Kongsikan Entri Kami

Sunday 7 October 2012

OMG : Taj Arabia, Replika Taj Mahal 4 Kali Lebih Besar Akan Dibina Di Dubai (7 Gambar)


Satu replika bangunan tersohor dunia, Taj Mahal, yang saiznya empat kali ganda daripada bangunan asal akan dibina di Dubai sebagai tempat mengadakan perkahwinan terbesar dan berprestij dunia.

Pembinaan bangunan marmar Taj Mahal mengambil masa 22 tahun untuk disiapkan oleh Maharaja Mughal sebagai hadiah istimewa kepada permaisurinya, 360 tahun lalu tetapi replikanya yang akan dikenali sebagai Taj Arabia, di Dubai hanya mengambil masa dua tahun untuk siap.

Projek bernilai 767 juta Euro itu akan menjadi mercu tanda kepada dataran seluas 41 juta meter persegi di Falcon City of Wonders di Emirates Road, kata Pengerusi Link Global Group, Arun Mehra, syarikat pemaju replika berkenaan.

“Perkahwinan adalah satu keraian. Ia perlu diumumkan dan disambut meriah.

"Ketika ini Dubai tidak mempunyai destinasi untuk meraikan perkahwinan. Orang ramai ke Bali dan tempat esotik lain untuk berkahwin dan tidak lama lagi mereka boleh datang ke Taj Arabia," kata Mehra kepada agensi berika Gulf News.

Taj Arabia juga akan mempunyai hotel lima bintang dengan 300 bilik penginapan serta 200 pangsapuri berlokasi di pusat bandar baru Falcon City yang turut menempatkan beberapa ikon dunia lain seperti menara condong Pisa dan Pyramid Mesir.



Sumber : Here

7 comments:

ben xii said... Best Blogger Tips

kiamat kian hampir

Anonymous said... Best Blogger Tips

so?

Camer said... Best Blogger Tips

projek gilerrr

Anonymous said... Best Blogger Tips

org arab makin sibuk memakmurkan negara sendiri dari membantu negara islam lain yg kesusahan

Anonymous said... Best Blogger Tips

Duit banyak,bukan nak tolong negara Islam lain.Bangang orang arab sekarang

Prince of Noob said... Best Blogger Tips

so lepas ni pergi dubai je dah boleh pergi semua tempat2 menarik dalam dunia? arab arab...

Anonymous said... Best Blogger Tips

Pak-pak Arab nih... mmg megah dgn kekayaan mereka... mereka tak pandang org islam lain kerana mereka menganggap bangsa mereka lebih Agung...
-ninja3

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...