Anda ingin pasangan wanita anda gembira dan rasa diri mereka istimewa? Bukan senang dan bukan susah juga, tetapi sekiranya anda sebagai lelaki benar-benar pasangan anda, anda akan cuba sedaya upaya untuk melakukan yang terbaik untuknya. 
(1) Beritahu bahawa kehadiran mereka amat bermakna terhadap kehidupan anda-   Apabila anda memberitahu mengenai perkara ini, ia secara tidak  langsung  akan membuatkan mereka berasa seperti diperlukan dan istimewa.  Beritahu  perubahan yang telah berlaku didalam kehidupan anda selepas  kehadiran  mereka ataupun sebagainya.
(2) Bezakan layanan terhadap mereka dan juga rakan- Perkara ini adalah kesalahan yang sering dilakukan oleh pasangan.   Mereka merasakan bahawa apabila melayan pasangan sebagai rakan,   hubungan mereka akan lebih rapat. Ia sebenarnya tidak tepat sama sekali.   Anda perlu bezakan layanan terhadap mereka dan juga rakan. Ini kerana   pasangan anda akan lebih sensitif terhadap setiap perkara yang anda   lakukan. Perbezaan yang anda tunjukkan inilah yang akan membuatkan   mereka berasa istimewa.
(3) Memberikan mereka perlindungan-  Wanita akan  lebih tertarik terhadap lelaki yang mampu untuk membuatkan  mereka berasa  selesa dan dilindungi. Pasti perlindungan yang anda  berikan akan  membuatkan mereka berasa lebih istimewa.
(4) Hormati pendapat mereka-  Buatkan mereka  merasakan bahawa anda menghargai kewujudan mereka  didalam kehidupan  anda. Hormati pendapat mereka, dan ia akan membuatkan  mereka akan berasa  lebih istimewa.
(5)  Meminta maaf- Sememangnya seorang lelaki akan lebih sukar untuk meminta maaf. Ia mungkin disebabkan oleh keegoan   mereka. Sekiranya anda telah melakukan kesalahan, jangan terlalu sukar   untuk meminta maaf. Ketepikan ego anda dan pasti ia akan membuatkan   mereka berasa istimewa.
(6) Penghargaan-  Tunjukkan penghargaan anda terhadap  apa yang telah mereka cuba  usahakan didalam hubungan. Penghargaan yang  ditunjukkan akan membuatkan  mereka rasa dihargai dan juga istimewa. 

0 comments:
Post a Comment