Utama

Utama 2

Geng Stress

TAWARAN HANGAT!!

BANNER UTAMA (728X90) = RM200/ sebulan



BANNER+IKLAN TEKS +ENTRY- RM250/ SEBULAN


REVIEW / ADVERTORIAL - RM50


APA TUNGGU LAGI?? SILA EMAIL


akustress3@gmail.com


Kongsikan Entri Kami

Friday, 9 December 2011

Gosip : Nikita Willy Mengaku Juga Meminati Khairul Fahmi (10 Photos)

Laporan asal oleh OhBulan
Bagi yang masih belum tahu, Nikita Willy sudah berada di Malaysia sejak semalam lagi bermula 7 Disember sehingga esok, 9 Disember untuk pelancaran album singlenya yang pertama berjudul ” Nikita Willy”.

Untuk pengetahuan, Nikita Willy adalah seorang pelakon dan antara sinetron yang pernah dibintanginya ialah “Puteri Yang Di Tukar” yang sedang hangat ditayangkan di stesen TV swasta tempatan. Pembabitannya dalam bidang nyanyian bermula semenjak setahun yang lepas kerana ingin mencuba sesuatu yang baru.

OHBULAN! sempat menemui Nikita Willy ketika sidang akhbar pelancaran album singlenya bertempat di Tropicana City Mall petang tadi.
“Seperti yang kamu tahu, saya mula berlakon dari kecil lagi dan mula menyanyi sejak setahun lalu. Saya mahu cuba benda yang baru dan masih lagi belajar untuk menyanyi,” ujar Nikita Willy memulakan perbualan.

Tambah Nikita lagi, “Lagu saya pun sudah dijadikan lagu tema untuk beberapa siri sinetron yang sedang bermain di TV Indonesia sekarang.”

Penyanyi comel berumur 17 tahun ini juga berharap bahawa peminat di Malaysia akan memberikan sambutan yang hangat terhadap singlenya yang baru saja dilancarkan di Malaysia.
Pertama kali menjejakkan kaki ke Malaysia, Nikita Willy turut meluahkan perasaan gembiranya kepada OHBULAN! mengenai suasana di Malaysia yang tenang.

“Saya suka orang disini, gaya mereka bercakap dan macam-macam lagi. Saya juga sukakan nasi lemak – semalam saya makan nasi lemak 2 kali di tempat yang berbeza,” ujar Nikita sambil ketawa.
Nikita Willy turut menafikan gosipnya bersama pemain bola, Diego Michiels yang sedang melanda dirinya di Indonesia baru-baru ini.

“Kami hanya berkawan dan saya cuma mengambil gambar bersama Diego, mengenai gosip hubungan kami, itu cuma khabar angin semata-mata,” jelas anak sulung dari 2 beradik ini.
Tidak berperasaan negatif, Nikita turut memberitahu OHBULAN! mengenai pandangannya terhadap pemain bola Malaysia.

“Saya suka cara mereka bermain, pemain bola Malaysia bagus mainannya. Saya juga sukakan penjaga gol Malaysia (Khairul Fahmi) walaupun saya tidak mengenalinya,” seloroh Nikita mengakhiri perbualan bersama OHBULAN!.



Biodata dan Gambar Nikita Willy:
Nikita Purnama Willy atau Nikita Willy dilahirkan di Jakarta pada 29 Jun 1994 (17 tahun). Dia telah menceburi dunia hiburan sejak berusia 7 tahun lagi melalui sinetron Bulan Bintang. Dia berbangsa Minang. Nama Nikita mulai dikenali ramai selepas sinetron Roman Picisan bersama Evan Sanders.

 source

2 comments:

Anonymous said... Best Blogger Tips

first ker?

Anonymous said... Best Blogger Tips

comel :) untung la orang faymes

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...