KUALA LUMPUR – Pasangan kekasih memberi alasan menyewa di sebuah
hotel selepas penat membeli-belah pakaian dan barangan sempena
Aidilfitri ketika dicekup Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan
(Jawi), awal pagi semalam.
Wanita yang hanya berkemban dengan
tuala itu dicekup bersama pasangannya yang hanya memakai seluar pendek
di hotel berkenaan pada jam 1 pagi.
Ketua Pegawai Penguatkuasa
Jawi, Wan Jaapar Wan Ahmad berkata, wanita berusia 24 tahun itu membuka
pintu bilik selepas pintu bilik diketuk.
“Wanita itu memberi
alasan hanya dia seorang diri tidur di dalam bilik berkenaan, namun
pemeriksaan lanjut menemui seorang lelaki menyorok di tandas,” katanya.
Menurutnya, lelaki berusia 24 tahun itu memberi alasan dia tertidur di dalam bilik selepas membeli-belah.
“Difahamkan lelaki terbabit tidak bekerja, manakala pasangannya bekerja di sebuah syarikat swasta,” katanya.
Dalam
operasi yang berasingan yang dijalankan bersama Jabatan Imigresen Kuala
Lumpur, sepasang kekasih yang berasal dari Kota Bharu, Kelantan dicekup
khalwat di sebuah hotel berasingan.
Beliau berkata, lelaki berusia 42 tahun itu sudah berkahwin, manakala pasangannya berusia 18 tahun tidak mempunyai pekerjaan.
“Pasangan
berkenaan juga memberi alasan membeli-belah sempena Aidilfitri. Pada
awalnya lelaki berkenaan memberi alasan gadis terbabit merupakan
tunangnya,” katanya.
Kedua-dua pasangan terbabit antara 23 individu yang dicekup khalwat di lima hotel bajet sekitar ibu kota.
Beliau
menasihati ibu bapa memantau anak mereka kerana kebanyakannya yang
dicekup khalwat memberi alasan membeli-belah bersama pasangan di sini.
“Ibu
bapa harus bertanggungjawab, jangan memberi kelonggaran dan kebebasan
terhadap anak mereka kerana khuatir mereka akan terlanjur di hotel
bajet,” katanya.
Operasi selama empat jam itu dijalankan mengikut
Seksyen 27 Akta 559 Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah Persekutuan)
1997, jika disabit kesalahan boleh didenda RM3,000 atau dua tahun
penjara.
p/s : Penat shopping dosa..
Sumber : here
15 comments:
bodo...
ayat admin yg last tuh tak bleh blah..haha
shopping dosa?
memang patut la terasa..wakaka.aku pun terasa sedas.eh.haha
pintu zina dibuka seluas2 nya..mcamana la bleh shpping sama2 kalo bukan mahram? memg awal2 dah buka pintu zina..
geram lak ak tengok awek tu
Asal penat je kongkek...lg penatla camtu
Mana Mr. Fapson? dia klu nmpk pic awk bkemban tu mau trus dia Fap Fap nyer....
iyelah, dah habis duit laki tu beribu-ribu ringgit belikan pompuan tu macam-macam, takkan tak de pape, giliran pompuan tulah pulak membalas jasa dan budi, eh silap body! janji ditepati 1 malaysia.
ak xphm..jap 24 tahun, jap 42 tahun, jap bekerja jap xbekerja?? glek ke hape??poning2...
kesian....shoping smpai berkemban..nak try baju baru tu.
tu la malaysia...klu sabitkan kesalahan je denda xde hukuman lain...sbb tu org xtakut nk buat maksiat...sepatutnya rejam je diorang tu....nasib baik aku fap je...wakakakakaka
24 ke 42????
adohai, 24 dgn 42 tu, lain2 cite la.. korang ni tak baca betul2 ke apa?
"dalam operasi yang berasingan, lelaki 42 tahun di tangkap di sebuah hotel berasingan". tak nampak ke "DALAM OPERASI YANG BERASINGAN".. adohai!
peeerrrggghhhhhh...
awek nya yang keje jantan nya tanam anggur...
nanti kalu kawin br nak menyesal...
x cr yg kaya...fikir nak sedap jer..
kesan jangka masa panjang x fikir..
yang penting, hal tok sik belaku kat SARAWAK!!!! hehehehehe
SARAWAK TERBAIKK!!!!
Post a Comment