Penaja Utama AkuStressGiler

Geng Stress

TAWARAN HANGAT!!

BANNER UTAMA (728X90) = RM150/ sebulan
BANNER+IKLAN TEKS +ENTRY- RM200/ SEBULAN
REVIEW / ADVERTORIAL - RM50
APA TUNGGU LAGI?? SILA EMAIL
akustress3@gmail.com

IKLAN TEKS


Kongsikan Entri Kami

Thursday, 7 June 2012

Sejarah : Tragedi "Double Six" 1976 Di Sabah, Kemalangan Atau Konspirasi? (9 Gambar)


Secara ringkasnya, Double 6  Tragedy ini adalah kisah nahas kapal terbang yang berlaku pada pada 6.6.1976 yang melibatkan 6 orang pemimpin Sabah. Kapal terbang yang sepatutnya bertolak pada jam 6.00pm (tapi diawalkan penerbangan) dan banyak lagi yg dikaitkan dengan no. 6 dalam kejadian nahas ini, dikatakan mengalami gangguan kerana menampung penumpang yang ramai ketika itu.

Tun Fuad Stephens (Donald Stephens) merupakan ketua menteri yang bertanggungjawab dalam penyatuan Sabah ke dalam Malaysia. Isu royalti minyak Sabah masih dalam perbincangan ketika itu. Perjanjian dan beberapa masih lagi di peringkat perbincangan, tetapi malangnya menteri-menteri kabinet bersama dengan ketua mereka mati dengan tragik.



Pesawat dari Labuan itu sepatutnya mendarat di Lapangan Terbang Kota Kinabalu, kira-kira dua kilometer dari lokasi kejadian.

Pesawat jenis GAF Nomad itu membawa hampir keseluruhan anggota Kabinet Sabah termasuk Ketua Menterinya, Tun Mohd. Fuad Stephens bersama 11 anggota rombongannya.

Senarai mereka yang terkorban ialah
  1. Ketua Menteri Sabah,Tun Mohd Fuad Stephens
  2. Menteri Kerajaan Tempatan Negeri, Datuk Peter Mojuntin
  3. Menteri Perhubungan dan Kerja Raya, Datuk Chong Tahin Vun
  4. Menteri Kewangan Negeri, Datuk Salleh Sulong
  5. Pembantu Menteri kepada Timbalan Ketua Menteri, Darius Binion
  6. Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan, Wahid Peter Andau
  7. Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri Sabah , Dr Syed Hussein Wafa
  8. Setiausaha Sulit kepada Menteri Kewangan Malaysia Tengku Razaleigh Hamzah, Ishak Atan
  9. Pengawal peribadi kepada Tun Fuad, Koperal Said Mohammad
  10. Juruterbang, Gandhi J Nathan
  11. Johari Tun Fuad Stephens
Konspirasi??
YM Tengku Razaleigh Hamzah sepatutnya menaiki kapal terbang yang sama tetapi pada saat-saat akhir telah di ajak turun daripada pesawat oleh Timbalan Ketua Menteri pada masa itu iaitu Datuk Harris Mohd. Salleh untuk merasmikan projek ladang lembu di Pulau Banggi, Kudat. Tengku Razaleigh yang juga menaiki jenis pesawat yang sama telah diarahkan untuk menjauhi pesawat sebaik sahaja mendarat di Kudat kerana dikhuatiri pesawat mengalami masalah yang sama. Sebaik sahaja mereka mendapat berita buruk ini, mereka telah di terbangkan oleh helikopter tentera ke Kota Kinabalu.


Sejurus pesawat tersebut menjunam di kawasan air cetek, lokasi berkenaan menjadi tumpuan orang ramai kerana ketika terhempas, ia dikatakan menggegarkan kawasan itu.

Malapetaka tersebut kemudiannya dikenali sebagai peristiwa Double Six sempena tarikh kejadian itu iaitu 6/6/1976.

Setahun selepas kejadian tersebut, sebuah tugu peringatan didirikan di lokasi berkenaan bagi memperingati tragedi itu yang merupakan salah satu peristiwa penting negara.

Sehingga kini banyak persoalan belum terjawab kepada anak2 sabah..
  • rombongan ini sdg menuju ke Kota Kinabalu bg menandatangani perjanjian 10% hasil minyak akan diberikan kepada kerajaan Sabah dan Sarawak.. sebelum menaiki pesawat tersebut, Alahyarham Tun Fuad ada menyatakan bahawa jumlah 10% itu adalah terlalu kecil dan ada yg mengatakan berkemungkinan Tun tidak bersetuju akan jumlah tersebut
  • YM Tengku Razaleigh Hamzah telah pun duduk dalam pesawat tersebut bersama-sama rombongan lain, tetapi di saat2 akhir Datuk Harris (ketua menteri Sabah selepas kematian Tun Fuad) mengajak Tengku Razaleigh turun dari pesawat tersebut dengan alasan ingin menjemput Tengu Razaleigh merasmikan Kandang Lembu miliknya di Kudat..sedangkan ketika itu Tengku Razaleigh dlm perjalanan untuk melihat sejarah besar negara ketika itu iaitu sesuatu yang terkandung dalam Perlembagaan Malaysia Perkara-20. Tetapi beliau memilih untuk melawat kandang lembu????di saat akhir????
  • Punca kemalangan ialah kerana pesawat Nomad[1] itu lebih muatan. Sepatutnya 6 penumpang sahaja tetapi diisi 11 orang. Juruterbang gagal menaikkan sayap pesawat untuk diselaraskan dengan tekanan minyak dan akhirnya menyebabkan kemalangan.Sejak itu, kerajaan tidak menggalakkan VIP menaiki pesawat sama pada waktu serentak terutama membabitkan jumlah yang ramai..Logik ke golongan2 VIP sanggup bersesak macam sardin dalam satu pesawat???takde bajet ke nk bagi pesawat yg lebih besar???
  • Negeri Sabah ketika itu adalah negeri terkaya di Malaysia..selepas perjanjian itu ditandatangani, negeri Sabah Jatuh antara negeri termiskin di Malaysia..dan sekarang, dengan bangganya, negeri Sabah adalah negeri termiskin di Malaysia..






  p/s :  * Semua ini hanyalah anggapan dan mungkin ditokok tambah oleh pihak-pihak tertentu..Kisah sebenar masih lagi misteri.. ada otak, gunakanlah.. 

Sumber : Here 

29 comments:

Anonymous said... Best Blogger Tips

1st

Anonymous said... Best Blogger Tips

1st...hahahha....

Anonymous said... Best Blogger Tips

dem lambat 3 mnt jer....

zulkifli said... Best Blogger Tips

media malaysia sume kene tapis ... mne yg x sdp dgr oleh pihak tertentu dowg x approved tok kuar kat tv ...hasilnya rakyat malaysia sume kene tipu ...

yg brebut 1st sengal2 belaka said... Best Blogger Tips

aq sokong zulkifli..
media mlaysia hnye kuda tunggangan utk sstgh pihak..
bleh jgk d'kire sbgai batu api..

Anak jati sabah said... Best Blogger Tips

Ini kisah benar yang hanya diketahui segelintir msykat sabah zaman sekarang. Usaha Tun Fuad mewujudkan perpaduan di kalangan kaum-kaum di sabah di bawah satu nama iaitu "kadazan" terkubur begitu shaja dan lihatlah pada zaman sekarang, yang miskin anak sabah dan yang jadi raja pendatang asing. Anak sabah sampai ke SPM x dpat IC , pendatang dari seberang datang ke tawau 2 mggu sja dapat "biru". Walhasilnya, dari negeri paling kaya di Malaysia menteri kita sebut apa? Bersyukurlah atas apa yang kita ada....alhamdulillah, semoga penindas2 dan penganiaya ini mendapat hidayah sebelum terlambat

fetty said... Best Blogger Tips

saya nak like komen anak jati sabah..susahnya bila berlaku isu IC dalam kalangan mereka..akibatnya hasrat anak2 muda sabah yang nak lanjutkan pelajaran semuanya terkandas..~

Anak Sabah Jati juga said... Best Blogger Tips

saya sokong anak jati sabah.....Sabah boleh berdiri d kaki sendiri kalau kami mahu..Sabah cukup dgn hasil bumi , eco pelancongan & sebagainya tapi....atas ketamakan sesetgh pemimpin membuatkan Sabah jd bgini...

Anonymous said... Best Blogger Tips

hmmm... mmg pun.. dowg bg ic kat pndtg asing.. lg satu.. byk je pendatang2 ni kat sbh.. jln2.. xde pun 'org' amik tindakan..siap buat kampung dorg g kat sbh..

Anonymous said... Best Blogger Tips

ini bukan konspirasi, ini adalah takdir, kalau belum sampai ajal, memang tidak akan berlaku. Aku bagi contoh senang. Kalau Tengku Razaleigh naik pesawat tu juga,kemudian terhempas, dan Kalau Allah S.W.T mahukan dia hidup juga selepas kemalangan, mungkin dia hidup juga sama seperti Arwah Tan Sri Ghazali Shafie yang jatuh kapal terbang kat Janda Baik, Pahang.

Anonymous said... Best Blogger Tips

iluminati yg manipulate sume ni..sejarah pon drg leh manipulate ape lgi bnd remeh cmni..wallah wualam~

Anonymous said... Best Blogger Tips

dah nak sampai baru nak junam, klu over weight dari awal dah menjunam. Semasa berada di attitude yg paling tinggi lah biasanya tiupn angin paling kuat.

Anonymous said... Best Blogger Tips

agenda umno yang nak segala nya semenanjung punya.

Anonymous said... Best Blogger Tips

10% jeww hasil minyak...apsal 10...bg la 30 or 40..minyak kan milik sabah juga....-.- so dorg berhak dapat lebih....demmmm!!

Anonymous said... Best Blogger Tips

penting ke weh kandang lembu uh..??? penting ke..??

::mentega terbang::

yes said... Best Blogger Tips

never mind....someday sabah akan jd negara and bukan lg negeri. sabah layak mendapatkan apa yg sepatutnya.

Anonymous said... Best Blogger Tips

aku org sarawak..bukan kat sabah jak org asing dpt easy ic. yg pure indonesian dtg kat sini, siap ada ladang sawit, ada tanah sendiri n then diorang claim sarawak ni diorang punya..org local pulak x da pa2.de most sad thing is org ulu, majority penan x da ic.what the hell dgn krajaan malaysia???? diorng x pandang kitorang 8 all pun. nak buat ic, byk la birokrasi, cop ini, cop itu,isi borang ini, isi borang itu.apakah?? we are local, we live here hundred years ago, yet we are not malaysian..somebody tell me negara apa ni??

Anonymous said... Best Blogger Tips

rasuah punya pasal. gaji awam tak cukup untuk hidup mewah. banyak hutang nak bayar.

Anonymous said... Best Blogger Tips

@Anonymous hahahahaha

rasta romanoskill said... Best Blogger Tips

x leh komen lbih2 nnti kna tngkap..

Anonymous said... Best Blogger Tips

Sia nak lihat kebenaran tragedi double six ni.. Semoga Tuhan cepat-cepat beri petunjuk, Tuhan itu maha mengetahui..Dia akan beri belasan setimpal kepada mereka yang berbuat jahat dan dosa. Sabah pasti akan dapat balik haknya sebagai sebuah NEGARA MERDEKA DAN PERJANJIAN 20 PERKARA. Kalo betul tiada POLITIK KOTOR kenapa Perjanjian 20 perkara TURUT dilenyapkan seperti tragedi double six. Ini jelas menunjukkan bahawa ada pihak yang TAMAK.. cemburu dengan kekayaan hasil bumi Sabah dari dulu lagi. Mereka menipu , menjajah Sabah untuk kepentingan mereka. Tapi tidak apa kamu semua yang buat angkara ini tunggu saja pengadilan dari TUHAN , Tuhan akan sumbatkan kamu ke dalam lubang NERAKA yang penuh dengan minyak PETRONAS yang panas dan bernyala-nyala , MASA TU KAMU RASALAH BELASAN KEATAS DOSA-DOSA KAMU. ANAK-ANAK CUCU CICIT KAMU PUN TURUT KETULAHAN DAN AKAN MENDAPAT BELASAN YANG SESUAI KERANA TERMAKAN HASIL KERINGAT KAMU YANG TIDAK HALAL.

Anonymous said... Best Blogger Tips

ini kali la..

delen said... Best Blogger Tips

Mengapalah terjadi begitu......

Anonymous said... Best Blogger Tips

Umngokkkkkkkkkkkkkk
Mampusssssssss pru 13

Anonymous said... Best Blogger Tips

Sabah dan sarawak harus merdeka.. tandatangan petisyen ini http://www.gopetition.com/petitions/sabah-sarawak-rights.html

Anonymous said... Best Blogger Tips

Wiss lah kamu semua emosi .. macam tahi jak !

Anonymous said... Best Blogger Tips

hari perhitungan di Padang Mahsyar.. bila sampai waktunya pasti akan terjawab semuanya.. dunia ini hnya prmulaan.. akhirat itu la destinasi sbnrnya.. krna hukuman ALLAH itu adalah yang seadil-adilnya..

Anonymous said... Best Blogger Tips

thn lalu.. kapal yg di isi muatan minyak dan gas.. yg berlabuh d PETRONAS METHANOL LABUAN yg kononnya akan di export ke Jepun telah disambar petir.. lalu terbakar dan meletup.. kta pun tahu petir tidak akan menyambar sesuatu tanpa perintah dr ALLAH.. tambahan lg di bulan Ramabdhan yg mulia.. pttnya kta sedar apa yg ALLAH cba sampaikan.. WaALLAH Hu Alam Bisawaf..

Anischa Aulia said... Best Blogger Tips

Allah SWT maha berkuasa....klu pun dia boleh berkuasa di dunia yg sementara ini..kelak di akhirat tubuhnya yg akan menjawab segala perbuatan yg dia lakukan...berserah kpd Allah...doa dan terus berdoa agar kita berada dlm keadaan yg aman dan tenteram serta tidak membenci semasa bangsa ;)

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...