Kongsikan Entri Kami

Thursday, 7 March 2013

Insaf : Ke Mana Perginya Air Mandian Jenazah Rasulullah S.A.W? (2 Gambar)


Kisah Yang Sangat Mengagumkan Berkenaan Syeikh Mutawalli Sya'rawi Rahimahullah

Pada masa dahulu, suatu muktamar Islami yang menghimpunkan para ulama' muslimin telah dijalankan dalam tempoh selama seminggu. Syeikh Sya'rawi adalah di antara tokoh ulama' Mesir yang dijemput untuk meghadiri muktamar tersebut.

Pada hari pertama muktamar, Syeikh Sya'rawi telah melihat pada diri pengerusi muktamar tersebut yang juga merupakan seorang ulama' suatu perubahan besar dari segi keilmuannya dan makrifah yang tidak ada pada masa-masa sebelumnya. Lalu, syeikh bangun menuju ke podium dan berkata, "Aku akan mengajukan suatu soalan kepada kamu dan aku inginkan jawapannya. Soalannya ialah : Ke manakah perginya air mandian jasad Rasulullah SAW?". Iaitu yang dimaksudkan beliau ialah air yang digunakan ketika dimandikan jenazah Baginda SAW.

Akan tetapi apabila soalan itu diajukan, tidak ada sesiapa yang menjawabnya. Semua orang senyap dan berdiam diri kerana tidak tahu akan jawapannya. Pengerusi muktamar itu juga merasa sangat terkejut dengan soalan tersebut dan mengatakan dalam dirinya, "Bagaimana aku tidak mengetahui akan jawapan soalan ini?". Lalu beliau mengambil jalan keluar daripada persoalan ini dengan mengatakan, "Berikan kami peluang masa, kami akan jawab soalan kamu pada pertemuan esok insyaAllah".



Maka beliau pun pulang ke rumahnya dan tidak melakukan apa-apa selain daripada terus memasuki perpustakaan khasnya untuk mencari, meneliti dan membelek kitab-kitab bagi mencari jawapan kepada persoalan itu. Beliau telah menghabiskan masa yang lama dalam pencariannya, hingga diselubungi keletihan dan akhirnya terlelap tidur di atas kitab yang dibacanya.

Ketikamana ulama' itu tidur, Rasulullah SAW telah datang bertemunya dalam mimpi dan bersama baginda seorang lelaki yang memegang sebuah lampu pelita. Maka dengan segera beliau menuju kepada Rasulullah SAW dan bertanya, "Ya Rasulullah, ke manakah perginya air mandian jasadmu?". Lalu Baginda SAW mengisyaratkan kepada lelaki pemegang lampu pelita yang berada di sisinya (supaya menjawab soalan itu). Kemudian lelaki itu pun menjawab, "Air mandian Rasulullah SAW menyejat naik ke langit dan kemudian turun ke bumi dalam bentuk hujan. Setiap titisannya yang jatuh ke bumi, dibina di tempat itu masjid".


Maka, terjagalah beliau daripada tidurnya dalam keadaan yang sangat gembira kerana telah mengetahui jawapan kepada persoalan tersebut.

Keesokkan harinya, pengerusi muktamar itu hadir untuk hari kedua dan menunggu persoalan yang telah dilontarkan oleh Syeikh Sya'rawi untuk diutarakan semula. Akan tetapi syeikh tidak bertanya. Di hujung muktamar pada hari kedua, akhirnya beliau bangun dan berkata kepada syeikh Sya'rawi, "Kelmarin kamu telah bertanyakan satu soalan. Adakah kamu ingin mengetahui jawapannya?".

Syeikh berkata : "Adakah kamu mengetahui jawapannya?".
Beliau menjawab : "Ya".
Syeikh bertanya : "Maka ke manakah perginya air mandian Rasulullah SAW?".
Beliau menjawab : "Air mandian Rasulullah SAW menyejat naik ke langit dan kemudian turun ke bumi dalam bentuk hujan. Setiap titisannya yang jatuh ke bumi, dibina di tempat itu masjid".
Syeikh bertanya lagi : "Bagaimana kamu mengetahuinya?".
Beliau menjawab : "Rasulullah SAW telah datang kepadaku dalam mimpi (memberitahukan jawapannya)".
Syeikh berkata : "Bahkan seorang lelaki yang memegang lampu pelita yang menjawab kepada kamu".

Maka ulama' itu terus merasa terperanjat dan terpegun, lalu bertanya, "Bagaimana kamu mengetahui perkara itu?".

Lalu Syeikh Sya'rawi menjawab bahawa beliaulah lelaki yang memegang lampu pelita yang berada di sisi Rasulullah SAW dalam mimpi ulama' itu.

Peristiwa ini telah memberikan kesan yang cukup mendalam kepada para hadirin dalam muktamar tersebut dan memeranjatkan semua orang. Hal ini menunjukkan kedudukan maqam yang tinggi beliau di sisi Allah Taala dan RasulNya.

~kisah ini diceritakan sendiri oleh ulama' yang menjadi pengerusi muktamar itu.

Sumber : Here

6 comments:

adam said... Best Blogger Tips

masyaallah...alhamdulillah...allahummasollia'la muhammad..allahuakbar...dan xketinggalan, aku 1st..

Unknown said... Best Blogger Tips

Subhanallah. Insaf.

Tak lupa juga,

Kita tak pernah tahu sedikit pun isu di Bumi Syria iaitu puak minoriti (sedikit) syiah nusairi yg memegang tampuk kerajaan pemerintahan secara diktator dengan menggunakan rejim tentera menindas rakyat yang majoritinya (sebahagian besar) dalam negara itu adalah puak ahlussunahwaljamaah iaitu saudara seislam dengan kita.

Kezalimannya terhadap wanita dan kanak-kanak juga terlalu dahsyat melebihi Israel.

Ingatlah Saudaraku, Nabi SAW bersabda yang bermaksud: "Barangsiapa yang tidak mengambil tahu hal orang Islam yang lain, maka bukan dari kalangan KAMI". Dan ingatlah selalu akan tempat kembali bagi mereka yang zalim.

Kalau anda tidak keberatan, bolehlah singgah untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan dengan kehidupan di Syria secara ringkasan (sebab kita semua malas nak baca):

1. Kronologi Mengenai Kezaliman Yang Berlaku Di Syria
2. Ketahui Komplot Rampasan Kuasa Jawatan Presiden Di Syria
3. Adakah Mesir Dan Syria Pernah Disatukan Pada Masa Dahulu?
4. Permulaan Titik Hitam Di Bumi Syria Yang Anda Belum Ketahui
5. Kenali Bumi Syria Maka Akan Mengenali Para Ulama' dan Para Sahabat Di Syria
6. Kenali Peradaban Syria Pada Zaman Moden
7. Kenali Peradaban Syria Pada Zaman Sebelum Masihi
8. Kenali Lokasi Muka Bumi Di Syria

Anonymous said... Best Blogger Tips

Nice one bro Ummar Farouk... Kita semua (minority) tahu apa agenda di sebalik revolusi Syria... Mujahidin2 Syria semuanya berjuang utk mendirikan Daulah Khilafah (Negara Khilafah) di bumi Syria...

Mereka sangat beriman dgn hadith sahih lagi mashur ni.. "...Kemudian akan datang masa mulkan jabariyyan (penguasa diktator) selama Allah mengkehendaki, lalu masa itupun berlalu atas kehendak Allah. Kemudian akan datang masa kekhilafahan yang berjalan sesuai dengan manhaj kenabian kemudian (baginda) senyap."
[Hadis riwayat Imam Ahmad, Imam Abu Daud dan Imam Tirmidzi]

Hizbut Tahrir adalah golongan yg berdiri di belakang Mujahidin2 Syria ini... Mereka membentuk fiqroh dan nafsiyah mujahidin Syria supaya thariqoh dakwah mereka tidak lari dari thariqoh dakwah rasul.

Insya'allah Khilafah akan berdiri sedikit masa lagi di bumi Syam... Cuma kita di sini... Adakah telah bersedia utk membai'ah Khalifah yg akan dilantik nanti..?? Apakah Malaysia mahu duduk dibawah naungan Daulah Khilafah nanti..??

Maka kita sebagai seorang da'i memikul tanggungjawab menyediakan ummat ke arah itu.. Wallahualam..

Anonymous said... Best Blogger Tips

share gambar seksi2, then share artikel mcm ni, campur aduk. ibarat benda halal & haram bole dimakan begitu sahaja :D

Anonymous said... Best Blogger Tips

anon 02:12 admin share untuk ilmu sahaja..bab seksi2 bukan disengajakan..cuba untuk membuktikan artikel ini sahaja

The Seven Thing said... Best Blogger Tips

siapa ulama yg cerita tuh? hal ini tidak diceritakan oleh para ulama muktabar dahulu, ulama salaf....adakah para sahabat, tabiin, tabik tabiin cerita hal ini?.....

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...