POTCHEFSTROOM, Afrika Selatan – Tulang
singa kini menjadi komoditi yang laris dijual ke negara-negara Asia
untuk digunakan dalam rawatan tradisional. Kebanyakan tulang itu dieksport ke Vietnam dan Laos.
Tulang-tulang itu diperoleh dengan cara para pemburu Asia menyertai aktiviti memburu haiwan liar yang dibenarkan undang-undang. Kira-kira 500 ekor singa diburu secara sah pada setiap tahun di Afrika Selatan.
Pemburu-pemburu
itu dikenakan bayaran sehingga AS$20,000 (RM62,354) untuk memburu singa
manakala bangkai haiwan tersebut dijadikan makanan anjing.
“Baru-baru
ini, terdapat sebilangan besar warga dari Laos yang berminat untuk
menyertai aktiviti memburu itu,” kata seorang pegawai daripada
pertubuhan pemuliharaan singa, LionAid, Pieter Kat.
Tulang-tulang singa itu menjadi popular untuk dijadikan ubat pengasih. Ia
menjadi rebutan kerana tulang harimau dilarang diperdagangkan
berdasarkan undang-undang antarabangsa ekoran bilangan haiwan itu
semakin berkurangan.
sumber : Here
2 comments:
bangang sungguh manusia!!
-Lion King-
nak celet kt mane
Post a Comment