Kongsikan Entri Kami

Friday 26 August 2011

OMG : Cucu cincang Nenek kerana tak masak Nasi


TENOM: Hanya kerana meminta dimasakkan nasi, seorang nenek mati dalam keadaan tragik apabila dicincang seluruh tubuh oleh cucunya di rumahnya di Kampung Melalap di sini, kelmarin. 

Ketika kejadian, hanya mangsa, Dayu Rawang, 77, dan cucu perempuannya yang berusia 27 tahun itu berada di rumah kerana anggota keluarga lain menghadiri majlis berikutan kematian jiran di rumah berhampiran. 

Menurut sumber, sebaik bapa suspek yang mahu dikenali Abdul Hamid, 47, pulang ke rumah bersama seorang lagi anak berusia 15 tahun kira-kira jam 10 malam, dia curiga kerana panggilannya tidak bersahut.

Abdul Hamid masuk ke rumah dan menuju dapur dan terkejut apabila melihat jenazah ibunya, Dayu Rawang, terbujur dalam keadaan ngeri dengan berlumuran darah.

Dia bertambah terkejut apabila melihat suspek yang juga anak perempuannya berada di sisi mayat warga emas berkenaan sambil memegang pisau.

5 comments:

alfsfr.ali said... Best Blogger Tips

gila org skrg!!

*mcm aku org dulu2*

hahahaha:)

RinnAzrinah said... Best Blogger Tips

Astaghfirullahalazim.... tergamaknya dia buat macam gitu.... tak payahlah sampai membunuh... tak bolehkah masak sendiri?.. manalah tahu kalau orang tua tu tengah uzur..

Eric@Boy said... Best Blogger Tips

Kg.Melalap? tu kampung kawan aku tu

Kyosuke Takumi said... Best Blogger Tips

"cucu perempuan berusia 27" >> oh kanak-kanak rebina kot =.=

Anonymous said... Best Blogger Tips

mak aii...apa dh jd ngn org zaman skrg ni. makin giler..kepada org2 d luar sana, sentiasa la masak nasi d ruma..hahaha

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...