Kongsikan Entri Kami

Sunday 1 April 2012

WTF : Bedah Wajah Untuk Kelihatan Sama Dengan Anaknya (4 Gambar)

Seorang ibu berusia setengah abad di sini memiliki rupa paras seperti anak perempuannya yang berumur 28 tahun selepas membelanjakan £10,000 (RM52,833) untuk menjalani pembedahan kosmetik, lapor sebuah akhbar semalam.

Wanita berkenaan, Janet Cunliffe taksub untuk kelihatan muda seperti anaknya, Jane dan menjalani siri pembedahan kosmetik di Croatia pada September lalu.

"Mungkin tindakan saya menjengkelkan, tetapi anak perempuan saya begitu cantik seperti saya pada waktu muda dahulu.

"Sesiapa sahaja pasti berkeinginan memiliki rupa paras sepertinya," kata wanita itu.

Beberapa tahun lalu, Janet tak ubah seperti nenek kepada anak perempuannya dengan wajah yang berkedut, susuk tubuh gemuk dan kulit kendur.

Namun, kini orang ramai sukar membezakan mereka selepas Janet menjalani pembedahan wajah dan pembesaran buah dada selain mengamalkan diet selama empat bulan.

Tambahnya, usaha untuk kelihatan cantik bermula dengan berhenti memakan makanan ringan.

"Sebelum ini saya makan kentang dan pasta tetapi kini saya makan ayam panggang dan sayuran hijau," katanya.





p/s : Dafuq?? 

Sumber : Here 

9 comments:

Anonymous said... Best Blogger Tips

stress

Anonymous said... Best Blogger Tips

tak lawa pun..

Anonymous said... Best Blogger Tips

MILF....*_*

ben xii said... Best Blogger Tips

skang aku dah komfius mana satu mak

FatinBunny said... Best Blogger Tips

tapi masih senang nak bezakan mana mak dan mana anak. hahaha

dari segi muka, yg pembedahan nmpk lebih "patung" dr yg asli.
dari segi badan, mak nmpk lebih gempal.

^ 0 ^

Unknown said... Best Blogger Tips

masih nampak tua. haha

Anonymous said... Best Blogger Tips

mak dah wat pembedahan lagi cantik dr anak yg ori skrg..

Anonymous said... Best Blogger Tips

bangang..x rti langsung nk hargai pemberian tuhan..siap la ko kt alam barzakh ti..

Ilham11 said... Best Blogger Tips

alahai! takde kerja betul..

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...