Kongsikan Entri Kami

Tuesday 23 August 2011

Gosip : Fiza Elite Dituduh Peruntuh Rumahtangga Ibu Bapa Erin Malek

murai

Pelakon dan bekas ahli kumpulan Elite, Siti Zaidatul Fiza Abdul Halim atau Fiza Ellite, 30, menegaskan tidak mahu memberi sebarang komen mengenai hubungannya dengan bapa kepada pelakon Erin Malek iaitu Malek.
 
Malah dia akui lebih selesa untuk berdiam diri walaupun pelbagai tohmohan dan tuduhan buruk telah dilemparkan kepadanya selepas dikatakan meruntuhkan hubungan pasangan suami isteri yang juga ibu bapa kepada Erin Malek sehingga menyebabkan mereka bercerai.

"Saya tak mahu memberi apa-apa penjelasan mengenai hubungan saya dan Malek. Apa yang pasti setakat ini saya tidak ada menjalinkan apa-apa hubungan serius dengan mana-mana lelaki. Namun, saya akui mempunyai ramai kawan lelaki.

"Kalau saya ada hubungan dengan mana-mana lelaki, saya jenis seorang yang terbuka sahaja untuk memberitahu kepada umum. Buat apa nak sorok-sorok bukan? Nanti orang akan tahu juga.

" Apa yang penting sekarang tumpuan saya adalah pada kerja dan mencari rezeki demi untuk membesarkan dua orang anak saya," jelas ibu tunggal ini kepada murai.com.my

Apa yang pasti, sebelum ini Fiza Elite iaitu ibu kepada Ferra Aryana Ahmed Farriq, 3, dan Feeya Adyrra Ahmed Farriq,2, tidak pernah memberikan apa-apa kenyataan balas walaupun Erin Malek sudah pun menghebahkan mengenai kecurangan bapanya dan Fiza di media elektronik dan media cetak.

"Saya terima sahaja apa orang nak cakap. Yang penting semua itu bukan keluar daripada mulut saya. Bagi saya itu hak mereka masing-masing untuk bercakap atau menuduh saya yang bukan-bukan.

"Alhamdulilah, saya lebih selesa untuk berdiam diri daripada perkara ini berlanjutan. Saya tak mahu ia menjadi lebih buruk. Lama-kelamaan orang akan faham dan tahu sendiri keadaan sebenar. Itu sahaja yang boleh saya beritahu," luahnya.

Fiza yang berkahwin dengan Ahmed Farriq Zainul Abidin pada 8 September 2006 bagaimanapun tidak dapat mempertahankan rumah tangganya setelah terpaksa bercerai pada November tahun lalu.

1 comments:

Anonymous said... Best Blogger Tips

fiza ni cun lg..lau aku dpt sure fuck dia x ingat2 nyer..hehehehe

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...