Kongsikan Entri Kami

Saturday, 3 November 2012

Cool : "Koshik", Gajah Yang Pandai Bercakap Bahasa Korea (4 Gambar)


SEOUL 2 Nov. - Anda mungkin terkejut apabila diberitahu binatang juga pandai berkata-kata.

Itulah yang berlaku di Zoo Everland di Yongin, Korea Selatan apabila seekor gajah boleh berkata-kata, biarpun belum menguasai kemahiran bercakap sepenuhnya.

Gajah jantan berusia 22 tahun yang dinamakan Koshik itu menggunakan hujung belalai untuk mengeluarkan bunyi seolah-olah seperti suara manusia.

Menurut penyelidik Angela Stoeger dari Universiti Vienna, Koshik pandai berkomunikasi dalam bahasa Korea sejak Ogos 2004 ketika berusia 14 tahun.

Menurut laporan Journal Current Biology, mamalia itu mampu berkomunikasi apabila mendengar arahan, namun ada ketikanya ia 'bercakap' tanpa disuruh.

Stoeger yang merupakan pakar dalam komunikasi gajah berkata, percakapan manusia mempunyai dua aspek penting iaitu nada dan intonasi suara.

"Koshik sangat luar biasa, ia mampu membezakan antara kedua-duanya," katanya.
Antara lima perkataan yang disebut gajah itu ialah annyong (hello), anja (duduk), aniya (tidak), nuo (baring) dan choah (bagus).





p/s : Aku teringin nak bela gajah...

Sumber : Here

12 comments:

fast to get fit said... Best Blogger Tips

rekod penurunan berat tertinggi dimalaysia

Anonymous said... Best Blogger Tips

@fast to get fit
are u serious??

Anonymous said... Best Blogger Tips

@Anonymous
amazing lorh

Anonymous said... Best Blogger Tips

x heran....kat serawak bnyak monyet pandai ckap......x caya, korang pergi sana tgok sendiri......kuikuikui......jangan marah ye.......

Prince of Noob said... Best Blogger Tips

ok la tu, semut yg aku bela ni boleh bercakap saranghaeyo lagi

ben xii said... Best Blogger Tips

maka bermulalah tapak sulaiman sialan merepek tak tentu pasal

Anonymous said... Best Blogger Tips

tapak sulaiman yg gile syok sndri..kesian

BILA KALI TERAKHIR KORANG BELI SELUAR JEANS Levi's®

Anonymous said... Best Blogger Tips

kucing aq ade akaun fb lg beb,,,,

Anonymous said... Best Blogger Tips

jiran aku pandai je cakap.

Anonymous said... Best Blogger Tips

Btl..kt srwk mmg bnyk monyet pandai ckp..tp aku rs ko ni spesis babi yg b'ckp..kuikuikui..........jgn mrh ye........

Anonymous said... Best Blogger Tips

GAJAH ni kalau kita bagi dia TIKUS terus dia MELATAH ckp JAWE laaaaa ,.ha ha

Anonymous said... Best Blogger Tips

spesies babi bercakap pun ada. siap ada treler khas kaler merah lagi, pastu hilang pakat meroyan. kah kah kah

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...