Kongsikan Entri Kami

Showing posts with label stress gadget. Show all posts
Showing posts with label stress gadget. Show all posts

Monday, 12 August 2013

Gadjet : "Galaxy Gear", Jam Tangan Pintar Keluaran Samsung (3 Gambar)


Sebelum ini kita telah sedia melihat beberapa gambar paten untuk jam tangan pintar daripada Samsung. Dan berdasarkan kepadanya, kini beberapa gambar konsep hadir dibangunkan oleh perekabentuk bebas, memperlihatkan kemungkinan untuk rekabentuk peranti berkenaan.

Jam tangan pintar daripada Samsung ini dikatakan akan menjalankan sebuah variasi Android, membolehkan ia dihubungkan ke peranti Android dan melihat beberapa kemaskini seperti mesej dan sebagainya melaluinya. Fungsi-fungsi tambahan yang dibawakan olehnya masih tidak diketahui buat masa ini. Peranti ini juga dikatakan akan menyertakan skrin fleksibel bersama-sama dengannya.


Sumber : Here
Read More.. "Gadjet : "Galaxy Gear", Jam Tangan Pintar Keluaran Samsung (3 Gambar)"

Monday, 29 July 2013

Serius : Gambar Bungkusan iPhone 5C Tersebar (2 Gambar)


Ura-ura bahawa Apple akan melancarakan 2 iPhone serentak pada bulan September ini, iaitu iPhone 5S dan iPhone ‘mampu milik’ sudah diketahui umum. Pada artikel sebelum ini, kami ada kongsikan kepada anda gambar yang dikatakan sebagai iPhone Bajet dan tarikh perlancaran kedua-dua iPhone tersebut.


Dan hari ini, sebuah gambar yang menunjukan bungkusan yang mempunyai logo Apple beserta tulisan ‘iPhone 5C’ dimuat naik ke internet. iPhone 5C ini dikatakan akan hadir dengan beberapa pilihan warna. Terdapat pelbagai spekulasi mengenai nama iPhone Bajet ini, antaranya adalah iPhone Lite, iPhone Mini dan kini mungkin ianya dikenali sebagai iPhone 5C.

p/s : iFags sila take note.. 

Sumber : Here
Read More.. "Serius : Gambar Bungkusan iPhone 5C Tersebar (2 Gambar)"

Saturday, 16 February 2013

Gadjet : "USB 2 USB", Pindah Data Tanpa Menggunakan Komputer (5 Gambar)


Pernahkah korang terfikir untuk memindahkan file melalui dua pendrive atau external harddisk tanpa menggunakan komputer? Satu konsep telah dihasilkan dan telah memenangi Red Dot Award 2012. USB 2 USB telah direka oleh sekumpulan designer MIMOS Berhad iaitu Saharudin Busri, Mohd Nizam Najmuddin, Mohd Rohaizam Mohd Tahar, Nuzairi Yasin dan Nazjimee Amat Omar.


p/s : Cool beb... hope benda ni cepat dijual.. 

Sumber : Here
Read More.. "Gadjet : "USB 2 USB", Pindah Data Tanpa Menggunakan Komputer (5 Gambar)"

Thursday, 10 January 2013

Gadjet : Alcatel Keluarkan Telefon Pintar Ternipis Di Dunia (5 Gambar)


PARIS - Syarikat peralatan Perancis, Alcatel memperkenalkan model baharu One Touch Idol Ultra yang didakwa telefon pintar paling nipis di dunia, lapor laman web infomobile.

Setebal cuma 6.45 milimeter, gajet tersebut dipamerkan pada hari pertama pameran Consumer Electronics Show (CES) di Las Vegas, Amerika Syarikat (AS) kelmarin.

Telefon pintar itu mempunyai skrin berukuran 11.9 sentimeter dan dijana pemprosesan dua teras berkapasiti 1.2 giga hertz dan perisian Android 4.1 Jelly Bean.

Model terbaharu itu akan mula dijual di China pada hujung bulan ini sebelum memasuki pasaran lain di dunia termasuk AS dan Eropah





p/s : Dulu2 penah gak pakai Alcatel ni... lame menyepi.. 

Sumber : Here
Read More.. "Gadjet : Alcatel Keluarkan Telefon Pintar Ternipis Di Dunia (5 Gambar)"

Saturday, 5 January 2013

Cool : Acer Iconia B, Tablet Mampu Milik Berharga RM447 (4 Gambar)


Pada tahun ini, nampaknya, salah satu perkara yang akan menjadi fokus ramai pengeluar adalah hadir dengan tablet mampu milik sekaligus memfokuskan kepada pasaran negara membangun.

Setelah pelbagai desas-desus berkaitan dengan tablet mampu milik daripada Acer, kini kelihatan Acer telah menyediakan sebuah halaman khas (yang kini telah dibuang tetapi boleh diakses melalui Google Cache), untuk tablet terbaru mereka, Acer Iconia B.

Daripada apa yang diperlihatkan, Acer Iconia B ini membawakan skrin bersaiz 7-inci dengan resolusi 1024×600, cip pemprosesan dwi-teras 1.2Ghz, memori sebanyak 512MB RAM dan juga storan terbina sebanyak 8GB, selain sokongan mikro-SD padanya.

Ia disasarkan untuk Acer melancarkan tablet ini di negara India pada penghujung bulan ini pada harga sekitar $147 [RM447] ($50 lebih murah berbanding Nexus 7), dan mungkin akan menjualnya ke pasaran lain tidak lama lagi.




p/s : Murah gler kot... 

Sumber : Here

Read More.. "Cool : Acer Iconia B, Tablet Mampu Milik Berharga RM447 (4 Gambar)"

Wednesday, 31 October 2012

Gadget : "Ativ Smart PC", Tablet Windows 8 Dari Samsung (4 Gambar)


Peneraju global teknologi media digital, Samsung Malaysia Electronics (Samsung) merevolusikan kehendak pengguna apabila memperkenalkan Samsung Ativ Smart PC dan Samsung Ativ Smart PC Pro, komputer peribadi papan kunci boleh tanggal.

Selari pengenalan sistem operasi (OS) Windows 8 baru-baru ini, Samsung menggabungkan OS terkini dalam kategori peranti komputernya, sekali gus meningkatkan prestasi pemprosesan sesuai nama Smart PC yang diberi.

Pengarah Urusannya, Kwon Jae Hoon berkata, siri Samsung Ativ Smart PC adalah inovasi dinamik syarikat bersama rakan kongsi Microsoft, merangkumi kajian mendalam kehendak dan gaya hidup pengguna yang kian berkembang.


“Kami yakin permintaan untuk peranti yang menjanjikan mobiliti dan prestasi terbaik sentiasa ada. Sebagai pemimpin dalam teknologi dan reka bentuk serta perkongsian strategik bersama Microsoft, kami pasti dapat memberi pengalaman baru kepada mereka.

“Produk terbaru ini juga tidak seperti sebelumnya di mana ia adalah lebih berkualiti tinggi yang digabung dengan inovasi teknologi terkini,” katanya selepas majlis pelancaran di Kuala Lumpur, semalam.

Pengenalan Ativ adalah jenama baru Samsung bagi peranti berasaskan Windows. Diambil daripada perkataan terbalik ‘Vita’ yang bermaksud kehidupan dalam bahasa Latin, ia adalah hasrat Samsung untuk memberi kehidupan luar biasa yang penuh keseronokan kepada semua orang.

Samsung Ativ Smart PC dan Samsung Ativ Smart PC Pro boleh didapati di pasaran November ini, pada harga RM2,499 dan RM3,599.



p/s : Macam-macam gajet dah sekarang.. 

Sumber : Here
Read More.. "Gadget : "Ativ Smart PC", Tablet Windows 8 Dari Samsung (4 Gambar)"

Monday, 22 October 2012

Gadjet : iPad Mini Akan Dilancarkan Esok (5 Gambar)


SAN FRANCISCO: Beberapa minggu selepas pelancaran bersejarah iPhone 5, Apple muncul dengan satu lagi gajet yang dijangka mendapat sambutan hangat iaitu versi mini tablet iPad keluarannya.

Apple menghantar jemputan bagi majlis pelancaran di San Jose, California esok tetapi tidak menyatakan maklumat lengkap seperti selalu dilakukannya dengan hanya berkata: "Kami ada lebih lagi untuk dipersembahkankan kepada anda." Laporan dan khabar angin mengenai kemunculan iPad Mini sudah merebak selama berbulan-bulan tetapi Apple enggan membuat ulasan.

Bagaimanapun, laman blog yang memantau Apple berkata, tablet baru itu akan dijual pada harga antara AS$249 dan AS$399 yang mungkin memberi saingan kepada pesaing seperti Amazon Kindle Fire.





p/s : Samsung..please take Note.. hehe

Sumber : Here
Read More.. "Gadjet : iPad Mini Akan Dilancarkan Esok (5 Gambar)"

Saturday, 13 October 2012

Gadget : Samsung Lancar Model Baru, Galaxy S III Mini (4 Gambar)


Meskipun pelancaran rasminya akan dilangsungkan esok, namun spesifikasi penuh model terbaru Samsung I8190 Galaxy S III mini telah bocor sepenuhnya sebelum pengumuman rasmi esok. Sepertimana kejayaan Galaxy S III sebelum ini, model 'adik' kepada S III ini turut dijangkakan akan mendapat sambutan hangat daripada peminat-peminat gajet.

Berikut spesifikasi Galaxy S III mini:
  • Skrin bersaiz 4 inci dengan paparan Super AMOLED beresolusi WVGA  (mungkin sama seperti skrin Galaxy S). 
  • Telefon ini dikuasakan oleh chipset ST-Ericsson U8420 dengan dwi-teras CPU (dual core) pada 1GHz clock dan 1GB RAM.
  • Galaxy S III mini ini akan dilengkapi dengan Android 4.1 Jelly Bean dengan penyesuaian paparan muka Samsung TouchWiz .  
  • Kamera belakang beresolusi 5MP dengan LED flash dan akan ada kamera depan beresolusi VGA.
    Connectivity: 2G quad-band dan tri-band 3G dengan 14.4Mbps HSDPA dan 5.76 HSUPA, dwi-band Wi-Fi a / b / g / n, DLNA, Bluetooth 4,0, pilihan NFC dan sslot microUSB.  
  • Memori dalaman berkapasiti 16GB, diperkembangkan dengan microSD kad.
  • Galaxy S III mini akan mempunyai saiz 121.6 x 63 x 9.9 mm dan akan mempunyai luaran plastik yang kelihatan seperti Galaxy S duos.
  • Mempunyai bateri berkapasiti 1500mAh.
  • Anggaran harga Samsung Galaxy S III mini adalah $ 515 atau kira-kira RM 1599.



p/s : Macam-macam model la Samsung nih.. lepas ni Galaxy S3 Mini 2 plak... pastu Galaxy S3 mini 10.1.. LOL..

Sumber : Here
Read More.. "Gadget : Samsung Lancar Model Baru, Galaxy S III Mini (4 Gambar)"

Friday, 12 October 2012

Gadget : "Socialmatic", Kamera Instagram Untuk Mereka Yang Suka Camwhoring (5 Gambar)


Aku rasa semua orang tau Instagram kan? Tapi kali ni nak cerita pasal kamera Instagram yang baru je dilancarkan yang diberi nama Socialmatic. 

Kamera ini mungkin kelihatan agak berbeza berbanding dengan kamera lain yang dijual di pasaran. Berikut merupakan spesifikasi kamera Socialmatic tersebut:

- Display: Skrin sesentuh berukuran 4.3 inci.
- Kamera: Optical zoom, pancaran cahaya LED untuk menangkap gambar berukuran 1:1 seperti di dalam aplikasi.
- Resolusi: Tidak dinyatakan lagi.
- Memori: 16GB dan 32GB
- Connectivity: WiFi atau WiFi+3G
- Perkongsian: semua laman media sosial, e-mail dan MMS.
- Kamera ini berfungsi dengan menggunakan sistem operasi Android yang telah diubahsuai yang kelihatan hampir sama seperti Samsung’s Touchwiz UI atau HTC’s Sense.

Ciri-ciri unik yang ada pada kamera ini ialah kebolehannya untuk mencetak gambar dari kamera itu sendiri tanpa perlu disambungkan kepada pencetak.

Gambar yang dicetak oleh kamera tersebut akan mempunyai pelekat di bahagian belakang dan kod QR di bahagian hadapan bagi membolehkan jurugambar tersebut meletakkan hasil seni mereka di mana-mana sahaja agar boleh dilihat oleh orang lain serta mengimbas kod QR tersebut sekiranya mahu melihat hasil kerja yang lain.






p/s : Berita baik utk camwhore sekalian.. 

Sumber : Here
Read More.. "Gadget : "Socialmatic", Kamera Instagram Untuk Mereka Yang Suka Camwhoring (5 Gambar)"

Thursday, 4 October 2012

Gadget : Info Mudah Untuk iPhone Fags Sekalian (10 Gambar)

Gambar dibawah menunjukkan perbandingan mudah diantara iphone 4, iphone 4S dan iPhone 5.. iPhone fags sila ambil perhatian..

Dimensions
Weight
Display
Processor
Ram
Storage
Wireless
Battery
Camera
 p/s : Ok now dah nampak beza dia?

Sumber : Here
Read More.. "Gadget : Info Mudah Untuk iPhone Fags Sekalian (10 Gambar)"

Tuesday, 5 July 2011

Cool : Konsep Handphone Blackberry terBARU : BB Empathy (8 Photos)

Handphone BlackBerry yang terbaru ini diberi nama Empathy adalah design Kiki tang dan Daniel Yoon. Blackberry ini dikatakan boleh mengikut mood pengguna dengan menukar warna.  Lihat la sendiri BB Empathy ini...

 sumber : link
Read More.. "Cool : Konsep Handphone Blackberry terBARU : BB Empathy (8 Photos)"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...