Kongsikan Entri Kami

Saturday 27 August 2011

Berita : Penjara 25 Tahun Kerana Rogol Lebih 100 Wanita


SANTA CRUZ – Mahkamah Bolivia menjatuhkan hukuman penjara 25 tahun ke atas tujuh anggota sebuah pertubuhan konsevertif kristian, Mennonite  selepas didapati bersalah merogol lebih 100 wanita, dalam skandal yang mengejutkan negara berkenaan.

Lapan lagi anggota kumpulan itu dihukum penjara 12 setengah tahun kerana membekalkan sedatif yang digunakan bagi memukau mangsa dan keluarga mereka.

Mahkamah dimaklumkan tertuduh menggunakan sedatif tersebut, yang diperbuat daripada sejenis tumbuhan untuk disemburkan ke dalam rumah mangsa melalui tingkap pada waktu malam sebelum merogol wanita dan kanak-kanak. Mangsa paling muda berusia sembilan tahun.

Menurut peguam masyarakat di kawasan berkenaan, Oswaldo Rivera, jumlah sebenar mangsa rogol tidak diketahui kerana ramai yang takut untuk tampil ke depan, bimbang dipinggirkan komuniti berkenaan.

Katanya kira-kira 150 orang tampil memberikan bukti, namun beliau percaya 150 mangsa lagi terlalu malu untuk memberikan kenyataan.
Ini kerana mereka bimbang tidak akan mendapat suami sekiranya perkara itu terbongkar. Ini kerana hubungan seks sebelum berkahwin dilarang dalam masyarakat berkenaan.

Dalam pada itu, pendakwa raya Freddy Perez berkata, kejadian itu terbongkar selepas salah seorang warga emas mengesyaki sesuatu apabila salah seorang tertuduh sentiasa lewat bangun setiap hari.
Berikutan itu, dia mengambil keputusan untuk mengintipnya dan alangkah terkejutnya dia selepas melihat tertuduh terjun daripada tingkap di rumah salah seorang mangsa.

Tertuduh turut mengancam bapa mangsa supaya tidak membongkarkan kegiatan mereka.


Sumber: MyNews


3 comments:

Anonymous said... Best Blogger Tips

25 tahun je..??

cik permaisuri said... Best Blogger Tips

patutnya hukum gantung!! pancung ke bru berbaloi.dahla kanak2 pon ko sebat

Anonymous said... Best Blogger Tips

Merogol je kerja...setan betul laa mamat nie.>:(

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...