Utama

Utama 2

Geng Stress

TAWARAN HANGAT!!

BANNER UTAMA (728X90) = RM200/ sebulan



BANNER+IKLAN TEKS +ENTRY- RM250/ SEBULAN


REVIEW / ADVERTORIAL - RM50


APA TUNGGU LAGI?? SILA EMAIL


akustress3@gmail.com


Kongsikan Entri Kami

Wednesday, 9 January 2013

Serius : RM29,000 Dihabiskan Untuk Menyelamatkan Seekor Tupai (4 Gambar)


London: Tujuh anggota bomba bergegas menyelamatkan seekor tupai dalam satu operasi bernilai enam ribu pound (RM29,000).

Anggota bomba tiba di tempat kejadian dengan tiga jentera bomba selepas seorang penduduk melaporkan haiwan itu terperangkap dalam lalang di tengah kolam. Mereka membuat laluan ke tebing tasik menggunakan dua tangga dengan seorang anggota bomba masuk ke dalam air memujuk tupai yang ketakutan itu. Haiwan itu kemudian merapati “jambatan” sementara sebelum berlari menaiki anak tangga dan melompat ke tempat selamat.

Balai Bomba dan Penyelamat Herts, semalam mengesahkan insiden di Watford High Street itu. Jurucakapnya berkata: “Tiga jentera bomba dikejarkan ke tempat kejadian di mana seekor tupai terperangkap.” Bagaimanapun, ahli Parlimen tempatan dari parti Konservatif, Richard Harrington mengkritik operasi menyelamat yang mengarut itu.





Harrington berkata: “Balai Bomba dan Penyelamat Herts melakukan tugas yang hebat - bagaimanapun, ia seolah-olah tindakan yang berlebihan dan membazir.

“Tidak pasti mengapa terlalu banyak jentera bomba dan anggota bomba yang dihantar ke tempat kejadian. “Persoalan yang serius perlu dijawab jika tindakan itu akan menyebabkan panggilan lebih serius lain tidak dapat dipenuhi,” katanya.

Kaunselor daerah Herts, Steven Giles-Medhurst berkata: “Mereka biasanya menghantar tiga jentera bomba untuk kes melibatkan kemalangan jiwa.

“Ia keterlaluan bagi seekor tupai, tetapi mungkin soalan perlu dikemukakan,” katanya.

“Ia keterlaluan bagi seekor tupai, tetapi mungkin soalan perlu dikemukakan,” katanya.

Kos untuk menghantar sebuah jentera bomba bagi menangani panggilan palsu dianggarkan kerajaan bernilai 1,970 pound (RM9,600) pada 2008. Ia menyebabkan kos menyelamatkan tupai di daerah itu bernilai hampir RM29,000. Haiwan berkenaan terperangkap kerana ia tidak dapat melompat menaiki tembok konkrit di kolam itu.

Pada Mac 2011 anggota bomba di Gosport, Hants, enggan memasuki tasik sedalam tiga kaki di mana seorang lelaki jatuh selepas mengalami serangan epilepsi. Peraturan keselamatan menggariskan mereka tidak boleh memasuki air lebih dalam daripada separuh paras but kecuali situasi mengancam keselamatan nyawa. Mereka percaya lelaki terbabit sudah mati.



p/s : pastu tupai tu pun lompat balik... melayang lagi duit.. hoho.. 

Sumber : Here

10 comments:

Anonymous said... Best Blogger Tips

hahahahaha.....!!!!!!!

Carlos Santiago said... Best Blogger Tips

Bangang Abadi.BANkami

Anonymous said... Best Blogger Tips

tukaq kerajaan

Anonymous said... Best Blogger Tips

ingat nyawa boleh dibeli ke hah??!

SHITSUKE said... Best Blogger Tips

nyawa bro.. nyawa..

AMARAN:WASPADA APABILA MENAIKI PENGANGKUTAN AWAM!
KUNING:WANITA DAN PISANG TAK DAPAT DIPISAHKAN!
DEWASA:AWEK GERSANG CARI JODOH DI LAMAN SOSIAL!

Prince of Noob said... Best Blogger Tips

takpe la
membazir selamatkan haiwan, dari membazir benda tak tentu hala

Anonymous said... Best Blogger Tips

nampak sangat takdak kerja. ataupun memilih kerja yg senang.
ataupun (sangka baik) kadar kemalangan atau kebakaran di sana menghampiri taraf sifar :)



-ameba

Anonymous said... Best Blogger Tips

buat baik dibalas baik apa nak takut

ali said... Best Blogger Tips

Huih...siap pakai life jacket pd hal cetek je...safety culture btul

Anonymous said... Best Blogger Tips

sepatutnya tupai itu tidak terperangkap sebegitu rupa... nasib baik di luar negara kalau di malaysia mahu tumbang umno masa PRU13 kalau ahli bomba malaysia menyelatkan tupai dan menggunakan wang rakyat sebanyak begitu pasti umno dituduh kurop... ala semua salah di dunia inikan salah umno...

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...