Kongsikan Entri Kami

Tuesday, 6 September 2011

Kesian : Yuan Lihai, Penjaga 100 Bayi yang Dibuang Ibu Bapa (7 Photos)

Kes pembuangan bayi semakin berleluasa di negara kita, tetapi kita masih belum mencari penyelesaian untuk masalah tersebut. Kes Pembuangan anak juga sangat terkenal di China sejak dari 80-an. Seorang wanita dari Henan Lankao yang bernama Yuan Lihai telah menjadi pujaan ramai orang ibu di China. Kenapa? Sejak tahun 1986, Yuan telah mengambil dan menjaga lebih daripada 100 orang bayi yang dibuang oleh ibu bapa mereka atas pelbagai alasan. Selepas lebih daripada 25 tahun, kini masih ada lagi 39 orang dibawah jagaannya. Yang selebihnya telah membesar dan boleh mencari pendapatan untuk menyara hidup masing-masing. Kesemua bayi yang dijaganya adalah bayi yang tidak ingin dijaga oleh ibu bapa mereka sendiri. Yuan yang sangat kasihan dengan bayi ini yang masih kecil telah mengambil bayi yang mempunyai pelbagai penyakit tetapi dia tidak pernah mengeluh dan terus menjaga. Yuan terpaksa keluar mencari pendapatan dengan mengutip sampah untuk dijual dan anak-anak ini pula tinggal di dalam rumah yang hanya muat tak sampai 10 orang. Ada satu kes, seorang bayi ini telah meninggal selepas lahir tak sampai sebulan. Yuan kemudiannya mengembumikannya di belakang rumahnya. Selain itu, ramai juga bayi dihantar oleh ibu bapa dan juga badan penguatkuasa akan menghantar bayi kepada Yuan. Yang membuat orang ramai marah kenapa pihak penguatkuasa dan pihak hospital hantar bayi kepada dia sedangkan sepatutnya mereka yang menjaga kebajikan orang. Nasib baik, kini ramai orang akan menderma pakaian dan juga makanan untuk mereka. Kasihan dengan anak-anak ini yang dibuang dan mereka juga ingin hidup seperti orang lain juga mendapat pendidikan dan melihat dunia. Kepada mereka/ibu bapa diluar sama yang tak sanggup nak jaga bayi TOLONG jangan buat s*** atau GO GET SOME PROTECTION!! 

chinasmack

5 comments:

haris said... Best Blogger Tips

kesian. tapi macam mane la nak jaga sampai berpuluh2 bayi dalam satu masa.haihhh..stressssssssss.

izzie izzam said... Best Blogger Tips

skong ckp @haris tuh..adoyai..cmne tuh erk..

malisretusafmily said... Best Blogger Tips

alahai...keje just kutip sampah jer...mungkin bkebun sm... pampers budak2 tuh lg nk dbeli..makanan dorg lak len2..ubat2 klo dema sakit lg..alahai...xdpt bygkan la...siannye...

susu...???

xnk pk...xnk pk...!!! sedey...hukhukhuk...

Anonymous said... Best Blogger Tips

hamagad...sedih nyer..kesian kat budak2 tu..apa dh jadi ngan manusia zaman skrg ni..

Anonymous said... Best Blogger Tips

wei korg smua....at lease org ada usaha nk jaga dari cma ckp KSIAN x pyah larh... kcian tapi x da usaha..... bleh blah larh...

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...