Kongsikan Entri Kami

Thursday, 8 December 2011

OMG : Jumlah Gambar Dalam Facebook Mencecah 140 Billion


Apabila anda memuatnaikkan gambar ke dalam Facebook, bayangkan angka ini - 140 bilion. Itulah jumlah gambar yang terdapat dalam rangkaian sosial popular itu.

Jumlah itu adalah 10,000 kali lebih banyak daripada katalog gambar yang terdapat di Perpustakaan Kongres, perpustakaan terbesar di dunia.

Flickr, laman web yang menjadi hos khusus untuk imej dan video, juga ketinggalan dengan 140 bilion gambar yang dimuatnaikkan ke Facebook. Kira-kira 2.5 bilion orang di seluruh dunia memiliki kamera digital.


Hakikatnya, jumlah gambar yang dirakam setiap dua minit sehari adalah sama jumlahnya dengan gambar yang dirakam pada 1880-an.

Jika seseorang merakam 150 gambar setahun, ini bermakna 375 bilion gambar diambil secara keseluruhan.

Lebih 70 bilion gambar dijangka dimuatnaikkan dalam Facebook tahun ini, bermakna kira-kira 20 peratus daripada semua gambar yang diambil akan dimasukkan ke laman itu.






Sumber : Here

4 comments:

Anonymous said... Best Blogger Tips

kalau mark buang semua gambar tu, pastu refresh balik, kompom fb laju gila,

Anonymous said... Best Blogger Tips

line ko yg lembap bknnya sbb gambar.. bengong..

Yana said... Best Blogger Tips

haha

wan said... Best Blogger Tips

Hahahaha knk anok bengong

Post a comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...