Kongsikan Entri Kami

Thursday 23 August 2012

Fakta : 6 Produk Amerika Yang Bukan Berasal Dari Amerika (6 Gambar)

Jom kita tengok produk-produk di Amerika yang korang rasa berasal dari Amerika tapi sebenarnya bukan berasal dari Amerika.. Layan~

1. Bendera Amerika.

Menurut laporan daripada Persatuan Pengilang Bendera Amerika, mereka telah mengimport bendera Amerika yang bernilai USD$22 juta daripada tahun 2005 hingga 2009. Majoriti pengilang bendera ini adalah daripada China. Pada tahun 2001, mereka telah mengimport bendera Amerika yang berjumlah USD$51.7 juta termasuk USD$34.8 juta dalam bulan Oktober sahaja.

2. Bola Lisut 

Lebih 80% pengeluaran bola lisut yang menjadi sukan kegemaran warga Amerika Syarikat berasal dari China dan setiap bola lisut yang digunakan dalam kejohanan Major League Baseball dibuat oleh sebuah kilang yang terletak di Costa Rica. Tambahan pula, setiap bola lisut tersebut dibuat menggunakan tangan dan bukan mesin.

3. Hot Dogs.

Hot dogs sebenarnya berasal daripada Jerman dan asal-usulnya melibatkan golongan imigran daripada negara Jerman itu sendiri. Menurut fakta, hidangan sosej yang dihimpit dengan roti panjang ini telah wujud di Jerman sejak abad ke-13 lagi. Pada zaman tersebut, ramai yang berpendapat bahawa daging sosej yang digunakan itu diperbuat daripada daging anjing berdasarkan nama yang digunakan iaitu 'hot dogs'. 

4. Kereta Amerika.

Ramai yang menyangka bahawa kereta yang berjenama Ford, GM, dan Chrysler merupakan produk sejati Amerika namun ia terbukti salah kerana model domestiknya diperbuat dari Kanada dan Mexico. Tambahan pula, walaupun kebanyakkan kereta tersebut dibuat di Amerika namun, alat ganti dan aksesorinya dibuat dari luar Amerika Syarikat.

5. Anak Patung.

Anda sangka anak patung yang berharga USD$100 ke atas dan bernama "American Girl" dibuat 100% di Amerika? Anda salah, kerana semenjak tahun 1980an, anak patung ini telah dibuat di Jerman dan kini di China.

6. The Statue of Liberty.

Mungkin kebanyakkan anda tahu bahawa patung Statue of Liberty ini merupakan hadiah daripada pihak Perancis kepada pihak Amerika Syarikat. Namun, tidak ramai yang tahu bahawa setiap komponen dan bahan binaan patung ini dibina di Perancis dan dibawa ke Amerika Syarikat melalui kapal laut. 
 
Sumber : here

7 comments:

Anonymous said... Best Blogger Tips

1st... noob behind me...

Anonymous said... Best Blogger Tips

amarekaa!!!!!

Anonymous said... Best Blogger Tips

butoh amerikano

Anonymous said... Best Blogger Tips

betul amerika apa pun x da

Anonymous said... Best Blogger Tips

sial amerika.. suka2 nya aja mengklaim hak orang..! mujur saja enggak klaim budaya kami(indon) puihhh sama amarika.. idop indon !

Anonymous said... Best Blogger Tips

amerika nak klaim budaya indon/rumpun melayu watpe. bg dorang tu budaya kolot. haha

Anonymous said... Best Blogger Tips

hok alohhh.. amerikaaaaaa mu ni.. hahha

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...