Kongsikan Entri Kami

Monday 25 February 2013

OMG : Ribuan Bebola Jeli Ungu Misteri Ditemui Di Arizona (4 Gambar)


Penduduk tempatan di daerah Tuscon bingung dengan kemunculan ribuan bebola kecil berwarna ungu yang muncul di tengah-tengah padang pasir Arizona.

Geradine Vargas dan suaminya dikatakan telah menemui benda aneh itu pada Ahad lalu ketika sedang bersiar-siar.

"Kami telah mengambil gambar di sekitar kawasan dan kami hanya..Maksud saya, bagaimana awak boleh terlepas yang ini?" kata Geradine. "Ia seperti berkilauan di bawah cahaya matahari".

"Ia merupakan perkara yang tidak pernah dilihat oleh awak sebelum ini". Sesetengah bebola tersebut kelihatan berair dan ada diantaranya pula kelihatan lutsinar.

"Kami telah mengirimkan email kepada seorang kawan yang juga seorang pakar zoologi, tetapi dia juga tidak tahu apakah benda itu" ujar Geradine kepada seorang pemberita KGUN-9. "Maksud saya, dia sendiri tidak dapat mengenal pasti asal-usul benda tersebut"

Pihak pemberita memeriksa bebola aneh berkenaan dan melaporkan bahawa ia kelihatan seperti 'guli yang melekit dan mengeluarkan air apabila dipicit'.

Darlene Buhrow, pengarah pemasaran untuk Tuscon Botanical Gardens berkata bahawa selepas bercakap dengan pihak yang juga ahli botani berpengalaman, jika bebola tersebut merupakan suatu yang semulajadi, ia boleh jadi terdiri daripada sejenis kulat.

Ada yang mengandaikan bahawa bebola tersebut merupakan salah satu produk daripada Deco Beads yang direka dan kelihatan seperti bebola kecil berisi air yang berfungsi bagi mengelakkan tumbuhan daripada terhidrat akibat kekurangan air. Walaubagaimanapun, ia sedikit pun tidak dapat menjelaskan kenapa ia diletakkan dalam kuantiti yang banyak di padang pasir.






p/s : telur alien kut.. hoho

Sumber : Here

6 comments:

Anonymous said... Best Blogger Tips

1st

Anonymous said... Best Blogger Tips

bukan kat malaysia ada orang bela ke benda ni. dia cam membiak

Unknown said... Best Blogger Tips

hahaha! Crystal Baby ker?

INFO:CARA MENGETAHUI AIR MANI WANITA KELUAR!
DEFUQ:VIDEO SATU KELUARGA MENCURI BERJEMAAH!
FUYOH:KOLEKSI GAMBAR EMMA MA'EMBONG HOT SEKSI SEPANJANG ZAMAN!

Anonymous said... Best Blogger Tips

alaa...jeli yg mcm ade kat msia ni gak..dyorg je yg jakun...hahaha

Anonymous said... Best Blogger Tips

byk la ko membiak..ko ingt ni binatang?macai2..
tukaq kerajaan

naim harun said... Best Blogger Tips

Sperti yang asmin bagi tau benda tu adalah `Deco Bead' yang telah diharamkan penjualannya di Malaysia(Sebab bebudak fikir itu jeli). Mungkin adalah sesiapa tah buang atau terbuang sebuk Deco Bead tu ketika lalu kat situ. Bila malam hari embun yg turun terserap kat benda alah tu...lalu :)

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...