Utama

Utama 2

Geng Stress

Kongsikan Entri Kami

Thursday, 13 June 2013

Berita : Rupa Fosil 260 Juta Tahun Yang Ditemui Di Kuala Lipis (4 Gambar)


KUALA LIPIS - Fosil cangkerang dipercayai berusia 260 juta tahun ditemui di kawasan Sungai Yu, Merapoh.

Ahli Paleontologi dari Institut Geologi Malaysia (IGM) Ahmad Rosli Othman berkata, fosil cangkerang itu ditemui pada batuan di sepanjang jalan raya yang sedang dalam pembinaan menghubungkan Kuala Lipis ke Merapoh.

Menurutnya, fosil cangkerang tersebut yang ditemui dalam pelapisan batu lumpur adalah daripada jenis 'brakiopoda' yang lazimnya hidup di persekitaran laut cetek.
“Fosil ini lebih tua usianya berbanding fosil di Taman Emas, Lipis yang berusia 230 juta tahun ditemui pada 2011.

“Antara spesies brakiopoda dikenal pasti ialah Leptodus sp; Transennatia sp dan Spyridiophora sp,” katanya.

Ahmad Rosli yang juga penyelidik dari Lestari, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berkata, kira-kira 250 hingga 260 juta tahun lalu, kawasan Merapoh dipercayai berada di dasar lautan dan kawasan itu menjadi tempat kehidupan laut purba yang primitif.

Menurutnya, haiwan primitif terbabit hidup berenang bebas di dasar lautan yang agak dalam dan beriklim panas.

“Hidupan ini mati dan kemudiannya tertimbus oleh enapan sedimen dan kekal terawet menjadi batu untuk beratus juta tahun lamanya.

“Proses geologi mengangkat dasar laut timbul ke permukaan bumi dan menjadi daratan serta membentuk topografi atau bentuk muka bumi seperti yang kita lihat pada hari ini,” katanya.

Menurutnya, fosil cangkerang seperti itu turut ditemui di Padang Tengku; Aring; Sg Bera serta Felda Mayam dan ini menunjukkan bahawa kawasan tersebut juga pernah dilitupi lautan pada masa itu.

“Fosil dapat menerangkan usia dan persekitaran di mana ia pernah wujud ratusan juta tahun lampau,” katanya.


Sumber : Here

21 comments:

Anonymous said... Best Blogger Tips

yg kt bawah ni sume bakal jd fosil

Anonymous said... Best Blogger Tips

fosil for sale

Anonymous said... Best Blogger Tips

masa kecik dulu slalu jumpa... tak tahu lak ianya fossil...

Anonymous said... Best Blogger Tips

Pandai2 je tau umur natang ni

Anonymous said... Best Blogger Tips

masa kecik dulu, selalu jumpa benda ni... aku guna untuk baling rambutan.... xtau pulak benda ni fosil.....

Anonymous said... Best Blogger Tips

f0sil nik ajis da jmpe ke bel0m???

Carlos Santiago said... Best Blogger Tips

Bik mama tahu kisah selanjutnya.

Anonymous said... Best Blogger Tips

aku ada jam jenama fosil jer,.tu pon beli pasar karat sepoloh hengget

~anon kian ronggeng~

Anonymous said... Best Blogger Tips

kampung aku ada dinosour..fuyyooo

Anonymous said... Best Blogger Tips

keja nak menipu je 250juta tahun. ko ada masa tu? puiihh la hewhewwwww...

apasal ko x ckp 250 bilion tahun?

-jack hammer(adik sepupu belah paksedara belah nenek tiri jack ham)-

Anonymous said... Best Blogger Tips

Nie bukan Dinosour! Tapi fosil cengkerang hidupan laut zaman purba..!
Kemungkinan kuala lipis dulu adalah lautan luas..
Apalaa,kau nie..

Anonymous said... Best Blogger Tips

secare sainrifik..fosil2 ni dpt diuji masanye menggunakan ujian carbon 14/15..sile bkak buku sains smule..xpon g blaja smule..internet taw gune...boleh crik..xyah nk tunjuk bengap sgt..

Anonymous said... Best Blogger Tips

sainrifik?

Anonymous said... Best Blogger Tips

Ko mana tau.sainfirik ni kira lebih detail dr saintifik tau

Anonymous said... Best Blogger Tips

cikgu aku dulu pon ada cite pasal sainfirik ntah2 anon 23:43 tu cikgu aku kot????

Anonymous said... Best Blogger Tips

@Anonymous silap sainrifik,,,,

Anonymous said... Best Blogger Tips

mmg aku cikgu kau!!
kau tu lembap mase sekolah,, hahahaha

Anonymous said... Best Blogger Tips

kah2. lu org mmg nate

Anonymous said... Best Blogger Tips

Pundek... aku nak saman cikgu sains aku... aku duk kata fosil.. die kata batu buat jalan...

yazid said... Best Blogger Tips

kat kampung aku ade kerang bulu..panjang2 bulunya

Anonymous said... Best Blogger Tips

ntah kulit kerang org kampong buang merata fosil kunun...

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...