Kongsikan Entri Kami

Wednesday, 7 December 2011

Info : Spesis Ikan Terkecil Di Dunia Ditemui Di Dungun (3 Gambar)


DUNGUN – Spesis ikan paling kecil di dunia, ‘Paedocypris’ dari keluarga ‘Cyprinidae’ dengan saiz 7.8 milimeter ditemui di kawasan paya Bukit Bauk, di sini.

Pengarah Jabatan Perhutanan negeri Azmi Nordin berkata ikan tersebut ditemui semasa ekspedisi Bukit Bauk yang dianjurkan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia 2006. 

“Beberapa ekor ikan dari famili Cyprinidae itu, spesis ikan paling kecil di dunia, ditemui di kawasan ini,” katanya kepada Bernama di sini, Selasa. Azmi berkata berdasarkan kajian yang dibuat oleh Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), ikan tersebut tidak terdapat di tempat lain termasuk di luar negara setakat ini. 



Beliau berkata pihaknya sedang mengambil langkah untuk membiak ikan itu supaya tidak pupus dan mungkin dijadikan daya tarikan pelancong pada masa akan datang. Menurut Azmi buat masa ini pihaknya belum dapat menunjukkan ikan itu kepada umum kerana dibimbangi ada pihak yang akan mencarinya dan dijual dengan harga yang tinggi.

Lagipun, katanya, kawasan ikan itu ditemui terdedah kepada pengunjung dan besar kemungkinan orang akan tertumpu ke situ sekiranya kawasan itu dihebahkan.“Ini satu aset untuk negeri dan jika ia pupus, rugilah,” katanya.

Beliau berkata selain itu, Bukit Bauk seluas 7,596 hektar juga mempunyai pelbagai khazanah berharga seperti pokok-pokok bunga yang masih belum dieksploitasi sepenuhnya. – BERNAMA






Sumber : Here

19 comments:

Anonymous said... Best Blogger Tips

kcil btul..hish2..

JOM MAKEOVER KERETA ANDA!!

KAWASAN SEGI TIGA TERUMBU KARANG??

Anonymous said... Best Blogger Tips

ntah2 ikan tu terkena radiasi nuclear ke aper ntah...

Anonymous said... Best Blogger Tips

pelik je.. kat longkang2 or tasik ade je ikan mcm tu.. bersepah2 aku jumpe.. same jee..

Orang xpnah kene kotor kot.. tu xpnah jumpe

Anonymous said... Best Blogger Tips

aah kan banyak kat longkang2

Fareezwan_Shah said... Best Blogger Tips

mse kcik2 dlu aku slalu sauk ikan ni kt parit pastu bela ltk dlm btol..tp jangka hayatnye x lame..hehe

Anonymous said... Best Blogger Tips

Lerrr..kat longkang umah aku belambak smpi skang

Honey Bhulat said... Best Blogger Tips

masyallah kecik nya

Anonymous said... Best Blogger Tips

besepah kat longkang

Anonymous said... Best Blogger Tips

wehh... yg kat longkang tu mmg la kecik n bentuk lbh kurang sama cmni, tp saiz dia tak la sekecik ini.. ini dah macm saiz jentik2 la..tgk first pic tu..

Anonymous said... Best Blogger Tips

ikan bilis ni..hahaha

Anonymous said... Best Blogger Tips

bodoh betul statement yang ckp ikan longkang....
tahu beza x ikan longkang mcmane?...
Ikan longkang sume orang tahu...
ikan ni lagi kecik dari ikan longkang...
ikan ni dewasa jer sama besar ngan ikan longkang..
ape lagi kalau anaknya....

hanturaya111

Anonymous said... Best Blogger Tips

pasal ikan pon korg nk gado .. entah ape2 -.-

Anonymous said... Best Blogger Tips

bukit bauk ni blakang poli ak je.tgkap jual la pasni :D

Anonymous said... Best Blogger Tips

ayoo toksah gadoo.. google je ni "Paedocypris progenetica"

Anonymous said... Best Blogger Tips

ni ikan BILIS lah!!! adoii.. ikan bilis pon nak keco.

Anonymous said... Best Blogger Tips

nie bukan ikan bilis. bodoh....

funny said... Best Blogger Tips

nice bro..

Anonymous said... Best Blogger Tips

da pena nmpk org jual tp tak mahal pun dorg jual..mmg kecik sgt ikan ni, cme penjual tu ckp klu tak pndi jga cpt mati, ank2 dia lg kecik besar lgi kuku jari kita..kaler dia nmpk mcm merah nmpk mcm oren pun ade..

Anonymous said... Best Blogger Tips

ikan ni ada juga di Sumatera

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...