Kongsikan Entri Kami

Sunday 1 April 2012

Berita : 'Mat Punk' Ditangkap Basah Dengan Awek Kedai Dobi


AMPANG – Tiga individu termasuk seorang ‘Mat Punk’ dan seorang remaja perempuan dicekup penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan pegawai Masjid Al-Azim dalam sebuah bilik di rumah kedai di Pandan Jaya, awal pagi kelmarin. 

Dalam serbuan kira-kira jam 2 pagi itu, dua lelaki berusia antara 20 dan 22 tahun serta seorang pekerja sebuah kedai dobi ditahan.

Pegawai Masjid Al-Azim berkata, Ahmad Nawi Othman berkata, ketika serbuan seorang lelaki membuka pintu dan mendapati ada seorang lelaki lain dan seorang perempuan berusia 20 tahun berada di dalam bilik itu.

“Kami mendapati pasangan berkenaan berpakaian lengkap, manakala seorang lelaki lain hanya berseluar pendek ketika serbuan dijalankan,” katanya yang dipetik dari laman web Sinar Harian.

Beliau berkata, teman lelaki kepada gadis berkenaan memberi alasan kekasihnya baru bekerja di kedai dobi berhampiran serta tidak ada rumah atau bilik untuk disewa. Ahmad Nawi berkata, turut ditahan dua pasangan lain di bilik berasingan di rumah kedai berkenaan.

Operasi itu dijalankan mengikut Seksyen 29, Enakmen Jenayah Syariah Jais 1995, jika disabit kesalahan boleh didenda RM3,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Sumber : Here

6 comments:

Unknown said... Best Blogger Tips

Alasan bodo je..

ben xii said... Best Blogger Tips

mampus la sama punk . ngarut je

Anonymous said... Best Blogger Tips

Denda rm25 je....dun wory....wakaka...

Anonymous said... Best Blogger Tips

name jew islam. memalukan!

Anonymous said... Best Blogger Tips

bodoh korang ni maksiat je salah kan punk,abih ramai lagi yang bukan punk luar sana kene tangkap basah,tada lak nak maki2 bangang!

Anonymous said... Best Blogger Tips

yg lain mat rempit...gengrxzbro....

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...