Bagi semua lelaki di luar sana yang masih tak tahu yang sebenarnya wanita adalah sangat UNIK, memang digalakkan untuk membaca ini. 
1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.
2.Bila  dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya,lebih baik  kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur  dengan ucapan maaf.
3. Wanita  sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia  sayang(sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di  tengah jalan).
4.Sekiranya sorang  wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki,lelaki itu akan sentiasa ada di  fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.
5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya,dia akan cair seperti coklat!!
6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.
7.Jika  kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak  cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam  diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akan  lakukan apa saja.
8. Sekiranya  sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak  cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin  menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.
9.  Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan  tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.
10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.
11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.
12.Bila  pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon  positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap  acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang  diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua  rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.
13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.
14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.
15.Jika  sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak  keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.
16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.
17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!
18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.
19.Kalau  kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati  sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.
20.  Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh  wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah  dirinya sendiri.
21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang
akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!
akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!
22. Satu ucapan ‘Hi’ sahaja sudah cukup menceriakan harinya.
23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.
24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.
25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.
26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..
27. Senjata wanita adalah airmata!!
28.Wanita  suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise  buatnya(hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa  terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan ini  dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.
29.  Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan  baik terhadapnya.So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah…
30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.

4 comments:
good info ;D
wanita itu berharga..
[VIDEO]
Demi menjimatkan masa, Wanita berkerjaya ini salin pakaian dalam kereta api
Budaya t3lanjang mahasiswa/mahasiswi Korea sehabis konvo
[Video]Kantoi:CCTV rakam gambar polis berseragam berbuat s3ks dalam kereta
haa..mmg tersngat lah betol..hehe
boleh try ler ek...
Post a Comment