Keindahan Alam Apabila Planet Venus(Zuhrah) Berada Di Hadapan Matahari
(Gambar untuk 6 Jun 2012 boleh dilihat di bawah selepas penerangan) 
Satu lagi keajaiban alam semesta telah berlaku pada 6 Jun 2012 (semalam), iaitu kita akan dapat menyaksikan fenomena Transit Planet Zuhrah. Fenomena ini dianggap luar biasa, tidak seperti kejadian gerhana bulan separa
 kerana manusia hanya pernah menyaksikan kejadian ini sebanyak tujuh 
kali sejak zaman Galileo. Kali terakhir kejadian ini berlaku ialah pada 
tahun 2004.
Bermakna jika terlepas peluang untuk 
menyaksikannya pada kali ini, maka terpaksalah kita menunggu transit 
seterusnya pada tahun 2117 atau 105 tahun dari sekarang. Memang ia 
sesuatu yang sangat mustahil, melainkan saintis moden menjumpai cara 
untuk melambatkan atau menghentikan proses penuaan dan lebih tepat 
mengelakkan kematian.
Bagaimana Fenomena Transit Zuhrah Berlaku?
Bumi bergerak mengelilingi matahari selama lebih kurang 365 hari. Zuhrah pula mengambil masa 225 hari untuk melengkapi satu pusangan mengelilingi matahari. Ketika planet Zuhrah mengorbit matahari, ia akan melintasi Bumi setiap 1.6 tahun (kerana orbitnya lebih kecil dan pergerakkannya lebih laju berbanding Bumi). Ketika itu ia akan berada di antara Matahari dan Bumi. Namun, disebabkan satah orbit Zuhrah ini sedikit senget, maka selalunya ia akan berada di bawah atau atas matahari.
Bumi bergerak mengelilingi matahari selama lebih kurang 365 hari. Zuhrah pula mengambil masa 225 hari untuk melengkapi satu pusangan mengelilingi matahari. Ketika planet Zuhrah mengorbit matahari, ia akan melintasi Bumi setiap 1.6 tahun (kerana orbitnya lebih kecil dan pergerakkannya lebih laju berbanding Bumi). Ketika itu ia akan berada di antara Matahari dan Bumi. Namun, disebabkan satah orbit Zuhrah ini sedikit senget, maka selalunya ia akan berada di bawah atau atas matahari.
Fenomena transit planet Zuhrah ini 
berlaku dalam satu corak berulang setiap lebih sikit dari 100 tahun dan 
biasanya berlaku dalam 2 pasangan yang dijarakkan 8 
tahun antara satu sama lain. Contohnya, kali terakhir transit ini 
berlaku ialah pada tahun 1874 dan 1882, kemudian ia berlaku 2004 dan 
2012. Transit selepas ini hanya akan berlaku pada tahun 2117 dan 2125, 
iaitu 105 tahun dari sekarang.
Bila masa kejadian ini boleh disaksikan?
Berikut merupakan waktu fasa transit Zuhrah (Waktu Malaysia).
Berikut merupakan waktu fasa transit Zuhrah (Waktu Malaysia).
- Sentuhan 1 (1st contact) . 6:13:07 Zuhrah mula menyentuh tepi matahari.
- Sentuhan 2 (2nd contact). 6:31:00 Keseluruhan bentuk Zuhrah sudah memasuki kawasan matahari.
- Pertengahan Transit 9:31:14. Zuhrah berada di pertengahan perjalanan transit
- Sentuhan 3 (3rd contact). 12:31:56 Saat akhir keseluruhan Zuhrah di dalam kawasan matahari.
- Sentuhan 4 (4th contact) 12:49:21 Zuhrah mula keluar dari kawasan matahari.
Berdasarkan waktu di atas, fasa sentuhan
 1 dan 2 sahaja yang agak kritikal kerana ada kawasan di Malaysia yang 
boleh menyaksikanya (kerana matahari sudahpun terbit, seperti di Sabah 
dan sebahagian Sarawak), manakala ada yang tidak dapat menyaksikannya 
(kerana matahari belum terbit seperti di keseluruhan Semenanjung 
Malaysia).
kredit : Space.com
 
















 

8 comments:
1st... heheheheee.....
agaknya laaa.... 105 tahun dulu ada org tau x pasal fenomana nih.....?
last...ade aku kisah.!!!
besarnya matahari..Masya'Allah...
ajaibnya tahun ni dah banyak kali fenomena gerhana terjadi, lagi lintasan planet Musytari dan marikh dan kini lintasan zuhrah..
Besarnya matahari ....
Bola Jiwa ????
kat mlysia mtahri trlalu trang,skit mata...ta dpt tngok...huhu..
matahari kat mane2 pn terang
Post a Comment