Kongsikan Entri Kami

Wednesday 7 December 2011

OMG : Pesta Berdarah Kaum Syiah Pada Hari Asyura (7 Gambar)


Kalau di Malaysia, hari Assyura disambut dengan berpuasa Assyura (atau puasa 10 Muharam) dan memasak bubur Assyura, tetapi bagi pengikut Syiah yang sebahagian besarnya di Iran, Iraq, Pakistan dan India, hari Assyura disambut dengan cara mencederakan diri sendiri!

Sebabnya?

Sebabnya kerana pengikut Syiah menjadikan tarikh 10 Muharam sebagai hari memperingati kematian Saidina Hussein. Mereka akan menyambutnya dengan cara memukul badan sendiri sehingga berdarah.

Saidina Hussein ibni Ali telah syahid akibat dibunuh dengan kejam di Karbala oleh kaum Syiah Kufah, dan mereka kemudiannya memfitnah Khalifah Yazid ra dari Bani Umaiyah membunuh Saiyiduna Hussain ra. Fitnah ini digembar gemburkan oleh kaum Syiah, dan mereka mengelirukan umat manusia dengan menyambut hari Asyura dengan 'pesta menyakiti diri' konon sebagai tanda kesal diatas kewafatan Saiyiduna Hussain ra.




Pandangan Ulama:

Apa yang lebih menjadi perhatian kepada ulama-ulama besar ialah perbuatan pengikut Syiah yang mengadakan upacara memukul dada dan menyiksa tubuh sempena 10 Muharram bagi menangisi kematian Saidina Hussein.

Dalam Kitabnya al-Syiah Wa al-Tashih al-Sira', Baina al-Syiah Wa al-Tasyayyu', seorang ulama Musa al-Musawi menyatakan;

''Perlu kami asingkan satu pasal yang khas mengenai memukul dengan rantai besi ke atas bahu, mengetuk kepala dengan pedang dan menyiksa badan pada hari kesepuluh Muharram sebagai berkabung di atas kematian Saidina Hussein.

''Amalan yang masyhur ini sentiasa diadakan sebagai satu bahagian daripada musim-musim perayaan sempena kematian Saidina Hussein. Amalan ini berlaku di Iran, Pakistan, India dan sebahagian di negara Lebanon pada setiap tahun. Dengan sebab itu berlaku pertempuran darah di antara Syiah dan Ahli Sunnah di beberapa tempat di Pakistan menyebabkan beratus-ratus nyawa yang tidak bersalah terkorban daripada kedua-dua belah pihak yang tidak dapat tidak banyak diperkatakan.


Perayaan

''Sebagaimana yang kami telah katakan pada pasal yang lalu bahawa Syiah mengadakan perayaan pada hari Asyura semenjak berabad-abad lagi. Selain daripada itu bacaan ziarah yang banyak diperkatakan sebelum ini di mana para pujangga telah menasyidkan beberapa qasidah di hadapan kubur sehingga seorang penyair Arab yang bernama Syarif Reda semasa menyampaikan qasidahnya yang mulia di hadapan kubur Husain yang mana terdapat diawal qasidah tersebut iaitu "Karbala sentiasa kamu berada di dalam kesusahan dan bala' hingga sampai kepada bait ini iaitu:

''Berapa ramai orang yang telah berperang di atas tanah ini, sehinggalah darah yang mengalir dan mereka yang terbunuh.''

''Penyair tersebut menangis sehingga ia pitam. Yang pastinya bahawa imam-imam Syiah merayakan hari kesepuluh Muharram, mereka duduk di rumah-rumah dengan menerima ucapan takziah daripada orang-orang yang memberikan takziah dan mereka mengadakan majlis jamuan pada hari itu. Imam mereka memberi khutbah dan qasidah bagi mengingati Saidina Husain dan Ahli Bait Rasulullah SAW. dan kelebihan-kelebihan mereka.''

Kesimpulannya, puak Syiah mungkin alasan tersendiri tetapi sebagai umat Islam, marilah kita memahami sabda Rasulullah SAW yang bermaksud;

''Bukanlah daripada golongan kami, orang yang menampar-nampar pipi dan mencarik-carikkan baju dan memekik-mekik seperti mana yang dilakukan oleh orang-orang Jahiliah'' (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).






Sumber : Here

16 comments:

Anonymous said... Best Blogger Tips

Ya Allah,ngerinya.

akushairi said... Best Blogger Tips

sesat lg menyesatkan...

Dőn Čhorleonê said... Best Blogger Tips

aku difahamkan syiah ni terlalu mengagungkan ahlul bait ya aku boleh terima tapi perlu ke sampai melaknat para sahabat? ada antara mereka ni sesuka hati mengkafirkan Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar al-Khattab dan yg paling sadis ulama diorang ni ade yg buat fatwa darah orang Sunni dihalalkan..ape semua ni? nak tau lebih lanjut pasal syiah ni sila tengok video2 kat Youtube

minoari89 said... Best Blogger Tips

aduh...mabuk darah dah aku neh...

Anonymous said... Best Blogger Tips

merepek,,,ko tgk ade x imam diorg buat mcm tu,,,knp org bwhan semua buat sedangkan org atasan seperti imam ke ulama syiah ddk minumkopi sambil mengatakan bodo pada g melakukan,,,,ahli sunnah xpenah ajar melakukan perbuatan yg mengikuti org jahiliah

Anonymous said... Best Blogger Tips

bila dah terlalu taksub syaitan akan menguasai diri.. mmng bodoh.. badan kpala sakit.. hahah

fareed bakar said... Best Blogger Tips

BODOH

Cik Puan Nazatul Sanif said... Best Blogger Tips

tak terkata gulpp

Anonymous said... Best Blogger Tips

Masyallah..mcm kaum Jahillialh lah,Apasal nak luka kan diri sendiri.ishh.ish..

Anonymous said... Best Blogger Tips

aku x sanggup dan x nk bt bnda2 mcm ni..

KONSERT 1st YUNA BERSAMA HOTLINK!

KONSERT SALAM MUSIK

azri said... Best Blogger Tips

bukan perkara2 yg memudaratkan diri tu haram ke?? klau aku salah minta tolong betul kn..

Anonymous said... Best Blogger Tips

hahahahhaha

Anonymous said... Best Blogger Tips

ape kije lain da x de ke ek?

Mr. said... Best Blogger Tips

@azri

memanglah haram..ko jgn igt syiah dan assunah waljamaah tu sama..mereka tu sesat mcm yahudi laknatullah nak hancurkan umat islam..

Anonymous said... Best Blogger Tips

Lagi teruk drpd thaipusam.....kesian budak2 pun dah disesatkan oleh bapak diorg.... Semoga Allah berikan hidayah kpd kita semua....

Anonymous said... Best Blogger Tips

masak yg bunuh sayidina ali itu syiah? Lalu bikin fitnah yazid? Mbok baca sejarah dulu,,,kan yang ngebunuh emang si yazid lewat kaki tangannya, akni gubernur basrah, i ubaidillah itu,,,,,lihat sejarah donk.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...