Kongsikan Entri Kami

Friday, 26 August 2011

Kesian : Budak terpaksa mengorek sampah untuk sara hidup di China (7 Photos)

Sekiranya anda menyatakan hidup anda susah dan sangat perih, pernah tak anda terfikir dengan mereka yang lebih susah dari kita. Mereka yang setiap hari terpaksa korek, makan, tidur dan main di atas permukaan SAMPAH yang kita buang. Di Tanah Pelupusan Sampah Guiyang Gaoyan, lebih dari 100 orang penduduk yang terdiri daripada mereka yang berhijrah dari luar bandar ke situ. Mereka tidak berpendidikan dan kurang kemahiran, jadi mereka hidup dengan mengorek dan mengumpul barang yang boleh dijual semula. Dengan menjual semua barangan ini mereka boleh menraih 700 hingga 800 yuan sebulan. Jadi setiap hari seluruh keluarga akan berada di tempat sampah untuk mencari. Selain itu mereka semua juga tinggal di atas tanah pelupusan sampah ini. Anak-anak kecil pula belajar dengan sampah di sekeliling mereka. Apa yang menarik tentang mereka ini, mereka kelihatan gembira dan hidup ikut kemampuan mereka. Bukan seperti orang kaya/mampu selalu ada masalah di rumah. Apa yang sedih tentang hidup sekarang ialah "Yang kaya semakin kaya, Yang miskin semakin miskin". Yang miskin langsung tidak diberi perhatian.
CS

3 comments:

~ ana.dyana ~ said... Best Blogger Tips

kesiannya dorang..beruntung dan bersyukur hidup di bumi Malaysia..:)

haris said... Best Blogger Tips

bahagian masing-masing. usaha selagi mampu. jadi bersyukurlah dengan apa yang ada. jimat cermat. elakkan membazir. membazir amalan syaitan.

Anonymous said... Best Blogger Tips

sedihnya tgok~~
aq semakin bsyukur dgn apa yg aq ada

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...