Kongsikan Entri Kami

Saturday, 2 March 2013

Sejarah : Sabah, Brunei Dan Sulu, The Untold History (3 Gambar)


Jom baca sikit pasal sejarah Sabah, Brunei dan Sulu... 

1. Sekitar abad ke 6, hampir keseluruhan kepulauan Borneo adalah di bawah jajahan takluk Kesultanan Negara Brunei. Seperti juga Sarawak yang rata-ratanya menjadi tanah kuripan kepada golongan bangsawan dan juga pembesar dari Kesultanan Brunei maka begitulah juga sebaliknya kepada Sabah.

2. Segalanya bermula apabila berlakunya perang saudara di Brunei di antara Sultan Mohammad Ali dan Pengiran Bendahara Abdul Hakkul Mubin. Dikhabarkan persengketaan ini berlaku kerana anakanda Sultan Mohammad Ali telah dibunuh oleh Pengiran Muda Bongsu sewaktu menyabung ayam. Sultan Mohammad Ali telah bertindak membunuh Pengiran Muda Bongsu dan ini menyebabkan Pengiran Bendahara Abdul Hakkul Mubin ingin menuntut bela dan seterusnya mengambil alih puncak pemerintahan Sultan Mohammad Ali.

3. Pembunuhan Sultan Mohammad Ali telah menyebabkan Pengiran Bendahara Abdul Hakkul Mubin menaiki takhta selepas kemangkatannya. Sebagai langkah keselamatan, Sultan Abdul Hakkul Mubin telah berpindah ke Pulau Chermin, sebuah pulau di muara Sungai Brunei. Sultan Abdul Hakkul Mubin kemudian melantik anak saudara Sultan Mohammad Ali sebagai Pengiran Bendahara Brunei iaitu Pengiran Muda Muhyiddin.

4. Pengiran Muda Muhyiddin naik takhta sebagai Sultan Negara Brunei dengan bergelar Sultan Muhyiddin selepas kemangkatan baginda. Dan sewaktu pemerintahan Sultan Abdul Hakkul Mubin inilah kerajaan Brunei telah menghadiahkan Kesultanan Sulu yang dahulunya Adipati Brunei tetapi telah bertindak menubuhkan kesultanan sendiri kerana kelemahan empayar kesultanan Brunei pada masa itu. Malah apabila Sultan Abdul Hakkul Mubin memohon pertolongan malah kesultanan Sulu sanggup menghulurkan bantuan. Maka jadilah pantai Timur Borneo menjadi hak milik kepada Kesultanan Sulu pada tahun 1662.

5. Pada awal tahun 1760, satu perjanjian telah ditandatangani di antara Alexander Dalrymple dengan Kesultanan Sulu bagi membuka pangkalan perdagangan Syarikat Hindia-Timur British di Pulau Balembangan. Pulau Balembangan terletak kira-kira 20 batu dari utara Kudat. Kemudian nama Pulau Balembangan telah ditukar kepada Felecia Island. Setelah bertapak buat seketika akhirnyaSyarikat Hindia-Timur Bristish pada tahun 1805 meninggalkan Pulau Balembangan kerana dikatakan tidak membuahkan hasil seperti yang diharapkan.



6. Pada tahun 1878, Baron Gustavus Von Overbeck, Konsul Jeneral bagi empayar Austro-Hungarian yang berpangkalan di Hong Kong telah membuat perjanjian dengan Kesultanan Sulu untuk menyerahkan hak tanah di bawah kuasa Sultan Sulu kepada Syarikat Overbeck. Perjanjian ini telah memberikan Sultan Sulu mendapat $5,000 setahun daripada Syarikat Overbeck. Nilai $5,000 adalah nilai dalam dollar Mexico yang mana pada ketika itu bersamaan dengan nilai emas.

7. Pada tahun yang sama, Syarikat Overbeck telah mengalami masalah kewangan teruk dan akhirnya memohon bantuan kewangan daripada Alfred Dent, seorang jutawan British pada masa itu. Alfred Dent telah sanggup membantu dengan bersyarat iaitu hanya wakil British dibenarkan untuk menguasai perniagaan di Sabah. Akhirnya Baron Gustavus Von Overbeck yang berbangsa Austria telah menyerahkan keseluruhan perniagaannya di wilayah Sabah kepada Alfred Dent untuk diuruskan. Disinilah bermulanya pengaruh Syarikat Berpiagam Borneo Utara keatas tanah jajahan kerajaan Sulu di Sabah.

8. Pada tahun 1888, Syarikat Berpiagam Borneo Utara , Negara Sarawak dan Negara Brunei telah menandatangani satu perjanjian dengan Kerajaan Mahkota British iaitu menjadikan ketiga-tiga negara ini menjadi negara perlindungan bagi Kerajaan Mahkota British. Perjanjian ini akan memastikan bahawa tiada mana-mana negara di antara ketiga-tiga ini akan meluaskan empayar negara masing-masing dan sekiranya berlaku sesuatu peperangan maka mereka akan membantu di antara satu sama lain.

9. Semasa Perang Dunia Ke-2 iaitu semasa Jepun mulai meluaskan kuasanya ke Asia Tenggara, Sabah juga tidak terkecuali mendapat tempias sehinggakan ianya telah mengalami kemusnahan yang teruk. Syarikat Berpiagam Borneo Utara telah tidak mampu untuk membangunkan Sabah pada masa itu jadi pada tanggal 15 Julai 1946, Sabah secara rasminya telah diberikan kepada Kerajaan Koloni British dan menjadi jajahan takluk British. Sepanjang menjadi jajahan Syarikat Berpiagam Borneo Utara dan juga Koloni British, harga pajakan Sabah sentiasa dibayar kepada kerajaan Sulu.



10. Setelah Sabah merdeka pada 31 Ogos 1963 dan bergabung membentuk Federasi Malaysia bersama-sama dengan Sarawak dan Malaya serta Singapura (Singapura keluar pada tahun 1965), tugas untuk membayar kepada Kerajaan Sulu juga berpindah tangan. Saban tahun Kerajaan Persekutuan Malaysia tetap membayar Kerajaan Sulu sebanyak RM5,300.00 (Ditambah RM300 oleh Kerajaan Malaysia) juga bagi mematuhi Perjanjian 1878. Terdapat klausa di dalam Perjanjian 1878 yang menyatakan bahawa sewaan ke atas Sabah harus dibayar sehingga tidak ada matahari dan bulan ataupun pada ertikata sebenar “Sewaan Sampai Kiamat”.

p/s : Sekadar bacaan.. Kebenaran tak dapat dikenalpasti..Hanya pakar sejarah yang dapat menerangkan perkara sebenar..
 
Sumber : Here

48 comments:

bukhairy said... Best Blogger Tips

jd knpe indon menuduh kite pencuri?tanah kite bayar sewanye??klu mencuri,xkn kite bayar sewanye...

Anonymous said... Best Blogger Tips

tp klu btl ikut yg dibaca ni... mmg sultan sulu 2 tamak haloba.. jual negara kt org len.. nk senang diri sendr.. xpk rakyat.. mmg bodohla.. skg nk terhegeh2 apa plak.. dapat pastu jual lg...

Anonymous said... Best Blogger Tips

tp xsure kan byr ker x? aku rs xppt bayar..... nmpk sgt sultan sulu 2 nk utk kepentingan dri sndr

Anonymous said... Best Blogger Tips

bkn kt atas tu ckp sewa ke?yg korg ckp jual ni x bc btul2 ke?haha lawak

fox said... Best Blogger Tips

msia x anggap bayaran tu sbg sewa. tp lebih kpd pampasan klu x silap. dan kpd bukhairy sulu bukan indon lol

Anonymous said... Best Blogger Tips

sebenarnya bayaran yang dibuat tu lebih kepada bayaran ehsan sebab apa?

sebab perjanjian sewa itu diantara kerajaan british dan kesultanan sulu..Malaysia yang ditubuhkan pada Tahun 1963 tak pernah buat apa2 perjanjian dengan sulu.

secara logiknya,perjanjian diantara sultan sulu dan british dah lama reset sejak british menyerahkan sabah dan sarawak kepada kerajaan Malaysia.

so apa yang ada tu hanyalah sekadar ehsan,orang2 sulu ni hidup merempat..ditambah pula negara kita amat menghormati instituisi diraja tambahan mereka juga satu agama..sebab itu bayaran terus dibuat atas dasar hormat.

naim harun said... Best Blogger Tips

Tukaq... tukaq kerajaan.... tukaq kerajaan Sulu... yes tukaq.... :(

Anonymous said... Best Blogger Tips

Ini semua angkara Illuminati dan freemason kuffar yang sedang menanti perpecahan umat Islam di rantau nusantara ini sebab dengan keterlibatan merekalah semua masalah ini timbul,ingat lah mereka hanya menunggu masa untuk mengambil peluang ini..lihat lah dinegara timur tengah sekarang ini dengan keterlibatan mereka semuanya musnah perpecahan umat berleluasa. Ambillah pengajaran semua ini wahai umat Islam sedarlah kita sebenarnya tertipu dengan muslihat mereka..ini adalah perancangan sulit elit mereka,para penjajah dulu yang terlibat britain,sepanyol,amerika di filipina suatu masa dulu langsung tidak ada tanggungjawab mereka dlm hal ini padahal memang mereka terlibat semuanya...sedarlah sekarang ada pihak yang merancang disebalik situasi ini,umat Islam tidak akan dpt dikalahkan melainkan timbulnya perpecahan didalam kalangan mereka sendiri...(perang saudara)

Carlos Santiago said... Best Blogger Tips

Semua perancangan iluminati. Sama seperti sejarah kerajaan Pattani. yang lenyap terus

#IKLAN BUKU SEJARAH TIPU


Anonymous said... Best Blogger Tips

kalau artikel ni dibawa ke mahkamah dan diputuskan sulu berhak atas sabah.. maka secara otomatiknya sultan johor boleh berikan perjanjian tanah british singapura selama 50tahun tu.. otomatik singapura dalam msia..
semua dh x relevan..

Anonymous said... Best Blogger Tips

haha...betul gak tu....klau sulu nak ambik sabah, johor ambik singapore...........

Anonymous said... Best Blogger Tips

Soalannya mengapa sekarang? kena tak tuntut masa tahun 1534 dahulu! sekarang nak tuntut pula dgn bawa "lanun-lanun" yang kononnya tentera diraja Sulu. Ye, aku faham maksud "Pajakan" tapi kalau betul Sabah milik kerajaan Sulu, sila tuntut cara bertamadun. Bawa ke ICJ, international Court of Justice, kenapa cara berperang. Sedih aku tengok budak 5 thn yang kehilangannya ayahnya.

Anonymous said... Best Blogger Tips

korang luah kat sini pun xleh pun xleh tlg ape2.. so stop komen pjg2 just layan je ek... pppprrruuttt...

Anonymous said... Best Blogger Tips

dari lahad datu ke liang lahad. Bertempur sehingga ke penghabisan. Doaku buat rakan seperjuangan. Moga kita beroleh kejayaan.

Anonymous said... Best Blogger Tips

info yg aku dpt, mreka ni dtg bknnya nak tuntut sabah...apa yg aku tau, mereka cuma mintak 2 benda, Pertama agar ketenteraan mereka diakui sebagai tentera diraja kesultanan sulu dan kedua agar supaya semua keturunan sulu yang telah lama tinggal di Sabah supaya jangan dihantar ke negara asal...cumanya, mereka dtg dgn saluran yg tidak betol..pastu menambah huru hara lagi dgn membawa senjata api..

Anonymous said... Best Blogger Tips

kes yang sama yang berlaku antara Kedah & Penang. Seberang Prai adalah hak milik Kedah sehingga hari ni. Hasil mahsul Seberang Perai diambil, tapi bayar kepada Kedah sedikit sangat.

Anonymous said... Best Blogger Tips

Bodoh punya anon atas tu , Naim Haron - x bersyukur dengan Nikmat negara sendiri ..hantar g Afganistan baru tau ..." Bodoh Sombong "

Anonymous said... Best Blogger Tips

Ada masalah besar dgn teori admin ni
1. Referendum pd 1960an pungutan suara utk rakyat mahu Menyertai Malaysia atau tidak atau menubuhkan kerajaan sendiri atau mahu bergabung dgn Filipina. Sejarah ini jelas dan semua tahu. Kerajaan Filipina yg . x puas hati.itu pon sudah menunjukkan putus pertalian d antara sulu dan sabah sb kesultanan sulu pon berada bwh naungan filipina.
2. Jika ada pon doc. tuntutan keatas sabah ia telah dicuri oleh komando malaysia dan dimusnahkan.ia cerita benar dan bukan rekaan.
3. Jika sultan suku tu beriya sekalipun,dia bukan lg berstatus kesultnan berdaulat malah bwh naungan negara filipina.jika nk kata sabah bwh sultan sulu dan seterusnya atau sebenarnya bwh filipina pon,nk bawa ke court antarabangsa,wajarkah mahkamah membenarkan seseorg yg diragui status daulatnya,xde negara,nk tuntut negara yg merdeka?
4. Mana nk batalkan pungutan suara yg dibuat oleh PBB pula tu?kelak seluruh dunia kemudian blh membatalkan SEMUA PERJANJIAN PBB.jadi PBB pon invalid!haru seluruh dunia.
5. Kalau lanun blh tuntut..maknanya institusi lanun itu adalah sah disisi undang2 antarabangsa dan smua undang2 laut dunia perlu dikaji semula!
6.maknanya....pembunuhan lanun2 juga adalah salah kerana lanun juga merupakan masyarakat antarabangsa.
7.semua lanun blh menuntut hak keatas negara lain selepas ini.
8. Jadi,ada byk sb knp jln mcm mana sekalipon lanun2 setan ini xkan dpt sabah,tp depa dtg jugak...knp?mereka tau mereka xde peluang pon dtg cni...
9. Surat letterhead sekarang semua org blh buat..sedangkan indon pon blh palsukan ic.

Anonymous said... Best Blogger Tips

BEREBUT TANAH. BEREBUT KUASA. BENCI SUNGGUH I

Anonymous said... Best Blogger Tips

pape pun najib ttap bodoh

Anonymous said... Best Blogger Tips

@AnonymousEngkau lagi bodoh cakap perdana menteri begitu. Tak sedar diri. Tak bersyukur. Dah dibagi kesenangan engkau hina2 begitu pulak? Dasar bodoh.

Anonymous said... Best Blogger Tips

Knp plak tiba2 Indonesia?

Anonymous said... Best Blogger Tips

Wang cession tu bukan pajakan la admin..nama pon cession..bukan lease...situasi ni sb kerajaan atas dasar sendiri bg saguhati walopon hub. Sultan sulu dah terputus hub. dgn sabah.sultan sulu yg ade skrang pon x diiktiraf oleh kerajaan filipina.cessation ni ada d mana cth negeri Amerika membayar kpd Rusia kerana pemberian Alaska...

Anonymous said... Best Blogger Tips

Ini semua POYO

-Anwar Ibrahim-

Unknown said... Best Blogger Tips

ni semua salah madey..bg ic dulu...punca nyee madey la....sebb nk menang pru12 yg lalu bg ic kt pendatang....nahh skrg rase la...minta yg macam2 dulu di janjikan...hakkkkktuihhhh

Anonymous said... Best Blogger Tips

aku orang sabah.. sebelm kes di lahad datu, sememangya ramai org pilipin(pilak) yg ada disabah.. deorg siap boleh bniaga lagi.. dapt rumah,Ic,dan pelbagai kemudahan yg sepatutnya dimiliki oleh rakyat sabah tp mereka yg dapat. yg mnhairankan siapa yg benarkan mereka mnapak di sabah? siapa yg bg IC?

jika di kawansan inanam, terdapat berpuluh pkampungan Pilipin yg tggu masa saja utk membenrontak meyokong sultan sulu.

Anonymous said... Best Blogger Tips

aku nak roti bom.. KITA MENANG!! monyet, monyet, monyet,.. pondan, pondan, pondan!!

Anonymous said... Best Blogger Tips

ini kerana semua rakyat malaysia sudah tidak bersatu hati lagi... perpecahan orang islam sangat ketara pada masa kini, jadi mudahlah orang asing untuk menambah dan mengharu birukan malaysia... kerana malaysia terkenal dengan negara aman damai.. kafir laknat, syaitan bertopengkan manusia menunggu saat kehancuran malaysia, kerana malaysia satu2nya negara islam yang kukuh ekonomi, harmoni dan aman. semua ini berlaku kerna pasti ada tali barut kafir laknat yang membantu untuk menjatuhkan malaysia atas kepentingan diri masing2

Tian Chua said... Best Blogger Tips

Semua ini hanya konspirasi dan sandiwara terancang UMNO!

Anonymous said... Best Blogger Tips

listen...listen...listen...so kita listen jew pe org kat atas ni komen....ok x kawan2 kat bawah ni???

Anonymous said... Best Blogger Tips

Confuse aku...memang tiba2 lak stress melepak kat blog nih...cayalaaaaaa...memang berjaya buat org stress...Hahaha...apepon aku setuju dengan statement "kenapa baru sekarang nak tuntut" ...ehmmm...korang taulah kannnn...Sabah kaya bahhhh....

Anonymous said... Best Blogger Tips

sbp diorang pun berangan nak diiktiraf status bumiputra..korang setuju tak bangsa bukan orang asal sabah jadi pengarah tanah sabah.sehubungan itu maka beranilah bangsa bukan orang asal ini dirikan rumah-rumah dan kebun-kebun sawit di kawasan tanah yang sepatutnya milik orang asal sabah.sbg contoh,lihatlah di tepi-tepi jalan dari Telupid hingga ke tawau tu..kalau kau adalah orang asal sabah tentu saja kau terkesima dg pertumbuhan pesat mereka ini yang ada orang besar dlm pentadbiran kerajaan sabah..

Anonymous said... Best Blogger Tips

sbp diorang pun berangan nak diiktiraf status bumiputra..korang setuju tak bangsa bukan orang asal sabah jadi pengarah tanah sabah.sehubungan itu maka beranilah bangsa bukan orang asal ini dirikan rumah-rumah dan kebun-kebun sawit di kawasan tanah yang sepatutnya milik orang asal sabah.sbg contoh,lihatlah di tepi-tepi jalan dari Telupid hingga ke tawau tu..kalau kau adalah orang asal sabah tentu saja kau terkesima dg pertumbuhan pesat mereka ini yang ada orang besar dlm pentadbiran kerajaan sabah..

Anonymous said... Best Blogger Tips

selain bangsa sulu yang nak diiktiraf di sabah, bangsa bugis juga mau diiktiraf jadi bumiputra sabah..jd tak hairanlah klu satu masa nanti mungkin boleh terjadi tuntutan serupa..mungkin kita sbg orang asal fikir2 lah tentang fenomena ini..

Anonymous said... Best Blogger Tips

sejarah Brunei ;ada yg mengatakan bantuan Sulu tak pernah sampai dan mereka ambil balik.apapun saya lebih percaya sejarah Brunei Dari Cerita Sulu .kerana sejarahnya meliputi borneo dan filipina

Anonymous said... Best Blogger Tips

saya pun pernah terbaca dalam sejarah brunei mengatakan bantuan sulu tidak pernah tiba. orang2 sulu telah bersembunyi di pulau berhampiran pulau chermin dan hanya memerhati pahlawan brunei bertempur. apabila akhirnya brunei menang dan balik untuk melaporkan kepada sultan brunei, barulah sulu yang bersembunyi tadi keluar untuk mengambil harta peninggalan orang2 d pulau chermin untuk di bawa balik ke sulu. pada masa yang sama mereka juga telah membawa wanita dan kanak2 untuk di persembahkan kepada sultan sulu.

Anonymous said... Best Blogger Tips

Assalamualaikum... Bagi saya la apa yg berlaku ke atas sabah nie memberikan hikmah yg besar kpd dri kt sndri.. Harus kt sntiasa ingat Janji ALLAH S.W.T kpd kt akhir zaman yg semakin mghampiri.. Perebutan kuasa dikalangan orang2 Islam sendiri. Pernah dengar tak Yahudi Israel skrg sdg ingin membina 1 Empayar yg dipanggil Pemerintahan dunia baru.. Bila orang2 Islam sdg sibuk berperang n menjatuhkan 1 sm lain maka disitulah Mereka berganding bahu memerangi orang2 islam yg lemah krn tdk bersatu. Semuanya disebut dalam kitab AL-QURAN NUR KARIM. Mungkin,kita berada dipertengahan akhir zaman dimn org2 islam kalah dlm peperangan spt yg diceritakn dlm AL-QURAN. Persiapkn diri kt dgn amalan2 yg baik n mulia.. Bila negara Palestin hilang dari peta dunia huru hara paling besar sdg menanti kt..
Wallahu Alam..

Anonymous said... Best Blogger Tips

saya suka lg kat sarawak.... X da pti klu kat sabah nie tgk ja kat kanan pti tgk kiri pun pti jarang la tgk org Sendiri.....

Anonymous said... Best Blogger Tips

orang sulu ni memang celaka macam haramjadah, salah satunya seorang kerani betina di salah sebuah sekolah di sabah memang jahat sangat perangainya. kakak aku kerja guru di sabah beberapa tahun lepas, pastu dapat tukar gi sekolah di semenanjung.

Kakak aku nak minta claim elaun dan gaji tertunggak dan terpaksa ambil dokumen dari betina haramjadah ni tapi habuk satu sen tak dapat. dia punya dengki siap kata awal2 kat kakak aku takkan dapat punya,kakak aku minta dia poskan dokumen berkaitan tapi sampai 6 bulan kakak aku terpaksa kerja tanpa gaji. takut si betina sulu ni bomohkan kakak aku terpaksa diam sahaja tanpa ambil tindakan. jahat punya orang sulu ni, salah seorang kenalan aku kerja penguatkuasa mati selepas pulang dari memberi keterangan terhadap penangkapan salah seorang penjenayah sulu ni. dia mati disantau malah masa nak beri keterangan di mahkamah sabah dia telah menjadi bodoh kerana dibomohkan geng2 sulu celaka ni.


Aku hairan kenapa kerajaan barisan nasional ni nak takut sangat pada rakyat sabah keturunan sulu ni, pada aku diaorang takut kerana ada kepentingan malah diaorang telah mempergunakan mereka ni untuk kemenangan pilihan raya.

Paling aku marah sebab pemimpin bn ni sangat keji sanggup hantar guru tempatan dari semenanjung ke sabah dan sarawak sedangkan banyak lagi rakyat sabah dan sarawak yang boleh mengajar di negeri mereka! Berapa banyak perlu lihat orang semenanjung dirogol atau dibunuh dan dikasari orang sabah dan sarawak secara halus guna bomoh yang anti orang semenanjung bila mereka tak suka kat seseorang tu?

Anonymous said... Best Blogger Tips

aku sedih betul baca komen2 yang berunsurkan negatif nih. kalau korang nak komen perkara negatif sila hentikan niat "murni" korang tuu. kalau dibandingkan pemikiran korang dengan haiwan, haiwan dekat atas korang dekat bawah tau. sudah2 la tuu..

limpasdulu vlog said... Best Blogger Tips

saudara, tolong tarik balik kenyataan anda. kes rogol dan ilmu hitam bukan hanya berlaku di sabah sahaja ianya berlaku di seluruh dunia. kenyataan anda seolah olah orang sabah seperti saya ini tak pernah masuk Universiti of Cambridge jer.

Anonymous said... Best Blogger Tips

hello bro.....kalu lu pandai kutuk pemimpin, lu jadi la pemimpin bg handle negara ni....

pasal kes guru smjng keje kat sabah/sarawak kene bunuh, rogol n dikasari tu jgn nk dijadikan sebagai isu yang lu benci dgn orag sabah/sarawak

tanpa org sabah sarawak, tanah semenanjung xkan merdeka pd 31 Ogos 1957...

walau pn sabah n sarawak tak masuk ms'a lagi pada masa tu...tetap kami bantu masa tu...

kalu sabah n sarawak keluar m'sia, nescaya blh hidup punya......

lu fikir la kwn nk komen jgn main hentam je...sembang jgn srupa anjing...guna kelebihan otak yang tuhan bagi tu utk berfikir benda yang elk....

Anonymous said... Best Blogger Tips

Pahlawan sabah adalah org suluk mat salleh .malaysia sendiri yg iktiraf dan bapa kemerdekaan sabah adalah tun datu mustapa adalah suluk ...tun datu mustapa adalah org pertama yg bergelar yg di pertuan sabah dan ketua menteri sabah adalah tun fuad org kadazan&dusun...klo kmo org sabah btul msti tau ini ....klo ndh taw jgan pernah menggaku org sabah .....

Anonymous said... Best Blogger Tips

btul ckp anon 22:11
aku suku 'bajau sama' mengaku suluk tidak dapat dipisahkan dari sabah sbb ada antara tokoh yg berjuang utk sabah adalah bangsa suluk tp tidak dinyatakan dalam buku sejarah malaysia.

Anonymous said... Best Blogger Tips

Jikalau bukan bangsa bangsa suluk ni malaysia pun tak wujud.bapak malaysia aruah tun mustapa, sultan jamalul kiram 2 mangkat di pulau pantau2, semporna .makamnya ada di sana yg kerajaan malaysia sendiri tak berani nak iktiraf.

Safdi MG said... Best Blogger Tips

Suru bn usir pti tu, bn pnya pti tu.. Pilak..

Unknown said... Best Blogger Tips

Ini aq sokong. hal keraytan sabah hnya utk rakyat sabah. Bkn utk rakyat lain.

Barnham Phillaric said... Best Blogger Tips

Sulu Dari awal ingin Menjajah Brunei namun Sulu tak sanggup kerana kerajaan Brunei pada masatu besar Dan kuat lebih2 lagi Angkatan perang Brunei pada masatu biasa sudah mengunakan Meriam Dan Senapang

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...