Kongsikan Entri Kami

Friday, 1 March 2013

Serius : Sariah Binti Marjo Ialah Wanita Tertua Di Dunia? (2 Gambar)


PORT DICKSON - Jika benarlah tarikh yang dicatat dalam MyKad, Sariah Marjo, yang dilahirkan pada tanggal 28 April 1899 mungkin boleh dikatakan wanita tertua di dunia ketika ini, hanya setahun lebih muda daripada Misao Okawa, 114, yang diiktiraf wanita paling tua di dunia dalam Rekod Dunia Guinness, kelmarin.

Sariah yang berasal dari Kampung Bukit Tembok di sini akan menyambut hari lahirnya ke-114 pada 28 April depan. Walaupun umur Sariah sudah mencecah ratusan tahun, dia tidak mengidap penyakit kronik, malah masih mampu menguruskan dirinya sendiri.

Sariah ketika ditemui di rumah anaknya menolak anggapan bahawa dia mengamalkan amalan tertentu sehingga usianya panjang serta kesihatan masih dalam keadaan baik. Mata dan telinganya juga masih peka, jalannya tidak perlu bertatih, malah makannya tidak perlu bersuap.

Pada masa lapang, Sariah tidak gemar menonton televisyen dan hanya mengisi masa luangnya dengan duduk di belakang rumah sambil berzikir.



p/s : Takkan umur 14 kut.. hoho.. 

Sumber : Here

8 comments:

Anonymous said... Best Blogger Tips

firstttttttttt!! yiiihaaa!!

Anonymous said... Best Blogger Tips

kadang JPN tu silap bubuh tarikh..jgn terpedaya dgn semua tu..kuarga aq sndri pon ade kad pengenalan yang silap buh tarikh lahir..berbeza dgn surat lahir..then standard goverment qoutes "Terlepas pandang.." yang merananya org yang tak sama no ic dgn tarikh lahir..staff JPN buat bodo..

Anonymous said... Best Blogger Tips

Aku sokong kalau die org kata terlepas pandang.. Sbb die org sebok dok pandang rasuah! Bukan semua perkerja kerajaan cmtu tap kebayak kan nye..

Anonymous said... Best Blogger Tips

erm.. bukan ke wanita tertua didunia berasal dr china.. umur dia 115 tahun pada 5 mac ni?

Anonymous said... Best Blogger Tips

Arh, nie semua POYO!!

Anonymous said... Best Blogger Tips

abih kalo dah salah buat IC, kena buat balik tak? takkan nak biar je. tu sumer salah jpn!

Unknown said... Best Blogger Tips

But ape yang aku baca , dia ada 8 anak , 30 cucu , 64 cicit , 2 piut , suami dia dah meninggal tahun 70an , dia anak sulung dari 4 adik beradik , and semua adik2 dia meninggal .

Unknown said... Best Blogger Tips

But ape yang aku baca , dia ada 8 anak , 30 cucu , 64 cicit , 2 piut , suami dia dah meninggal tahun 70an , dia anak sulung dari 4 adik beradik , and semua adik2 dia meninggal .

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...