarjana Sains Biokimia di Universiti Oxford, United Kingdom, Mohd Firdaus Samsudin@Mustapha, 24, sekali lagi melakar sejarah tersendiri apabila muncul anak negeri pertama ditawarkan mengikuti pengajian peringkat doktor falsafah (PhD) di universiti paling berprestij di dunia itu.

Anak kedua Samsudin @ Mustapha Mamat, 62, dan Rohani Long Ahmad, 55, yang berasal dari Kampung Kemat, Hulu Terengganu itu akan memulakan pengajian peringkat PhD bermula bulan ini.

Berkongsi kegembiraan, Mohd Firdaus atau lebih mesra dipanggil Angah berkata, tawaran menyambung pelajaran ke peringkat PhD bidang Biokimia selama empat tahun itu disifatkannya hadiah untuk ibu bapanya.

“Tempoh pengajian di peringkat Sarjana sepatutnya selama dua tahun. Bagaimanapun, saya telah mendapat tawaran mengikuti PhD oleh pihak universiti berkenaan dan sepatutnya pengajian masih berbaki setahun lagi.

“Tawaran ini sekali gus mencapai impian saya untuk menyambung pengajian di peringkat PhD, cuma tidak sangka, ia digapai secepat ini, bagaimanapun saya bersyukur apatah lagi ibu bapa sentiasa berdoa untuk kejayaan saya serta adik-beradik lain,” katanya.

Menurut Mohd Firdaus, walaupun masih muda berbanding penuntut PhD lain yang sudahpun berkahwin dan mempunyai anak, namun ia bukan halangan sebaliknya kelebihan kepadanya kerana boleh memberikan sepenuh tumpuan pada pelajaran tanpa memikirkan soal keluarga ataupun anak-anak.

“Paling penting, saya perlu berusaha lebih gigih kerana semua pelajar di sana terdiri daripada mereka yang genius. Persaingan sihat ini menjadi pemangkin semangat untuk terus berjaya selain dapat menghabiskan pengajian di peringkat PhD,” katanya.

Menyentuh perancangan masa hadapan, Mohd Firdaus berhasrat bekerja di sana terlebih dahulu bagi menimba pengalaman selain peluang yang lebih banyak, namun akhirnya dia akan tetap kembali ke tanah air untuk mencurahkan bakti.

“Saya menaruh keinginan untuk bekerja di syarikat berorientasikan farmasi atau ubat-ubatan kerana berminat menjalankan penyelidikan berkaitan perkara ini. Berdasarkan perancangan, saya ingin bekerja di sana dahulu selepas ini.

“Bagaimanapun, ia cuma sementara untuk menimba pengalaman terlebih dahulu kerana matlamat saya ialah ingin berbakti di tanah air. Malah, jika berpeluang saya ingin bekerja di negeri kelahiran iaitu Terengganu,” katanya.

Ditanya mengenai sosial pergaulan sepanjang melanjutkan pelajaran di tempat orang selama ini, Mohd Firdaus berpegang teguh dengan prinsipnya untuk kekalkan sahsiah agar tidak mudah terpengaruh dengan pelbagai ragam kawan-kawan.

“Tidak dapat dinafikan, ada dalam kalangan pelajar Malaysia berubah sikap apabila belajar di luar negara dan dalam hal ini saya melihat kawan-kawan banyak mempengaruhi corak kehidupan. Oleh itu, saya juga perlu bijak berkawan.

“Ramai dalam kalangan pelajar dari negara-negara Eropah, bagaimanapun saya tidak mengalami masalah dalam pergaulan kerana kawan-kawan cukup menghormati saya sebagai seorang Muslim.

“Hobi saya sebenarnya suka membaca, namun saya tetap meluangkan masa keluar bersama kawan-kawan termasuk menonton wayang sebagai hiburan. Pesanan ibu bapa juga sentiasa saya sematkan dalam hati serta dipegang kuat sebagai azimat benteng pertahanan diri,” katanya.

Sementara itu, Samsudin berkata, sebagai seorang bapa sudah pasti dia berbangga melihat pencapaian anaknya itu apatah lagi pada usia masih muda dan berharap kejayaan demi kejayaan dapat dilakar selepas ini.

Samsudin berkata, dia dan isterinya memberi layanan sama rata kepada kesemua anak dan tidak memaksa memaksa mereka belajar, sebaliknya memberi galakan selain menjaga sumber rezeki.

“Aspek kerohanian juga sentiasa diterapkan kepada empat anak saya yang kesemuanya lelaki. Selepas solat Maghrib setiap malam Jumaat, kami jadikan amalan membaca surah Yasin seisi keluarga sebagai rutin.,” katanya. 
 
p/s : Menurut sumber, Firdaus ni mengamalkan membaca surah Yaasin setiap kali lepas solat.. 
 
Sumber : Here
Read More.. "Hebat : Pelajar 24 Tahun Dari Hulu Terengganu Ditawar Buat PhD Di Universiti Oxford (Gambar)"

Saturday, 1 September 2012

Hebat : China Cipta Kereta Yang Boleh Dipandu Dengan Remote Control (2 Gambar)


BYD Auto telah mengeluarkan satu model baru sedan F3, salah satu kompak terlaris di China.Sedan itu diberi nama F3 Su Rui, dengan harga bermula dari RMB 65900 (RM32, 300) untuk kuasa asas 109 hp dengan varian 1.5 liter.

Tetapi yang paling menarik pada model ini ialah ciri Remote Driving - yang mana kereta boleh dipandu hanya dengan remote control tanpa memerlukan pemandu berada di dalam kereta.

Ciri ini membolehkan kereta dipandu sehingga 10 meter jauhnya, membolehkan perkara-perkara seperti meletak kereta di tempat parkir yang sempit dan membolehkan kereta bergerak ke depan pintu untuk menjemput anda ketika hari hujan.

Kelajuan tertinggi terhad kepada hanya 2 km / h dalam mod kawalan jauh.



Dengan harga di bawah 100,000 RMB (RM49, 000) anda juga mendapat ciri-ciri seperti berikut:
  • six-speed dual-clutch gearbox
  • 154 hp turbocharged 1.5 litre direct-injected powerplant (allowing a century sprint time of under nine seconds)
  • digital dashboard with trip computer, a comprehensive infotainment system with 4.3-inch LCD screen (including internet and GPS)
  • tyre pressure monitoring system,
  • ABS, traction control 
  • 4 years warranty
Saksikan video di bawah bagaimana konsep remote driving ini berfungsi:



p/s : Canggih siot.. 

Sumber : Here
Read More.. "Hebat : China Cipta Kereta Yang Boleh Dipandu Dengan Remote Control (2 Gambar)"

Saturday, 21 July 2012

Hebat : Aksi Penerjun Berani Mati Melompat Dari Ketinggian 100 Kaki (5 Gambar)

Berikut merupakan aksi para penerjun berani mati atau "daredevil" yang berkumpul di Villa France Do Campi sempena Red Bull Cliff Diving Series. Jom kita layan gambar-gambar kat bawah nih.. awesome...






p/s : Teringin nak cuba.. pergh.. 

Sumber : Here


Read More.. "Hebat : Aksi Penerjun Berani Mati Melompat Dari Ketinggian 100 Kaki (5 Gambar)"

Sunday, 8 July 2012

Hebat : Lagu Nyanyian Yuna Terpilih Jadi Soundtrack Filem Hollywood


YUNA sekali lagi mengharumkan nama negara, apabila lagu covernya, Here Comes The Sun, nyanyian asal kumpulan legenda, The Beatles, menjadi pilihan produksi antarabangsa sebagai lagu tema untuk filem terbaru lakonan John Travolta yang berjudul Savages, arahan Oliver Stone.

Kehebatan Yuna sebagai penyanyi harus menjadi contoh kepada semua artis di negara ini.



p/s : Way to go Yuna.. popular dgn bakat, bukan kontroversi.. 

Sumber : Here

Read More.. "Hebat : Lagu Nyanyian Yuna Terpilih Jadi Soundtrack Filem Hollywood"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...