Utama

Utama 2

Geng Stress

Kongsikan Entri Kami

Wednesday, 31 October 2012

Gadget : "Ativ Smart PC", Tablet Windows 8 Dari Samsung (4 Gambar)


Peneraju global teknologi media digital, Samsung Malaysia Electronics (Samsung) merevolusikan kehendak pengguna apabila memperkenalkan Samsung Ativ Smart PC dan Samsung Ativ Smart PC Pro, komputer peribadi papan kunci boleh tanggal.

Selari pengenalan sistem operasi (OS) Windows 8 baru-baru ini, Samsung menggabungkan OS terkini dalam kategori peranti komputernya, sekali gus meningkatkan prestasi pemprosesan sesuai nama Smart PC yang diberi.

Pengarah Urusannya, Kwon Jae Hoon berkata, siri Samsung Ativ Smart PC adalah inovasi dinamik syarikat bersama rakan kongsi Microsoft, merangkumi kajian mendalam kehendak dan gaya hidup pengguna yang kian berkembang.


“Kami yakin permintaan untuk peranti yang menjanjikan mobiliti dan prestasi terbaik sentiasa ada. Sebagai pemimpin dalam teknologi dan reka bentuk serta perkongsian strategik bersama Microsoft, kami pasti dapat memberi pengalaman baru kepada mereka.

“Produk terbaru ini juga tidak seperti sebelumnya di mana ia adalah lebih berkualiti tinggi yang digabung dengan inovasi teknologi terkini,” katanya selepas majlis pelancaran di Kuala Lumpur, semalam.

Pengenalan Ativ adalah jenama baru Samsung bagi peranti berasaskan Windows. Diambil daripada perkataan terbalik ‘Vita’ yang bermaksud kehidupan dalam bahasa Latin, ia adalah hasrat Samsung untuk memberi kehidupan luar biasa yang penuh keseronokan kepada semua orang.

Samsung Ativ Smart PC dan Samsung Ativ Smart PC Pro boleh didapati di pasaran November ini, pada harga RM2,499 dan RM3,599.



p/s : Macam-macam gajet dah sekarang.. 

Sumber : Here

6 comments:

Prince of Noob said... Best Blogger Tips

wow hebatnya benda ni

Anonymous said... Best Blogger Tips

Screen tu tiru apple,keyboard tu tiru apple dan keyboard yang boleh cabut dan pasang tu tiru Asus!! = Samsung adalah peniru!

Anonymous said... Best Blogger Tips

tunggu je la saman ye samsung,x dak idea lain ka?? asyik copy ja

Anonymous said... Best Blogger Tips

Apaplak.... motorolla lg lama diorg buat keyboard pasang tu....

Anonymous said... Best Blogger Tips

window 8,,,mmm,,best la gak,,,aqpnah try gune,,,but skang nie software dye x bnyk lg,,,so aq convert window 7 balik,,,but mmng best

Anonymous said... Best Blogger Tips

apple tak mulakan idea camni lah applefanstard

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...