Kongsikan Entri Kami

Showing posts with label stress fakta. Show all posts
Showing posts with label stress fakta. Show all posts

Sunday, 19 April 2020

Fakta : 6 Fakta Mantap KDrama Trending :World of the Married" Yang Anda Perlu Tahu (11 Gambar)

6 Fakta Mantap KDramaTrending “World Of The Married” Yang Anda Perlu Tahu


1. KDrama ini ditayangkan sepenuhnya oleh Syarikat JTBC

    JTBC atau nama penuhnya adalah Joongang Tongyang Broadcasting Company adalah sebuah Syarikat Televisyen Berkabel (seperti ASTRO di Malaysia) yang paling berjaya di Korea Selatan. Mulai dilancarkan pada 1 Disember 2011 dan berjaya menghasilkan serta menampilkan KDrama yang menjadi kegilaan orang ramai bukan sahaja di Korea Selatan malah di seluruh dunia. Antara KDrama JTBC yang terus menjadi kegilaan orang ramai adalah

KDrama “Sky Castle”

KDrama “Itaewon Class”

KDrama “Strong Girl Bong-Soon

2. KDrama “World of the Married” diinspirasi oleh jalan cerita TV Series BBC “Dr. Foster : A Woman Scorned”

KDrama ini dihasilkan mengikut segelintir watak dan jalan cerita hampir sama sepenuhnya. Watak utama kedua-dua drama adalah seorang doktor wanita yang berjaya dari semua segi. Namun watak suami adalah berlainan di kedua-dua drama ini. TV Series “Dr. Foster” menampilkan suaminya sebagai seorang pengusaha hartanah akan tetapi dalam KDrama pula menampilkan suaminya sebagai pengarah perfileman. Namun kedua-duanya mempunyai masalah kewangan dan ditanggung oleh isteri masing-masing.

3.  3.TV Series BBC “Dr. Foster” bakal ditayangkan di Korea kerana KDrama “World of the Married”


Atas kejayaan sepanjang enam episod KDrama “World of the Married”, JTBC telah memutuskan pada 16 April yang lalu untuk menayangkan sepenuhnya TV Series BBC “Dr. Foster” mulai April 27. 
 
4   4. KDrama “World of the Married” mencatat rekod baru dalam dunia KDrama

Selepas baru lapan episod, KDrama telah mencatat beberapa rekod baru dalam dunia KDrama yang selalu dibanjiri dengan lautan peminat seluruh dunia. Antara rekod baru yang telah dicatatkan adalah seperti berikut. 

a)    Rekod Tonton Tertinggi untuk tayangan Episod Pertama bagi JTBC 

b)    Rekod Tonton Kedua Tertinggi (Purata) Sepanjang Zaman untuk KDrama semua syarikat penyiaran berkabel seluruh Korea.  KDrama yang mempunyai tontonan tertinggi adalah di bawah tayangan syarikat JTBC juga iaitu “Sky Castle”.

5. KDrama “World of the Married” adalah Rated-R (Restricted) di Korea Selatan. 


     Walaupun KDrama ini telah diklasifikasikan sebagai Rated-R iaitu tayangan hanya untuk penonton berusia 17 Tahun ke atas kerana mempunyai unsur keganasan yang melampau serta memaparkan unsur-unsur seksual yang begitu………….. hmmmm. Namun begitu, sambutan KDrama ini terus meningkat setiap episod.
  
6. Pelakon utama KDrama “World of theMarried” Kim Hee-ae akan berusia 54 tahun pada bulan April ini. 

Seorang pelakon Korea Selatan veteran terkenal yang masih lagi bergiat aktif di dunia KDrama dan drama terakhir sebelum ini adalah empat tahun yang lepas. Namun begitu, ramai pasti tidak percaya akan umurnya sekiranya kita sendiri tidak meneliti biodata Kim Hee-ae. Dan pada 23 April kelak, Kim Hee-ae akan berusia 54 tahun dan usia tervebut agar sukar untuk dipercayai melihat kepada situasi di negara kita. 


Bagi yang belum menonton KDrama yang telah trending ini, sila ambil masa waktu PKP ini untuk menontonnya. 

Read More.. "Fakta : 6 Fakta Mantap KDrama Trending :World of the Married" Yang Anda Perlu Tahu (11 Gambar)"

Tuesday, 5 November 2013

Fakta : Malaysia Negara Ke-3 Paling Aktif Gay/Lesbian Di Asia (Gambar)


Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bertindak agresif membendung gejala homoseksual atau gay di kalangan lelaki Melayu termasuk golongan eksekutif diyakini berjumlah puluhan ribu orang.

Malah, pegawai Jakim turun padang mengadakan pertemuan tertutup dengan beberapa persatuan gay baru-baru ini selain melakukan tugas dakwah di pusat hiburan yang menjadi sarang kumpulan seks songsang ini.

Sumber berkata, melalui perbincangan khas itu, Jakim mendekati golongan gay dan berusaha memujuk mereka menyertai program mukhayyah yang diyakini mampu membawa golongan ini ke arah keinsafan.

“Pada pertemuan membabitkan lebih 20 ketua kumpulan gay Melayu, Jakim memujuk mereka menyertai program khas diatur. Walaupun majoriti tidak bersetuju, namun masih ada segelintir berminat menyertai program.

“Apa ang pasti kegiatan gay di Malaysia seolah-olah disokong gerakan khas yang berusaha menyebarkan ideologi menjadikan ia tidak ubah seperti di negara Barat,” katanya.

Difahamkan gerakan sulit kumpulan gay dikesan melanda bandar raya Kuala Lumpur selain Sarawak dan beberapa negeri lain.

Golongan ini termasuk pekerja profesional turut menjadi antara teramai menghidap HIV dan Aids yang mendapat rawatan di hospital kerajaan.


Pengarah Bahagian Pembangunan Keluarga, Sosial dan Komuniti Jakim, Saimah Mukhtar berkata kakitangan jabatannya serius menangani gejala gay seperti mendekati golongan mak nyah sejak awal tahun ini.

Menurutnya, program pemulihan khusus untuk golongan homoseksual sedang diatur dan pihaknya cuba memujuk mereka menyertai program itu.

“Golongan gay bukan seperti mak nyah atau pondan yang mudah dikenali berdasarkan bentuk fizikal. Mereka mempunyai penampilan lelaki normal, namun kecenderungan seksual songsang.

“Kami cuba mendekati golongan ini dengan memasuki beberapa kelab gay terkemuka di ibu kota dan beberapa bandar raya lain sebagai kerja dakwah,” katanya.

Menurutnya, tambah membimbangkan golongan gay tidak hanya membabitkan mereka yang berusia pertengahan tahun, malah disertai remaja dan berusia lebih 50-an.

“Jika dulu kegiatan gay dilakukan selindung, kini ramai berani mengisytiharkan diri sebagai gay melalui blog dan facebook selain menganjurkan pesta khas,” katanya.

Menurutnya, Jakim tidak pernah memandang hina golongan ini sebaliknya menganggap gay Melayu pesakit yang perlu rawatan.

“Saya difahamkan ramai bersetuju mengikuti program pemulihan bakal dikendalikan Jakim tidak lama lagi. Ia dianggap satu langkah awal positif,” katanya.

Sementara itu, Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Dr Maamor Osman berkata gejala warisan kaum Nabi Lut itu kian serius dengan adanya kemudahan teknologi perhubungan yang semakin canggih.

Menurutnya, blog, laman web sosial seperti twitter dan facebook dijadikan pengantara oleh kumpulan gay Melayu ini untuk aktif dan mengumpulkan seramai mungkin ahli.

“Mungkin ramai pihak tidak menyedari bahaya kebangkitan golongan dilaknat ini namun ia sedang merebak dan boleh merosakkan generasi muda Islam,” katanya.

Menurutnya, tindakan drastik perlu dilakukan bagi memerangi golongan ini termasuk golongan lesbian dan mak nyah yang menggambarkan kelemahan umat Islam negara ini.


Sumber : Here
Read More.. "Fakta : Malaysia Negara Ke-3 Paling Aktif Gay/Lesbian Di Asia (Gambar)"

Wednesday, 23 October 2013

Fakta : 6 Kesilapan Termahal Dalam Sejarah Manusia (6 Gambar)

6. Krisis Loji Tenaga Nuklear Chernobyl


 Ia antara kesilapan yang paling teruk pernah berlaku dalam sejarah manusia. Kemalangan di Chernobyl berlaku disebabkan peralatan yang rosak dan tidak dibaiki setelah amaran dikeluarkan. Hasilnya, empat reaktor nuklear hilang kawalan semasa ujian kecemasan yang membawa kepada krisis yang terkenal di seluruh dunia ini. Dianggarkan, ia menelan kerugian sebanyak US$38 Billion serta menyebabkan dua orang pekerja terkorban serta merta dan yang lainnya meninggal dunia sekian lama selepas kejadian itu termasuk 28 orang ahli bomba.

5. Kebakaran Hutan Terbesar Dalam Sejarah California


Ini adalah satu kesilapan yang dilakukan oleh seorang pemburu pada musim luruh tahun 2003. Pemburu berkenaan dikatakan telah hilang semasa memburu dan akibat telah berputus asa, dia menyalakan isyarat asap kecemasan di sebuah ladang berdekatan wilayah San Diego. Api yang marak kemudiannya tersebar hingga memusnahkan hampir 300,000 ekar hutan. Ia juga menyebabkan kehilangan nyawa seramai 14 orang dan memusnahkan 2,322 buah rumah di sepanjang jalan. Pada akhirnya, kerugian yang dialami dianggarkan bernilai US$1.5 Billion! 

4. Tragedi di Pelantar Minyak "The Piper Bravo"


Ada masa-masanya di dalam sejarah apabila kecuaian dan kesilapan membawa kepada kehilangan nyawa dan wang. Inilah yang berlaku pada Mei 1994 apabila pemeriksa keselamatan terlupa untuk menggantikan injap di pelantar minyak Piper Bravo semasa pemeriksaan rutin. Pemeriksa telah mengeluarkan dan menggantikan semua injap keselamatan yang lain kecuali satu injap yang telah dilupakan. Seorang pekerja yang tidak pernah tahu bahawa salah satu injap keselamatan telah dilupakan menekan butang menghidupkan pam minyak di pelantar minyak berkenaan. Ia merupakan keputusan yang sangat buruk dan sangat mahal. Pelantar tersebut meletup dan membunuh seramai 167 orang pekerja dan memusnahkan harta bernilai US$3.4 Billion.

3. Kemalangan Kapal Tangki Minyak The Exxon Oil



Ini adalah kemalangan yang berlaku pada tahun 1989 dan ia disebabkan oleh kesilapan kapten kapal yang terlalu mabuk pada ketika itu. Kapal tersebut dikatakan sedang dalam perjalanan ke Carlifonia tetapi terlanggar kapal Prince William Sound di luar perairan pantai Alaska yang menyebabkan tumpahan minyak mentah sebanyak 760,000 tong minyak. Hasilnya, US$4.4 Bilion telah dibelanjakan bagi proses membersih dan membaiki kerosakan yang disebabkan oleh kemalangan tersebut.

2. Kemalangan Roket Angkasa Challenger


The Challenger merupakan sebuah kapal angkasa yang dibina dan dimiliki oleh NASA. Ia meletup 72 saat selepas berlepas dan membunuh kesemua angkasawan. Siasatan mendapati letupan tersebut disebabkan oleh kecuaian jurutera NASA dari segi reka bentuk kapal angkasa berkenaan. Hasilnya, ia telah menyebabkan kerugian sebanyak US$5.5 Billion dalam proses pembinaan kapal angkasa itu.

1. Pembelian Time Warner oleh AOL


Syarikat-syarikat juga pernah membuat kesilapan dan ini adalah antara kesilapan yang paling teruk yang pernah dibuat oleh sesebuah syarikat. AOL telah membeli syarikat Time Warner pada harga US$180 Billion  pada tahun 2000 tetapi dijual semula sembilan tahun kemudiannya pada kos yang rendah iaitu sebanyak US$36 Billion. Pada akhir, AOL telah kerugian sebanyak US$146 Billion!

Sumber : Here


Read More.. "Fakta : 6 Kesilapan Termahal Dalam Sejarah Manusia (6 Gambar)"

Sunday, 22 September 2013

OMG : Fakta Pelik Lagi Ajaib Mengenai Negeri Sabah (2 Gambar)


Aku nak berkongsi sedikit beberapa fakta pelik tentang Negeri Sabah yang pasti mengejutkan korang semua. Jom baca enam fakta pelik untuk Sabah :
  •     Sabah pengeluar utama minyak dan gas di Malaysia
  •     Sabah pengeluar utama sawit di Malaysia
  •      Sabah pengeluar utama getah di Malaysia 
  •     Sabah pengeluar utama koko di Malaysia
  •     Sabah adalah antara tarikan utama pelancong ke Malaysia.
  •     Sabah adalah penyumbang hasil cukai kedua terbanyak di Malaysia
 
Jadi apa yang pelik? 

Sabah dikatakan pelik kerana untuk semua kekayaan di atas, 40% org miskin di Malaysia adalah dari Sabah. Bukan setakat itu, malah Sabah memiliki kemudahan infrastruktur paling teruk d Malaysia.

Apa sebabnya yer?? Bincangkan..

Sumber : Here
Read More.. "OMG : Fakta Pelik Lagi Ajaib Mengenai Negeri Sabah (2 Gambar)"

Tuesday, 30 July 2013

Fakta : Perancangan Israel Dalam Perang Saudara Negara Islam (3 Gambar)

Peperangan 'Muslim brotherhood' di tanah Arab sehingga kini masih menemui jalan buntu untuk diselesaikan, malah menjadi lebih kompleks dan rumit berikutan beberapa buah negara besar Islam hanya mampu berdiam diri dan perbezaan dalam pendapat sebagai titik utama untuk menutup mata serta telinga. Bukan setakat perkara di Palestin, tetapi begitu juga di Mesir dimana Recep Tayyip Erdogan selaku Perdana Menteri Turki mengecam negara-negara Islam yang berdiam diri dengan rampasan kuasa yang berlaku di Mesir. Ia seolah-olah mereka menerima kejadian rampasan kuasa tersebut yang turut menumbangkan Perdana Menteri Mesir, Mohammad Morsi yang sah dipilih oleh rakyat


Dalam pelan yang semakin membimbangkan, Amerika Syarikat dan Israel sedang mencari jalan untuk menyemai perpecahan dan perang saudara di dalam negara-negara Islam.

Rakyat Tunisia, Mesir, Syria, Libya, Turki dan lain-lain! Berhati-hati kerana kini, ejen-ejen Amerika dan Israel berazam untuk membubarkan dan memisahkan negara anda kepada negara-negara kecil dan lemah. Elakkan perbalahan dan jagalah negara anda agar selamat daripada komplot dengan menjadi saudara antara satu sama lain.


Dalam video ini, Erdogan telah menyelar Dunia Islam (27/7/2013)

Hey, dunia Islam! Adik-beradik dan saudara-saudara anda sedang disembelih. Keadilan, hak dan kesedaran di Mesir sedang disembelih.

Bila anda akan mendengarnya?
Bila anda akan melihatnya?
Bila anda akan sedar bahawa itu adalah darah saudara-saudara anda yang ditumpahkan?
Anda juga tidak sedar dengan apa yang berlaku di Syria.
Ratusan ribu orang terbunuh di sana dan anda tidak tidak langsung bersuara. Anda masih senyap membisu.

Tetapi untuk berapa lama? Jangan lupa, perkara yang sama turut boleh berlaku kepada anda tidak lama lagi.


Sumber asal: Anonymous Palestine
Kredit : Here
Read More.. "Fakta : Perancangan Israel Dalam Perang Saudara Negara Islam (3 Gambar)"

Tuesday, 25 June 2013

Info : "Saffron", Bunga Paling Mahal Di Dunia (10 Gambar)


Za’faran @ Saffron ialah sejenis pokok herba dari Loridacces dengan ketinggian 10 - 30 cm. Bunga Za’faran mempunyai 3 kelopak bunga dan 3 kelopak daun yang berwarna unggu. Adalah sangat menarik diketahui hanya 5 hingga 7 kilogram Za’faran kering yang dapat diperolehi dari satu hektar tanah. Sebab itulah Za’faran tergolong antara bahan yang termahal di dunia.

Filamen Za’faran, sebenarnya adalah stigma kering dari bunga Saffron. Setiap bunga tersebut hanya mempunyai 3 filamen stigma sahaja. Za’faran  @ Saffron  merupakan rempah yang paling berharga dan termahal di dalam dunia. Harga Za’faran boleh mencecah dari RM1,700 hingga RM23,000 sekilo!


Sumber : Here
Read More.. "Info : "Saffron", Bunga Paling Mahal Di Dunia (10 Gambar)"

Sunday, 28 April 2013

Fakta : Puncak Tertinggi Di Negara Ini Hanyalah Setinggi 2.3 Meter (8 Gambar)


Republik Maldives adalah sebuah negara kepulauan yang terdiri daripada kumpulan atol (suatu pulau karang yang mengelilingi sebuah lagun) di Lautan Hindi. Maldives terletak di sebelah selatan-barat daya India, sekitar 700 km sebelah barat daya Sri Lanka. Negara ini memiliki 26 atol yang terbahagi kepada 20 atol administratif dan 1 pusat bandar.

Negara ini merupakan negara dengan populasi dan luas wilayah terkecil di kawasan Asia.Tinggi rata-rata permukaan tanah di Maldives adalah 1.5 meter di atas permukaan laut, hal ini menjadikannya negara dengan permukaan terendah di seluruh dunia. Puncak tertinggi Maldives hanya 2.3 meter di atas permukaan laut sehingga negara ini juga dikenal sebagai negara yang memiliki puncak tertinggi paling rendah di dunia.

Keadaan ekonomi Maldives bergantung pada dua sektor utama, iaitu pelancongan dan perikanan. Negara ini sangat dikenali kerana memiliki banyak pantai yang indah dan pemandangan bawah laut yang menarik.



Sumber : Here
Read More.. "Fakta : Puncak Tertinggi Di Negara Ini Hanyalah Setinggi 2.3 Meter (8 Gambar)"

Sunday, 14 April 2013

Fakta : 50 Manusia Homoseksual Paling Berpengaruh Di Dunia (50 Gambar)

Tim Cook menduduki tempat teratas dalam senarai "Power 50" keluaran Out Magazine untuk tahun ketiga berturut-turut.




Ketua Pegawai Eksekutif Apple, 52, itu disertai bersama-sama Ellen DeGeneres, producer "GleeRyan Murphy dan Anderson Cooper, yang turut hadir dalam senarai 5 teratas.

 



Senarai 'Power 50' 2013 ini menyenaraikan tokoh-tokoh homoseksual (baik gay mahupun lesbian) paling berpengaruh di dunia dalam pelbagai bidang seperti perniagaan, penghibur, ahli-ahli politik dan aktivis. 80 peratus dari senarai ini adalah lelaki (iaitu gay)!
Berikut senarai Power 50:


50. RuPaul Charles
Actor/Producer/Author, 52

49. Perez Hilton
Blogger/TV personality, 35

48. Jason Goldberg & Bradford Shellhammer
Web Entrepreneurs, 41, 36

47. Simon Halls & Stephen Huvane
Founders, Slate PR, 49, 52

46. Megan Smith
Google Executive/Inventor, 48

45. Dan Savage
Editor/Activist/Author, 48

44. Robert Hanson
CEO, American Eagle Outfitters, 50

43. Dustin Lance Black
Screenwriter/Activist/Producer, 38

42. Clive Davis
Sony Music Executive, 81

41. Evan Wolfson
Founder and President, Freedom to Marry, 56

40. Jane Lynch
Actress, 52
39. Nick Denton
CEO, Gawker Media, 46

38. Jenna Lyons
President and Executive Creative Director, J. Crew, 44

37. Mary Kay Henry
International President, SEIU, 55

36. Annise Parker
Mayor of Houston, 55

35. Jann Wenner
Publishing Magnate, 67

34. Bryan Singer
Director/Writer/Producer, 47

33. Jeremy Bernard
White House Social Secretary, 51

32. Ken Mehlman
Businessman, Political Strategist, 46

31. Tom Ford
Fashion Designer/Film Director, 51

30. Kevin McClatchy
Newspaper Chain Chairman, 50

29. Bryan Lourd & Kevin Huvane
Managing Partners, CAA, 52, 54

28. Suze Orman
TV Host/Author/Financial Advisor/Entrepreneur, 61

27. Chuck Wolfe
CEO, The Victory Fund, 50

26. Tim Gill
Software Pioneer/Philanthropist, 59

25. Harvey Levin
TV Producer/TMZ Founder and Managing Editor, 62

24. Andrew Sullivan
Author/Commentator/Entrepreneur, 49

23. David Geffen
Media Mogul, 70

22. Anthony Romero
ACLU Executive Director, 47

21. Matt Drudge
Drudge Report Creator/Editor, 46

20. Christine Quinn
New York City Council Speaker, 46

19. Marc Jacobs
Fashion Designer/Creative Director, 50

18. Martha Nelson
Editor in Chief, Time Inc., 60

17. Scott Rudin
Film and TheateR Producer, 54

16. Chad Griffin
HRC President, 39

14. Andy Cohen
TV Executive/Host, 44

12. Barry Diller
Chairman and Senior Executive, IAC/InterActiveCorp, 71

13. Neil Patrick Harris
Actor, 39

11. Chris Hughes
Publisher and Editor in Chief, The New Republic, 29
10. Frank Ocean
Musician, 25

9. Tammy Baldwin
Senator, 51

8. Shepard Smith
News Anchor, 49

7. Peter Thiel
Venure Capitalist, 45

6. Nate Silver
Statistics Guru, 35

5. Anderson Cooper
Journalist/TV Personality/Author, 45

4. Rachel Maddow
TV Host/Political Commentator, 40

3. Ryan Murphy
Writer/Director/Producer, 47

2. Ellen DeGeneres
Talk Show Host/Producer/Spokesperson, 55

1. Tim Cook
CEO, Apple, 52

Sumber : Here
Read More.. "Fakta : 50 Manusia Homoseksual Paling Berpengaruh Di Dunia (50 Gambar)"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...