Kongsikan Entri Kami

Thursday, 28 July 2011

Gosip : Jimmy Shanley pukul isteri 4-5 kali dalam sebulan?

Betul ke Jimmy Shanley pukul isteri 4 hingga 5 kali sebulan? Itu kata isterinya Nursuhaili Eliani yang juga menyatakan Jimmy berkelakuan pelik selepas mereka bernikah.

Ini yang berlaku sebelum akad nikah :

"Saya pernah dipukul lebih kurang 4 hingga 5 kali sepanjang sebulan bersamanya. Peristiwa itu berlaku sebelum akad nikah dan semasa berbulan madu di Koh Samui (Thailand) saya mengalami peristiwa yang serupa.

"Saya lebih suka berdiam diri sebelum ini kerana tak mahu publisiti murahan, kerana saya orang berniaga dan tak perlukan publisiti murahan seperti itu. Tapi kini tahap kesabaran saya telah hilang dan banyak lagi yang saya pendamkan dan tak perlu dihebahkan kepada umum," ujarnya mempertahankannya diri

Ini yang berlaku selepas itu : 

Pengacara popular Jimmy Shanley suka memukul dan mengongkong membuatkan isteri, Nursuhaila Eliani Suhaimy nekad mahu bercerai dengannya.
 
Kata wanita berusia 25 tahun ini, hidupnya tidak pernah tenteram semenjak berkahwin dengan lelaki berusia 32 tahun itu pada 1 Oktober tahun lalu. Malah jelas Nursuhaila, Jimmy Shanley juga sentiasa bersikap pelik.

"Saya tak dibenarkan keluar bersama rakan-rakan lain. Dia juga bersikap pelik kerana tak mahu bergaul dengan ahli keluarga dan sanak saudara saya. Dia ingat dia tu superstar, tak layak untuk bergaul dengan sanak saudara saya.

"Kalau ada kenduri yang diadakan oleh bapa saya , dia jarang nak bertegur jauh sekali untuk bersalaman dengan sanak saudara kami," ucapnya yang tidak mengerti mengapa Jimmy lebih suka mengadu kepada ibunya Datin Muniroh Kasim setiap kali, mereka berdepan dengan masalah.
Dalam pada itu, tutur Nursuhaila, dia juga kecewa dengan sikap Jimmy Shanley yang sentiasa mengatakan dirinya seorang bapa yang bertanggungjawab walhal kos rawatan bersalin mahu pun membeli lampin, tidak pernah dilakukan oleh pengacara tersebut.

"Kalau bertanggungjawab sepatutnya dia membuat persiapan untuk semua perkara namun tiada apa yang dilakukannya. Dia hanya bercakap kosong saja. Dia tak menjalankan tanggungjawab sebagai suami dan bapa dengan baik.

"Dia hanya memberi wang nafkah ketika saya mengandung. Itu pun hanya RM 300 dan tak cukup untuk menampung kos ubat dan pemeriksaan.Namun saya tak pernah menghalang dia daripada berjumpa dengan anak kami, Zahrah Shanley selepas bersalin," jelasnya dalam satu kenyataan di dalam akhbar harian.
p/s : adakah Jimmy sejahat itu? Adakah semua kenyataan Nursuhaili betul? Kalau betul, memang Jimmy seorang yang tidak berperikemanusiaan sehingga tidak membenarkan dia keluar dan paling tidak dapat terima salam dengan saudara mara pun tak nak.. 



7 comments:

Phytrie said... Best Blogger Tips

Arghh..
Fitri tak percaya langsung!
Alasan semata2 untuk bercerai.
Fitnah aja artis2 zaman sekarang ni.

zool said... Best Blogger Tips

ntah la.. macam2 hal

Anonymous said... Best Blogger Tips

dasar perempuan penipu..x cium pintu surga...x msyukuri bsuamikan jimmy...ckp jak ada jantan lain..jgn fitnah suami sendiri..nanti kena hukum karma padan mukamu..tau lah ko perempuan berada..jgn hina suami gitu....

l i t t l e m i n n i e said... Best Blogger Tips

kalau benda tu jimmy x buat dia berdosa lah ,
kalau betol plak jimmy macam tu ....
hmm .. pk sendiri lah ..
hanya mereka dan ALLAH sahaja tahu kebenaran nya ...
kita jangan lah sewenang wenang nye membuat tuduhan melulu ....
dan hanya mendengar dari sebelah pihak ...
nanti sama sama berdosa pulak ...

jeff said... Best Blogger Tips

ntah pa ntah korang ne

Anonymous said... Best Blogger Tips

Apala jimmy ni org dah tak nak kat ko lagi terhegeh2.Nampak sangat bini dia dah tak suka kat dia. Dia pun aku tgk suka sangat cari publisisti kat paper. Nak tunjukan dia yg betul kan.
Org2 yg nyokong jimiy ka bini dia ka semua ni tak tak rasional. Aku rasa kalau kawin 20 hari dah gaduh besar sah ada masalah besar, fikir2kan la.

Anonymous said... Best Blogger Tips

Drama je ni.. Kalo betul jimmy pukul, mesti ada sebab.. Respect tu utamanya pada mak dan ayah mertua. Paling penting, bila dah berumah tangga, dua2 patut bertolak-ansur.. Masa bercinta pandai pulak nak kasih sayang, janji setianye.. Dah kahwin baru sume nak tunjuk perangai ke.. mcm tu baik tak pyh kahwin kalo dari awal lagi dah drama sangat.. Kahwin ni pun ade motif agaknya.. kepada mereka berdua, dan sesiapa je yang dalam masalah yang macam ni, hentikanlah nak burukkan diri masing2, apa salahnya kaji silap sendiri, berpisah cara baik, tak guna buka pekung bekas kita.. Biar ALLAH yang menilai.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...