Kongsikan Entri Kami

Wednesday 31 October 2012

Cool : "Smart Highway", Jalan Yang Menyala Di Dalam Gelap (7 Gambar)


Jalan yang boleh menyala dalam gelap dan mungkin pada suatu hari mampu mengecas kereta elektrik telah diluluskan untuk diperkenalkan di Belanda mulai tahun hadapan.

Jalan yang dikenali sebagai "Smart Highways" ini telah diumumkan minggu lepas pada Minggu Reka Bentuk Belanda dan akan menggunakan teknologi terkini. Menurut pereka nya, ia akan menjadi sebuah jalan yang "lebih mampan, selamat dan intuitif."

Syarikat-syarikat di sebalik projek ini berkata, matlamat mereka adalah untuk menghidupkan sebuah inovasi laluan pengangkutan biasa dengan memberi tumpuan kepada jalan raya itu sendiri berbanding kenderaan yang menggunakannya.

Idea ini mungkin telah ketinggalan beberapa tahun ke belakang, namun mulai tahun hadapan, jalan raya di seluruh Belanda akan dicat dengan garisan yang diperbuat daripada serbuk foto-pendarkilau yang boleh menyerap cahaya dengan teknologi untuk menerangi jalan raya sehingga 10 jam semalaman.


Satu lagi teknologi yang akan dilaksanakan pada tahun hadapan juga adalah cat dinamik yang responsif terhadap suhu yang akan membuatkan kristal ais boleh dilihat oleh pemandu apabila cuaca sejuk membuatkan jalan menjadi licin.

Idea yang dibangunkan oleh sebuah firma Belanda, Studio Roosegaarde and Heijmans Infrastructure ini telah pun dinobatkan sebagai 'Konsep Masa Depan Terbaik' pada Anugerah Reka Bentuk Belanda baru-baru ini.

Walaubagaimana pun, masih belum ada lagi maklumat mengenai lorong kenderaan yang boleh mengecas kenderaan elektrik sewaktu membuat perjalanan, itu berkesan.

Studio Roosegaarde berkata dalam satu kenyataan, "Daripada memberi tumpuan kepada kereta untuk berinovasi, kami, Daan Roosegaarde dan Heijmans akan menginovasi jalan raya itu sendiri."

"Reka bentuk inovatif seperti jalan yang boleh menyala dalam gelap, cat dinamik, cahaya interaktif, Induction Priority Lane dan cahaya angin akan dapat direalisasikan dalam tempoh 5 tahun yang berikutnya."

"Matlamat jalan raya ini adalah untuk membina sebuah jalan raya yang lebih mampan dan interaktif dengan menggunakan pencahayaan interaktif, tenaga pintar dan tanda-tanda jalan yang boleh menyesuaikan diri dengan keadaan lalu lintas tertentu."






p/s : Pergh... Cool gler... 

Sumber : Here

15 comments:

Anonymous said... Best Blogger Tips

malaysia??

Anonymous said... Best Blogger Tips

org sibuk nk buat smart highway,malaysia sibuk ngn AES saman org

ben xii said... Best Blogger Tips

boo AES

Anonymous said... Best Blogger Tips

kat singapore pon bnyak aes tpi org singapore rilek je.....kat mesia ni aes baru brapa bijik korang dah kecoh....monyet mmang bencikan teknologi......

Anonymous said... Best Blogger Tips

singapore bape panjang jalan lurus dia ha gay...? highway dia macam malaysia ke gay...?
teknologi tu ape ye gay...?
monyet tu gay...!

Anonymous said... Best Blogger Tips

yang anti aes tu sume yg suka lnggar undang2 jlnraya.mmg ptt pon kerajaan psng aes tu.dlu kat karak highway dah ada..tp mcm x function je

Anonymous said... Best Blogger Tips

kena tambah sensored sekali kat traffic light.. siot je gi keje pepagi, lampu merah sampai 99saat.. padahal kire kanan depan blkg lgsg x de kereta pun.. pastu ada 8 bijik traffic light lak tu... aku stresssss gilerrrr dowhhhh pepagi gi keje!!

Anonymous said... Best Blogger Tips

singapore ade AES..??.. jalan korang panjang mane je pn..x smpat nak tukar gear 3 dah abes.. haha

Anonymous said... Best Blogger Tips

kalo g blah2 johor tgk org singapore bwk keta mmg krg ajar...

Anonymous said... Best Blogger Tips

aku tngok kt johor bersepah kete singapore..x malu ke?..

Anonymous said... Best Blogger Tips

ceh korg mcm pnh g spore je yg nk bebel "spore pjg mane hgwy die.."ckp lebey la korg..

taz3.com said... Best Blogger Tips

my roomate's mother made $15826 a week ago. she is working on the laptop and bought a $340600 home. All she did was get lucky and put to use the steps given on this web site http://Run19.com

Anonymous said... Best Blogger Tips

Be a SMART HUMAN,... SMART HiWAY >>>> AES

Anonymous said... Best Blogger Tips

AEDES

Anonymous said... Best Blogger Tips

@Anonymous

Lagi 30 tahun lagi, inschallah. Kes orang langgar lampu merah sangat berleluasa di Malaysia. Apa kata kita selesaikan kes ini dulu.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...