Kronologi:
- Akhir tahun lalu gerakan Kesultanan Sulu Darul Islam yang dipimpin oleh Sultan Bantilan Muhammad Muizzuddin II di Jolo Sulu telah diberikan laporan dari Tawi-Tawi bahawa ada satu gerakan bersenjata sedang berlatih dengan keahlian lebih kurang 400 orang lelaki. Mereka ialah gerakan keluarga Punjungan Kiram dari Pulau Simunul menurut laporan tersebut.
- Sultan Bantilan II kemudian mengeluarkan kenyataan kepada wakilnya di Tawi-Tawi agar tidak melibatkan diri dengan mana-mana pihak bersenjata. Maka sekiranya ada ahli SSDI (Sultaniyah Sulu Darul Islam) yang terlibat maka SSDI berlepas diri dari sebarang tanggungjawab, yakni SSDI tiada kaitan dengan mereka.
- Sultan Bantilan II juga menghantar mesej ke Sabah khusus kepada ahli SSDI yang sedang bekerja di sana agar memastikan ahlinya tidak terlibat dengan sebarang gerakan bersenjata. Sekiranya ada minta dilaporkan ke Istana seberapa segera. Kerana menurut pandangan Sultan Bantilan, kemungkinan gerakan bersenjata KIRAM tersebut adalah untuk sabotaj gerakan Kesultanan Sulu (SSDI).
- Tiga hari sebelum pihak bersenjata KIRAM masuk ke Lahad Datu, Sabah, Istana Sultan Bantilan II di Jolo mendapat maklumat bahawa ada dua bot besar sedang bersiap menuju ke Sabah sarat dengan senjata berat dan dikatakan punya misi untuk berperang.
- Menurut laporan dari Tawi-Tawi mereka ini ditertawakan oleh para penyokong Sultan Sulu lain kerana menurut mereka mana mungkin dengan hanya dua bot sebesar itu dan tentera yang bilangannya boleh dibilang dengan jari kaki dapat menewaskan tentera Malaysia yang serba lengkap itu. Mereka dianggap bunuh diri. Bagi Sultan Bantilan di Jolo pula, gerakan bersenjata KIRAM ini ada pihak yang lebih besar main dibelakang mereka.
- Kemudian beberapa hari kemudian mereka telah sampai ke Lahad Datu yang menurut laporan mereka sampai dulu di Felda Sahabat 17. Dari dua bot itu yang satu telah berjaya dipintas malah dikatakan telah karam. Manakala yang satu lagi berjaya mendarat dan terus berkubu.
- Menurut laporan dalam kumpulan Kiram itu terdapat seorang lelaki berkulit putih memakai baju celoreng. Pelbagai spekulasi timbul selepas itu berkenaan kehadiran lelaki kulit putih tersebut dalam kumpulan penceroboh itu. Namun menurut Sultan Bantilan II di Jolo, SSDI tidak boleh mengeluarkan kenyataan spekulasi berkenaan kehadiran kulit putih tersebut kemungkinan hanyalah rekaan untuk mengaiktan pencerobohan itu dengan tentera Balikatan USA yang sekarang sedang berkubu di Tawi-Tawi dan Jolo.
- Lahad Datu tiba-tiba kecoh bak diserang garuda. Huru-hara dari pasar ke kampung-kampung. Ada yang yang seperti meracau tak tentu pasal kerana berasakan Lahad Datu bakal menjadi medan pertempuran ala filem Holywood. Dikhabarkan dari saksi mata, bahawa mereka yang berkubu di Lahad Datu itu memang nekad dan sarat dengan senjata berat. Mengambil posisi strategik dan nampaknya mereka seperti sudah biasa berperang. Almaklum latihan tentera mereka berbulan bulan sejak tahun lalu.
- Ada laporan sebahagian mereka itu adalah bekas tentera MNLF yang sudah lama mufarakah dari MNLF. Mereka adalah dari suku Tausug yang GAGGIL (degil) dan selalu melanggar arahan ketua. Menurut saksi mata yang telah ambil video sebagaimana yang dilaporkan dalam Facebook wajah-wajah mereka seperti sudah hilang seri walau pun kelihatan menakutkan. Hilang seri seperti tanda bahawa mereka bakal mati katak di tangan tentera Malaysia. Rambut sebahagian mereka panjang sebagai melambangkan kepahlawanan Tausug yang walau pun nampak kalah secara lojik namun dianggarkan dapat bertahan berbulan bulan malah mungkin bertahun. Mereka dapat bertahan begitu kerana mungkin berjaya berenang larikan diri semula ke pulau Tawi-Tawi. Selamat.
- Malaysia nampaknya panik seketika. Pelbagai tuduhan dan spekulasi bergema di mana-mana. Ada yang buat sepekulasi bahawa tentera penceroboh itu diatur oleh Kerajaan BN-UMNO sendiri untuk mnejadikannya hero lantaran itu pengundi KDM pun akan kembali menyokong BN. Ada pula spekulasi yang menyatakan bahawa itu adalah perancangan PKR untuk memburukkan kerajaan BN. Ada yang kata ia perancangan USA-Filipina untuk dapatkan semula Sabah demi Minyak di Laut Sulu dan Spratly. Ada yang katakan bahawa kemungkinan ia adalah kerja MNLF dan ABU SAYYAF kerana marah pada Malaysia yang menyokong MILF dalam perjanjian damai tahun lalu. Ada juga yang kata ia dilakukan oleh kumpulan politikus dari Filipina untuk dapatkan pampasan demi menampung kos kempen pilihanraya ARMM tidak lama lagi di Sulu-Mindanau.
- Akhirnya bocor rahsia setelah tunggang-langgang mencari jawapan, bahawa mereka itu adalah tentera KIRAM yang kemudian didapati mereka seperti ditipu dengan janji-janji pelik. Kemungkinan besar ada yang dijanjikan tanah seluas beribu ekar, ladang kelapa sawit berhektar, dan mungkin ada yang dijanjikan dengan hanya diberikan seluar LEVI'S 501. Yang lebih pelik kedengaran janji bahawa mereka kalau dah sampai ke Sabah, wakil Inggeris sedang sedia dengan berguni USD untuk diberikan kepada mereka. Nampak seperti bergurau dan melucukan. Mungkin saja benar mungkin saja tidak walau pun mungkin terbukti mereka dihantar untuk dijadikan umpan untuk dibunuh oleh MALAYSIA.
- Nyata sekali mereka adalah perangkap kepada MALAYSIA menurut analisis alternatif di tepi jalan. Mereka yang masuk kelihatan sedikit dan senang dimakan, namun ia bahaya sebagaimana bahayanya ikan buntal yang kecil tapi jerung pun takut termakannya. Sebesar mana pun ikan jerung dengan gigi semula jadi tajam namun takut termakan ikan buntal.
- Mereka berkata, kalau Malaysia lepaskan tembakan dan berjaya membunuh mereka maka PASUKAN YANG LEBIH BESAR akan datang. Ikan-ikan buntal yang datang kemudian ini akan dilemparkan ke seluruh pantai timur Sabah. Namun, kalau Malaysia berjaya menghalau mereka secara aman tanpa berlaku apa-apa. Nyata sekali misi ikan-ikan buntal akan gagal.
- Sultan Bantilan II di Jolo sebagai ketua gerakan SSDI yang bergerak secara aman tanpa senjata, menyeru saudara-saudara seagama di Malaysia agar cepat memformasikan satu jawatankuasa bertindak dengan menghimnpun sejarahwan Malaysia dan Sulu. Duduk semeja memandang positif kepada gerakan Kesultanan Sulu secara aman ini. Malaysia harus bertindak dahulu sebelum ia berlarutan menjadi benda lain. Gerakan Kesultanan Sulu semakin mendapat tempat. Kiram walau pun tindakannya kali ini sangat menjadikannya tidak popular malah menjadikannya sebagai keluarga kesultanan Sulu yang selamanya melakukan kesilapan. Namun sekurang-kurangnya tindakan subersif KIRAM ini dapat membuka mata Malaysia betapa masanya sudah tiba untuk MEMBICARAKAN KESULTANAN SULU.
Al-fadhil Ustaz Hj Abdul Halim Abbas Kedah memberikan ceramah di Lahad Datu pada tahun 2005. Beliau adalah guru perjuangan kepada Sultan Bantilan II. Ustaz senantiasa menjadi penasihat kerohanian Sultan Bantilan II walau pun Baginda Sultan berada jauh di Jolo Sulu Darul Islam. Ketika ceramah ini sedang berlangsung, Sultan Bantilan II berada di sisi Ustaz Hj Halim yang ketika itu Baginda hanya dikenal sebagai DATU LADJAMURA BIN DATU WASIK ARANAN PUYO.
p/s : Apa pendapat korang?
Sumber : Here

29 comments:
mudahan semua org kt lahad datu selamat
1st!!!!-warhead
Dorang islam kan???
Ya..dorg Melayu Islam..
Baru aku tau The Great Sallahudin ni asal dari kaum kurdi...
tolong post bnyk lg.pasal kes ni...law boleh perkmbngan.semasa skali...
semoga warga malaysia selamat.....
Si jamalul kiram ni memang gila kuasa,tapi bila sebut soal kesultanan sulu..Terlalu ramai yang mengaku sebagai pewaris sah kesultanan sulu.
sebut je,dari kepulauan sulu(ofcoz lah),seluruh filipina,sabah,kuala lumpur,australia hingga ke hongkong semua pakat mengaku mereka pewaris sah kesultanan sulu.
secara sejarahnya,kesultanan sulu dah lama hancur start penjajahan sepanyol dan dihancurkan tiada bersisa selepas Amerika menjajah filipina..So secara logiknya..Kesultanan sulu dah lama jadi sejarah macam kesultanan Melaka.
Bagi aku,inilah klaim terbodoh yang pernah aku jumpa..disebabkan klaim bodoh ni..15 penganut agama Islam mati konyol bertempur sesama sendiri.(baik dari pihak Malaysia dan Sulu)
Takziah untuk kedua belah pihak..Aku harap Allah cepat turun Bala kepada si jamalul kiram si bangsat laknat.
kenapa la nak runding dengan sultan palsu ni??
ada hati nak tuntut sabah..tempat sendiri pun huru hara.
Semoga Allah selamatkan bumi Sabah..
Moga keadaan d ld akan beransur aman.amin.. Td la sya dngar tntg sejarah kesultanan sulu ni.crta ni sya dngr dr orgsuluk@tausug sndri. Dia ckap kesultanan sulu ni hidup miskin.mine ckiram tu la. Napa pula mengaku yg sabah ni milik dia. Sabah ni da jdi milik malaysia la secata mutlaknya. Sepatutnya c kiram ni bersyukur la..pengikut dia dapat pekerjaan di sabah ni. N ada jga yg da dpat kewarganegaraan dcni. Dasar ow.. Gila harta ma kuasa.. Cukup2 la tu ketua tausug..terima la.hakikat tu yg sabah ni da jdi milik malaysia.!
berbelit-belit jugak ceritanya
Kepung kumpulan tu. Jangan ada yang masuk atau keluar. Supaya tak dak benda nak makan. Bila bekalan makanan habis. Dia orang lemah dan akhirnya terpaksa menyerah kalah. Teknik ini diberitahu oleh pakcik aku masa dia lawan komunis di gua musang. Kisah benar ni. Apa-apa pun kita serah kepada yang berwajib untuk selesaikan. :)
sebenanye combi xbrapa phm..tp harap semua lembali sedia kala :(
macam-macam spekulasi di dengar...huhu apa-apapun pray for the best
Kill all the intruder.... ingt mlysia ni ayam1 ke ... dah ceroboh msuk ingat senang2 ke dpt keluar....
@Anonymous
itu lah... kemungkinan seperti kata penulis... maybe ade campor tangan org putih.. yang ambil kesempatan dengan duit.. sesapa yang terdesak mungkin akan terikut..janji -2 ditaburi dulu..
hangpa sumer dah dgr komen abby abadi? perghh.. islam btul dia sekarg..
Tak berapa fhm ceritanya...
Ini semua POYO
-Anwar Ibrahim-
pengikut kiram..kau duduk diam2 sudah betol...kau ni jgn nak rosakkan negara lah sibat....jgn la di sbbkan gila kuasa sultan kau,org awam terbunuh..otak ade pikirlah...!!!!!!!mati baik korg ni
askar sulu ne kt mana2 sabah dh ada muncul..susah hati dibuatnya
mn anonymous yg slalu sgt kate nk bebaskn sabah from Malaysia? why senyap bl blku kt sabah mcm ni?pergi la perjuang kn tanah tumpah kamu tu...jgn hanye pndai cakap nk bebas...tgk ape yg blaku...kesian pd pejuang2 negara yg da tkorban sebab pertahankn sabah dari ancaman luar...
Gempur kita gempur!!
Ini rumah kita
Dah maju Sabah...baru nak sibuk ambik Hak tuntutan...Napa dulu x ambik..dah tua baru nak rampas...wahai warga kiram....harta x boleh d bawa mati...tuntutlah agamamu kerana dunia kita adalah akhir zaman....x perlulah nak rampas itu ini....
@Anonymous
mudah-mudahan also.
Kalau anda tidak keberatan, bolehlah singgah untuk melihat entri terbaru mengenai pendedahan status luar biasa bagi diri anda. Entri ini masih baru lagi, dan belum ada yang 'copy paste' ke blog lain:
1. Bagaimana hendak memperbaharui pengalaman?
2. Bagaimana hendak mengkaji dalam sesuatu latihan?
3. Apakah beza tabiat orang yang peramah berbanding dengan orang yang suka bersendirian?
4. Ke manakah masa kita menghilang?
5. Pentingnya masa walaupun sedikit?
6. Anda cenderung dalam personaliti yang mana? (aktif atau pasif)
7. Proses pembentukan status luar biasa?
8. Kajian mengenai status luar biasa bagi diri anda?
Mari tengok tutorial cara nak buat isi kandungan blog posting (sitemap cool) yang boleh senang dirujuk kalau pengunjung blog nak cari entri-entri dalam blog anda yang dah lepas... Klik [sini]
KILL THEM ALL! NO MERCY!
SI sULTAN PALSU kIRAM ITU ADALAH TERSIAL SEKALI DI ASIA TENGARA
Hati2 dalam apa jua kita baca, dan lebih berhati2 dalam apa jua kita mengkaji. Baca semua dari sudut pandangan sana dan sini, dengan baik. Lepas tu buat penilaian sendiri dengan baik, jangan cepat dipengaruhi. orang yang mudah dipengaruhi adalah orang2 yang jahil yakni buta perut, samdul dan baghal.
benar atau tidak, kadang2 sejarah adalah cuma persepsi. sejarah malaysia pun dah tunggang-langgang, kerja2 org British dan UMNO. Dulu siap kata dalam buku sejarah aku, Mat Kilau mati dibunuh, tapi dalam tahun 90-an, Mat Kilau MASIH HIDUP LAGI time tu, dijumpai di Pahang tak silap aku. Sekarang ni dah mati la kot, innallillah.
Sejarah dari text dan mulut orang adalah persepsi, jadi berhati2 lah. kecuali ALQuran, sunnah dan hadith, hinggalah ke Akhirat, inschallah.
Amazing amount of great, actionable advice. I will keep coming back to this Post...
Post a Comment